Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

12 September 2013

Soal Jawab Agama: hanya yg Islam masuk syurga ke?



Hanya  orang Islam yang masuk syurga?
 
Soalan
Hanya  orang Islam yang masuk syurga?
 
Jawapan:
 
Berdasarkan keterangan al-Quran dan hadis-hadis yang sahih adalah jelas bahawa hanya orang-orang yang beriman dan beramal soleh berdasarkan ajaran Islam yang dibawa oleh para rasul Allah yang berhak memasuki syurga di akhirat kelak, dengan izin dan rahmat Allah.
 
Firman Allah yang bermaksud,
"Sesungguhnya
Allah akan memasukkan
orang-orang yang beriman dan
mengerjakan amalan-amalan soleh
ke dalam syurga-syurga yang mengalir dibawahnya
sungai-sungai..."
(surah al-Hajj,
ayat 14).
 
Dalam kontek ini juga perlu dijelaskan bahawa dengan terutusnya Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul Allah yang terakhir kepada umat manusia sehingga hari kiamat maka hanya syariat Islam yang dibawa oleh baginda s.a.w. dianggap sebagai ajaran Islam yang diperakui sah dan benar di sisi Allah, bukannya ajaran rasul-rasul terdahulu. Menurut para ulama, pengingkaran terhadap risalah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. mcrupakan pengingkaran terhadap ajaran Islam (agama Allah) secara keseluruhannya.
 
Hakikat ini dapat difahami melalui firman Allah yang bermaksud,
"Dan
sesiapa yang
mencari selain daripada
Islam sebagai agama, maka
tidak akan diterima darinya dan
dia di akhirat kelak termasuk kalangan
mereka yang rugi." (Surah Ali Imran, ayat 85).
 
Dan begitu juga hakikat yang sama dapat difahami daripada sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud,
 
"Demi Allah yang nyawa Muhammad di dalam tangan-Nya, tidak ada seorang pun daripada umat ini yang telah mendengar mengenai aku (kedudukan aku sebagai rasul Allab), dan tidak juga daripada kalangan Yahudi mahupun Nasrani, lain dia mati dalam keadaan tidak beriman dengan risalah yang aku bawa (Islam dan al-Quran), melainkan dia adalah penghuni neraka." (Hadis riwayat Muslim).
 
Justru, berdasarkan keterangan yang jelas di dalam al-Quran dan al-sunah, kenyataan bahawa 'hanya orang Islam yang akan memasuki syurga' adalah benar dan tidak tersasar. Bagaimanapun, semua ini akan hanya berlaku dan terlaksana melalui limpahan kasih dan rahmat Allah semata-mata. Wallahualam. ©
 
AL ISLAM  April 2009
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2013  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti