Q- Ustazah, bagaimana hukum seorang isteri yang telah menopous
tidak lagi tidur dengan suaminya?
A-Tujuan perkahwinan ialah untuk
mendapatkan kedamaian dan ketenangan hati dengan menjalin kemesraan, kasih
mengasihi antara satu sama lain sebagaimana digambarkan dalam firman Allah yang
mafhumnya:
“Dan antara tanda tanda yang
membuktikan kekuasaan-NYA dan rahmatnNYA, bahawa Dia menciptakan untuk kamu
(wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada Jenis kamu sendiri, supaya kamu
bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-NYA antara kamu (suami
isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang orang
yang berfikir.” (Ar-Rum 30:21)
Allah hanya menjadikan “hijrah tempat tidur” atau
tidak tidur bersama sebagai satu cara mendidik isteri yang telah menunjukkan
tanda tanda nusyuz sebagaimana firman-NYA:
“Dan perempuan perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz)
hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka
di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan
pukula tingan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada
kamu, maka janganlah kamui mencari cari jalan untuk menyusahkan mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi maha besar.” An-Nissa’ 4:34
Q&A ISU #28