Zahar Tempah Nisan
Siapa?
X –FILES : SIRI KISAH MISTERI UTUSAN
Sambil menyedut angin malam yang dingin, Zahar Ahmad membawa isterinya Alimah Muhammad menaiki motosikal menyelusuri dari blok ke satu blok kawasan Felda Chini, Pekan, Pahang.
Begitulah
perangai Zahar, 47 sejak beberapa minggu lalu. Saban malam dia asyik mengajak
Alimah, 47, bersiar siar. Sekali sekala Alimah terasa hairan dengan perangai
suaminya kerana sebelum itu dia tidak pernah berbuat demikian. Malahan Zahar
hanya keluar malam jika pasukan RELA yang dianggotainya mengadakan operasi.
Malam
itu, 6 Jun 1999, Alimah terasa Zahar lebih mesra dengannya. Hampir setiap ceruk
kawasan perumahan peneroka di Felda Chini mereka lalui. Kemudian Zahar mengajak
isterinya singgah di rumah Abu Seman Yaakub, pembuat batu nisan di Chini 5.
Dari Chini 2, Zahar membelok ke jalan besar yang melintasi kawasan perkuburan
menuju ke simpang menghala ke Chini 5.
“Abang, ni kan
jalan kubur? Tanya
Alimah.
Dia
hairan mengapa suaminya menggunakan jalan itu sedangkan terdapat jalan lebih
dekat. Tetapi suaminya tidak bercakap sepatah pun. Dia terus meredah kegelapan
malam menuju ke rumah Abu Seman.
“Seman! Seman!” laung Zahar memangil rakannya
itu.
Abu
Seman menjengah di pintu. “Oh … Zahar,
masuklah,” pelawanya.
Aku datang saja
nak tanya. Batu nisan yang aku tempeh dah siap ke belum? Siapkan cepat aku nak
pakai esok,”
kata Zahar.
“Dah siap
separuh,” jelas
Abu Seman.
Abu
Seman menerangkan kepada Zahar reka bentuk batu nisan tersebut dan memberitahu cuma
pelekat nama yang belum ditampal. Alimah terkejut apabila mendengar perbualan
antara suaminya dan Abu Seman. Kenapa Zahar tidak memberitahunya dia menempah
batu nisan dan untuk siapa? Setahunya tiada keluarganya yang baru meninggal.
Walaupun
persoalan itu menerjah nerjah benaknya, dia langsung tidak terfikir untuk
bertanya. Mulutnya tidak tergerak untuk bersuara.
Sedang
Zahar dan Abu Seman rancak berborak, Alimah masih memikirka persoalan tentang
batu nisan itu. Setelah dua jam berbual bual, Zahar mengajak Alimah
pulang. Tetapi sebelum beredar Zahar
sekali lagi berpesan supaya Abu Seman menyudahkan tempahannya.
Sejak
menerima tempahan daripada Zahar, tidak terlintas di hati Abu Seman bertanya
nama siapa yang perlu ditulisnya pada batu nisan itu. Sejurus Zahar pulang
baraulah Abu Seman tersedar.
Jika
benar Zahar hendak gunakan batu nisan itu esok, kenapa dia tidak beritahu nama
dan tarikh lengkap si mati? Fikir Abu Seman. Tak apalah .. aku tanya esok,
bisik Abu Seman dalam hati.
Di
rumah, Zahar berbaring di dalam bilik sambal menggosok kakinya yang terasa
sakit. Sementara anak anaknya Norliza, 23, Norlizam, 22, Norazmi, 14, Norfida,
11, Mohd. Nor Farhan, 7 dan Noralfaizahyu, 4, masih asyik menonton televisyen.
“Limah, tolong
urutkan kaki abang ni, lenguh sangat,”
pinta Zahar sambal mengeluh.
Lantas
Alimah duduk bersimpuh dan mengurut perlahan lahan kaki suaminya. Sedang asyik
memicit micit, Alimah dilanda seribu pertanyaan. Bagaimanapun dia tidak sampai
hati bertanya, takut kalau kalau menyinggung perasaan suaminya.
Alimah
terasa kaki suami nya terlalu sejuk. Malah apabila Zahar berlunjur pelipatnya
rapat ke lantai. Alimah teringat kata orang tua tua yang pernah di dengarnya.
“Kalau pelipat kaki rapat ke lantai, tandanya orang itu nak mati.” Meremang
bulu romanya tiba tiba. Dia terus mengurut sehinggalah Zahar memintanya
berhenti.
Seawal
jam 6.00 pagi esoknya, Zahar bersiap siap hendak ke hutan memburu ayam. Sambil
menggalas selaras senapang patah, Zahar bersiul siul. Dia menyanyi perlahan
lahan lagu kegemarannya sambal mengikat tali butnya.
