Tentang Wagiman
Tentang blog ini
Pengikut Setia
21 October 2020
Soal Jawab Solat Oleh Ustaz Fauwaz: Berdoa Untuk Hal Duniawi
Soal Jawab Solat
Oleh
Ustaz
Ahmad Fauwaz Fadzil
Mengikut pandangan mazhab Syafi‘i ia dibolehkan berdasarkan hadis: "Kemudian berdoalah dengan sesuatu yang dia sukai.” (Riwayat al-Bukhari
dan Muslim)
Soal Jawab Solat Oleh Ustaz Ahmad Fauwaz : Pitam
Soal Jawab Solat
Oleh
Ustaz
Ahmad Fauwaz Fadzil
Pitam,
Perlukah Qada Solat?
Mengikut pendapat mazhab Syafi‘i dan Maliki, orang yang pitam atau dalam keadaan seumpama koma tidak perlu mengqada solat yang ditinggalkan pada waktu pitam atau koma itu, melainkan dia terjaga pada sebahagian waktu solat (ertinya, dia tersedar
ketika waktu solat masih berbaki).
20 October 2020
Soal Jawab Solat : Ustaz Ahmad Fauwaz :- Tangan Ditutup Telekung Semasa Sujud
Soal Jawab Solat
Oleh
Ustaz
Ahmad Fauwaz Fadzil
Tangan
Ditutup Telekung Semasa Sujud
Menurut
pandangan ulama Syafi'i anggota
yang wajib terbuka ketika sujud ialah
dahi sahaja. Jadi solat tersebut adalah sah.
SOLUSI ISU#62
Soal Jawab Solat: Ustaz Ahmad Fauwaz :- Dahi Tertutup Ketika Solat
Soal Jawab Solat
Oleh
Ustaz
Ahmad Fauwaz Fadzil
Dahi
Tertutup Ketika Solat
Mengikut pandangan mazhab Sya fi‘i, hanya dahi yang wajib terbuka ketika bersujud. Cukup jika terkena sebahagian daripada dahi. Sekiranya seseorang
itu dahinya berlapik ketika sujud,
maka solatnya tidak sah.
SOLUSI ISU#62
Soal Jawab Solat: Ustz Ahmad Fauwaz:- Apakah Difinisi Tamakninah?
Soal Jawab Solat
Oleh
Ustaz
Ahmad Fauwaz Fadzil
Apakah definisi
tamakninah?
Tamakninah ialah berhenti seketika dalam solat sekadar
menyebut Subhanallah. la wajib dilakukan ketika rukuk, iktidal,
sujud dan duduk antara
dua sujud. Sekiranya seseorang meninggalkan tamakninah dalam solat, maka solatnya tidak sah mengikut pandangan mazhab Syafi‘i,
Maliki dan Hanbali.
SOLUSI ISU#62
15 October 2020
Jangan guna dalil Agama demi kepentingan donia
Rasulullah saw. bersabda maksudnya: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang
mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian
yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk
mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula.
Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat).
Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?,
Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku
bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka
sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung
(dengan sebab fitnah itu)”.
(Daripada Abu Hurairah r.a – Riwayat Tarmizi).