Soal Jawab Solat
Oleh
Ustaz
Ahmad Fauwaz Fadzil
Pitam,
Perlukah Qada Solat?
Adakah perlu seseorang itu mengqada solat-solat yang
ditinggalkan sewaktu pitam?
Jawapan:
Mengikut pendapat mazhab Syafi‘i dan Maliki, orang yang pitam atau dalam keadaan seumpama koma tidak perlu mengqada solat yang ditinggalkan pada waktu pitam atau koma itu, melainkan dia terjaga pada sebahagian waktu solat (ertinya, dia tersedar
ketika waktu solat masih berbaki).
Ini berdasarkan hadis: ”Aisyah bertanya kepada Nabi tentang
lelaki yang pitam, lalu dia meninggalkan solat. Nabi menjawab: 'Tidak ada qada baginya melainkan orang yang pitam itu bangun pada waktu
solat lalu dia menunaikannya."’ (Al- Mughni,Ibn gudamah)
Adapun menurut mazhab Hanbali, menjadi kewajipan kepada individu tersebut untuk mengqada solat yang ditinggalkan ketika pitam kerana hukumnya seperti orang yang tidur.
Manakala bagi mazhab
Hanafi, mereka berpendapat
sekiranya dia pitam melebihi enam
waktu solat maka dia tidak perlu qada
kerana diqiaskan kepada orang gila. Adapun jika kurang daripada lima waktu ke bawah maka dia
wajib mengqadakannya.