Soal Jawab Solat
Oleh
Ustaz
Ahmad Fauwaz Fadzil
Berdoa
Untuk Hal Duniawi
Bolehkah kita berdoa
untuk meminta berkenaan perkara
duniawi selepas membaca tahiyat akhir?
Jawapan:
Mengikut pandangan mazhab Syafi‘i ia dibolehkan berdasarkan hadis: "Kemudian berdoalah dengan sesuatu yang dia sukai.” (Riwayat al-Bukhari
dan Muslim)
Hadis ini memberi keizinan untuk berdoa berkaitan duniawi dan ukhrawi.
Berlainan pula dengan mazhab Hanbali yang menyatakan tidak boleh
berdoa berkenaan perkara duniawi berdasarkan hadis: ”Solat ini tidak
sesuai didalamnya perkataan anak
Adam melainkan tasbih, takbir dan membaca al-Duran.” (Riwayat Muslim)
Doa dalam urusan dunia termasuk perkataan anak Adam, maka
ia tidak dibolehkan.
Saya berpandangan pendapat mazhab Syafi‘i lebih
kuat berdasarkan lafaz hadis yang bersifat mutlak dan hadis itu tidak mengkhususkan sesuatu doa
baik dunia atau akhirat.
Jadi pengekalan berdoa dengan mutlak hadis lebih afdal daripada mafhum hadis yang melarang.
SOLUSI ISU#62