Kalau kita kuat pasti menang!
MALAM itu suatu malam yang amat istimewa. Pemuda berkulit putih, mata
sepet dan berkaca mata itu tenang sahaja melihat salji turun memutih di luar
jendela. Ya! Segala-galanya sudah muktamad. Hatinya sudah yakin benar. Cahaya
kebenaran yang dicari-carinya sudah terpancar terang di hadapan mata.
Sekarang pemuda bermata sepet ini sedang menunggu seseorang yang bakal
tiba sebentar lagi. Ada seorang rakan baiknya sedang menjemput lelaki berbangsa
Arab untuk membantunya memeluk agama yang satu itu, bagi menerangi cahaya
keimanan dan penyuluh kehidupannya.
Pemuda bermata sepet ini terlalu yakin hanya agama yang satu ini sahaja
mampu menjawab segala persoalan dalam dirinya. Dia percaya inilah agama yang
sempurna dan lengkap mencakupi segala aspek kehidupan.
Agama yang satu ini bukan saja mampu menjawab pelbagai persoalan, dan
keraguan yang bermain-main dalam fikirannya tetapi juga menghuraikan segala
fasa kehidupan manusia sejak dilahirkan sehinggalah hari kebangkitan seluruh
umat di akhirat.
Pada malam yang indah dan dingin ini segala keyakinan, pandangan serta
pemikiran pemuda bemata sepet itu terhadap kehidupan lampau sudah jauh berubah
sejak dia melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat. Dulu sewaktu di kampung
nun di Sabah, dia diasuh dengan kepercayaan bahawa setiap manusia mesti memikul
dosa warisan yang ditinggalkan oleh Adam dan
Hawa.
Ketika itu pemuda bermata sepet hanya tahu tiada sesiapa pun terkecuali
daripada dosa tersebut. Lama-kelamaan setelah dewasa, dia mula terasa tidak
logiknya. Mengapa pula Nabi Adam dan Hawa yang melanggar perintah Tuhan di
syurga, seluruh manusia di bumi terpaksa mewarisi segala dosa-dosa mereka?
Pelik!
Mengapa manusia terpaksa memikul dosa yang tidak pernah mereka lakukan?
Kenapa pula manusia perlu menebus dosa dosa tersebut melalui upacara
penyerahan jiwa?
Melalui agama yang satu ini, pemuda bermata sepet mula sedar bahawa
tiada sesiapa yang berkuasa menebus dosa seseorang atau memberi pahala percuma
kepada orang lain seperti dilakukan oleh lelaki berjubah hitam dalam agama
lamanya.
Agama yang satu ini juga tidak membebankan penganutnya dengan dosa-dosa
warisan Nabi Adam dan Hawa, seperti agama yang pernah dianutinya. Dalam agama yang satu ini, segala perbuatan
baik atau jahat adalah hak mutlak seseorang. Setiap orang akan menerima segala balasan,
baik perbuatan dosa mahupun pahala, setimpal dengan apa yang dilakukan di
dunia. Pemuda bermata sepet melihat ada cahaya kebenaran dalam agama yang satu
ini. Tidak seperti agama lamanya menghalalkan
khinzir, penganut agama yang satu ini tidak dibenarkan memakan binatang
tersebut kerana ia jelas diharam-kan dalam kitab suci mereka. Hukum-hakam dalam
agama ini jelas dan tidak pernah berubah-ubah.
Sebab itulah pemuda bermata sepet tidak percayakan lagi agama lamanya
kerana dia percaya, ada manusia-manusia tertentu yang telah menyeleweng-kan
kandungan asal kitab tersebut. Semjak pemuda bermata sepet mengenali agama yang
satu ini, hatinya benar-benar tenang.
Malam itu 13 Januari 1985, orang yang ditunggu-tunggunya itu sudah
tiba. Lelaki berjambang dan berjanggut itu beraama Qais al Sharbati, pensyarah
Bahasa Arab di Universiti Arkansas, tempat pemuda itu belajar.
Detik bersejarah dalam hidupnya bakal bermula. Selepas Qais selesai
bersembahyang Isyak, dia menghadap pemuda itu yang sedang menanti. Pemuda itu diajar
mengucap dua khalimah syahadah.
"Asyhadu ala ila haillallah, wa asy-hadu anna Muhammadar Rasulullah."
Pada malam itu secara rasminya pemuda bermata sepet, Nicholas Sylvestor
memeluk agama Islam. Nama barunya Muhamad bin Abdullah. Nicholas menjadi
penganut Islam bukan kerana paksaan, pujukan atau pengaruh sesiapa, dan tiada
niat tertentu di sebaliknya. Dia telah mengkaji dan menghayati Islam, ternyata
ajaran itu tidak! mengelirukan.
Tiada kekhuatiran lagi dalam hati nya. Nicholas mengaku segala
kebenaran al-Quran. Dia juga percaya segala ajaran yang dibawa oleh Nabi
Muhamad sebagai utusan Allah.