Semalam
dia berjanji hendak memburu bersama jirannya Khosin Saad, namun begitu pagi itu
dia tidak singgah di rumah Khosin sebaliknya terus keluar bersama rakan lain,
Hatta Zainal Abidin.
Kira
kira jam 9.00 pagi Zahar dan Hatta pulang membawa beberapa ekor hasil buruan.
Zahar bersandar di dapur rumahnya sambal memerhatikan isterinya menyiang ayam
tersebut. Tiba tiba terdengar Zahar mengaduh panjang sambal mengurut urut
dadanya berulang kali..
“Di hutan tadi
dua kali abang sesak nafas … rasa nak pengsang,katanya.
Tanpa
berkata walau sepatahpun, Alimah mengambil minyak angina lalu mengurut dada
suaminya. Dia semakin hairan apabila terasa badan Zahar terlalu sejuk seperti
berendam air batu.
“Limah seoranglah
ke ladang hari ini … abang nak ke hospital,” katanya apabila melihat Alimah bersiap siap ke ladang.
“Balik nanti,
tolong ambil abang di hospital,”
pesan Zahar lagi.
DI
ladang Alimah asyik memikirkan tingkah laku suaminya. Terlalu berlainan gurauan
dan kata katanya. Teringatkan badannya yang terlalu sejuk menimbulkan perlagai
persoalan. Alimah tiba tiba sayu. Perasaanya cukup hiba dan tanpa sedar air
matanya bergenang. Dia terbayang sesuatu … ah! Semuga dijauhkan Allah, bisik
hatinya.
Menjelang
tengahari, Alimah pulang. Sambil mengesat peluh, dia teringat pesan suaminya.
Lantas dia meminta Norliza agar mengambil Zahar. Belum sempat Norliza
menghidupkan enjin motosikal, tiba tiba seorang jirannya datang tergesa gesa.
“Mak cik! Pak Cik
Zahar tenat … siapkan baju bajunya,”
kata jiran itu termengah mengah.
Seperti
halilintar khabar itu pada Alimah. Fikirannya berkecamuk. Dia tidak tahu apa
harus dinyatakan. Dia kaku disitu.
Sedang
dia bersama Norliza mengemaskan pakaian Zahar, terdengar enjin motosikal masuk
ke halaman rumah. Diamati dan kemudian enjin itu dimatikan.
“Kak Limah, ada
kain batik lepas,”
tanya Hatta sebaik dia muncul di pintu.
Mendangar
perkataan ‘kain batik lepas’ Alimah bertambah sebak. “Ya Allah … Abang Zahar,” terkeluar kata kata itu dari mulut Alimah.
Dia dapat menangkap maksud Hatta itu.
“Sabar … sabar,
dah janji dia,”
kata Hatta apabila melihat air mata Alimah mengalir.
Anak
anaknya menggerumuni ibu mereka. Ada yang mula menangis. Dalam sekelip mata
terdengarlah suara tangisan anak anak Zahar.
Alimah
dan anak anaknya dibawa Hatta ke Hospital Chini. Diselimut jenazah Zahar dengan
kain batik yang dibawanya. Ketika itu barulah Alimah faham dengan pesan
allahyarham supaya ‘mengambilnya’ di hospital. Setelah membawa jenazah suaminya
pulang, Alimah menghubungi Abu Seman.
“Apa kata kau Limah?
Jangan bergurau! Kan semalam kamu berdua datang ke rumah aku,” kata Abu Seman.
“Ini bukan main main Man,” balas Alimah
sebak.
Abu
Seman bergegas kerumah Zahar yang tidak berapa jauh dari rumahnya. Orang ramai
mula berdedai dedai ke rumah Zahar. Abu Seman membuka penutup muka jenazah.
Sambil bersedekah al-Fatihah, tanpa
disedari, air matanya menitis.
Kata
kata terakhir Zahar tergiang giang di telinga. “Siapkan cepat batu nisan itu …
aku nak pakai esok.”
Abu
Seman sedih mengapa semasa Zahar menempah nisan langsung dia tidak bertanya
untuk siapa? Mengapa dia hanya menerima sahaja tanpa menanyakan nama si mati
dan tarikh kematian pelanggan yang memesan seperti yang selalu dilakukannya.
Pukul
1.00 tengah hari, Abu Seman membawa
nisan itu ke rumah Zahar selepas menulis nama dan tarikhnya 7 Jun 1999.
Kisah
Zahar menempah nisan sebelum meninggal dunia menimbulkan tanda tanya kepada
penduduk Felda Chini. Mereka sering bertanya, benarkah Allahyarham mengetahui
tarikh ajalnya? Apakah Zahar mempunyai kelebihan tersendiri sehingga dapat mengetahui
hari kematiannya?
Koleksi Mastika (2000)
X –FILES : SIRI KISAH MISTERI UTUSAN