Selepas upacara memeluk Islam, Nicholas disuruh melakukan mandi sunat.
Ketika air dijirus dan membasahi ubun-ubun, Nicholas merasa tubuhnya terialu
ringan. Dia terasa suatu beban yang amat besar terlepas daripada pikulannya.
Bahkan malam itu, dia merasa dirinya seperti seorang bayi yang baru
dilahirkan ke dunia. Putih dan bersih, jauh daripada segala kekotoran. Tanpa
sedar dia mengalirkan air mata kegembiraan.
Nicholas bersungguh-sungguh mendalami ajaran agama barunya itu. Ketika
itu musim sejuk sudah tiba. Salji tebal , sedang turun di luar tetapi Nicholas
sanggup berbasikal meredah cuaca sejuk semata-mata untuk bersembahyang Subuh di
masjid yang terletak beberapa kilometer dari kediamannya di Arkansas.
Begitu juga apabila Nicholas terdengar ada ulama yang berceramah tentang
agama Islam, misalnya di Iowa, dia sanggup berkereta berbelas-belas (jam dari
Arkansas. Semua itu dilakukan dengan ikhlas dan senang hati kerana cintanya
pada Islam.
Selama setahun menganut Islam, Nicholas banyak menghabiskan masa menghayati kitab-kitab di Islamic Centre.
Tiada seorang pun anggota keluarganya tahu Nicholas sudah menukar agama dan memeluk Islam. Nicholas sengaja
merahsiakan per kara itu kerana tidak mahu mereka terkejut. Ayahnya, Sylvester
Limbang dan ibunya Jeniah Anjemah adalah penganut Kristian Katolik. Kesemua
adik-beradiknya menganut agama yang sama.
Hanya setelah Iebih setahun memeluk Islam, Nicholas berpeluang pulang
bercuti selama sebulan setengah di tanah air. Dia bercita-cita hendak
menceritakan kebaikan agama Islam kepada seisi keluarganya. Sampai di lapangan
terbang di Kuala Lumpur, Nicholas berterus terang memberitahu adiknya,
Marcellinus Eddy tentang pengislamannya.
"Saya tak mahu daddy dan mummy tahu. Kamu baliklah dulu,"
pesan Nicholas.
Nicholas ketika itu tidak terus balik ke kampungnya di Tanjung Aru,
Sabah, sebaliknya mengikuti kursus selama dua minggu di Kuala Lumpur. Setelah
habis kursus tersebut, barulah Nicholas menemui keluarganya.
Nicholas sudah menjangkakan ayahnya pasti marah. Ayahnya tegas dan
garang. Apalagi ayahnya seorang bekas tentera marin. Ayahnya berpegang teguh
dengan agama Kristian Katolik kerana banyak mendapat manfaat daripada agama
yang dianutinya. Ayahnya percaya segala kebaikan yang diterima-nya datang dari
agama Kristian.
Ayah dan ibunya masih tidak faham mengapa anak mereka menukar agama.
Mereka ingin tahu siapakah dalang yang memaksa Nicholas memeluk Islam.
"Siapa paksa kamu?" tanya ayahnya dengan perasaan marah
meluap-luap. Ayahnya marah kerana sebagai anak sulung dalam keluarga, Nicholas
diharapkan membawa perubahan dari segi pendidikan dan raembaiki taraf hidup
mereka sekeluarga. Tapi kini lain pula jadinya. Mereka tidak percaya Nicholas
sendiri yang ingin memeluk agama Islam sebab Nicholas seorang anak yang baik,
taat kepada kedua-dua ibu bapa.
"Cakap! Siapa paksa? Biar ayah saman, masuk court? ayahnya terus
mendesak.
Nicholas hanya mendiamkan diri. Dia tidak pemah melawan atau membalas
segala kata-kata orang tuanya. Apabila suasana semakin panas, dia lari ke rumah
nenek sebelah bapanya yang sudah memeluk Islam. Bila keadaan kembali sejuk,
Nicholas pulang semula ke rumahnya. Begitulah yang selalu berlaku sejak dia
pulang bercuti.
Keadaan panas itu berlarutan sehinggalah pada suatu malam ayahnya
sekali lagi menengking-nengking. Malam itu sekali lagi Nicholas membawa
dirinya. Kali ini dia menuju ke Tanjung Aru Lama, beberapa kilometer dari rumah
orang tuanya. Setelah menapak, Nicholas bertemu sebuah masjid yang dicarinya
tetapi pintunya pula berkunci. Dia tidak dapat masuk untuk bersembahyang atau
membaca al-Quran. Tengah malam itu dia ingin mengadu dengan Allah tentang apa
yang sedang berlaku terhadapnya. Dia mahu Allah memberi kesabaran kepadanya dan
juga petunjuk kepada orang tuanya.
Nicholas hanya termangu di tangga masjid.itu. Tetapi sehinggalah ke
dinihari, tiada sesiapa datang. Apabila Nicholas merasa suasana di rumahnya
sudah sejuk semula, dia berjalan pulang. Tiba di rumah ternyata ayahnya tidak
lagi marah-marah. Hampir sebulan lebih menghabiskan cutinya di kampung,
Nicholas terpaksa bersabar dengan kerenah orang tuanya.
Semasa bercuti, Nicholas banyak membawa buku-buku agama untuk di-baca.
Buku-buku agama itu disusun cantik di rumahnya. Tujuannya hanya satu, supaya
keluarganya faham betapa tinggi keazamannya mempelajari agama Islam. Dia mahu
ahli keluarganya tahu bahawa dia memeluk Islam bukan kerana paksaan sesiapa.
Sejak 20 tahun lalu, bermacam-macam ikhtiar dilakukan Nicholas untuk
memujuk keluarganya memeluk Islam. Dia pernah membawa seorang bekas paderi dari
Sarawak, Haji Ayub Abdul Rahman serta bekas penganut Hindu dan Buddha untuk
meyakinkan keluar ganya tentang kemurnian agama Islam. Nicholas sudah berusaha
sedaya upaya tetapi setakat ini hanya dua orang adik-beradiknya telah memeluk
Islam.
"Saya minta pembaca Mastika tolong doakan agar ibu bapa dan
adik-beradik saya yang lain diberi hidayah oleh Allah," pesan Nicholas.
Apabila Nicholas terkenang kembali bagaimana dia terpaksa lari pada
waktu malam semata-mata untuk menyelamatkan akidah dan kemarahan orang tuanya,
dia merasa sedih mengenangkan nasib saudara baru.
"Sedih! Ada yang kena pukul, kena simbah asid, kena tetak dengan
parang ; apabila keluarga tahu mereka memeluk Islam," cerita Nicholas.
Nicholas sebagai Pengerusi Hidayah Centre, Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) banyak membantu kes-kes saudara baru yang teraniaya. Pusat
ini adalah satu usaha kebajikan JIM untuk masyarakat terutama saudara baru. Berdasarkan
kes-kes yang dirujuk kepada Hidayah Centre, pusat sokongan dan perlindungan
sementara untuk saudara baru di Bukit Beruntung, Puchong dan Seremban, pelbagai
kisah menyayat hati berlaku kepada mereka yang baru mendapat cahaya keimanan.
Pada Nicholas, masalah yang dihadapi dengan keluarga bukanlah sesuatu
yang berpanjangan. Ia hanya bersifat sementara sahaja dan dapat diatasi dalam
tempoh singkat.
"Kalau mereka pilih Islam kerana benar-benar beriman kepada Allah,
hati mereka takkan bergoncang walau sebesar mana sekalipun ujian yang
datang," beritahunya.
Nicholas lantas memuji seorang saudara baru di Klang. Lelaki itu parah
akibat ditetak oleh ahli keluarganya setelah mendapat tahu dia memeluk agama.
Islam. Bagaimanapun pemuda itu tetap dengan keimanannya.
Tidak lama dahulu misalnya, ada seorang pemuda yang sudah memeluk Islam
selama setahun tiba-tiba ingin kembali kepada agama asalnya. Lelaki itu bukan
calang-calang, anak kepada seorang pastor, orang kanan gereja. ' "Dia
tunjuk tiga kitab agama dia. Saya terpaksa berhujah dengannya tentang bermacam
perkara termasuk masalah ketuhanan dan keaslian kitab agama yang dianutinya.
Akhirnya pemuda itu tak jadi murtad dan tarik balik permohonan hendak keluar
Islam," cerita Nicholas.
Nicholas juga pernah berhadapan dengan seorang pelajar perempuan yang
sedang belajar tahun pertama di sebuah universiti tempatan, hendak murtad.
Pelajar itu pelajar terbaik dan bijak, berasal dari Kedah.
"Saya cerita dengan dia tentang kebaikan Islam berbanding agama
baru yang ingin dianutinya. Pelajar itu bukan yakin sangat, tapi ada orang Iain
yang pujuk, ambil hati dia dan termakan budi.
"Bila berhujah dia tak dapat hendak terangkan mengapa dia hendak
masuk agama tersebut. Akhirnya pelajar itu tak jadi keluar Islam.
"Saya tak hairan kalau orang agama lain kuat dengan kepercayaan
mereka. Tapi kalau orang Islam nak tukar agama, tentu ada yang tidak kena dari
segi amalan dan kefahaman Islam. Islam adalah agama terbaik untuk manusia,
kenapa nak keluar?" tanya Nicholas, 39.
"Kes murtad perlu ditangani secara tersusun. Tiada isu kita nak
lepaskan orang yang murtad. Kita mesti kejar mereka yang nak murtad supaya
balik ke pangkal jalan. Kita kena ada team tarik tali untuk menarik semula
mereka yang dah murtad kembali kepada Islam. Kalau kita kuat, pasti
menang!" katanya optimis.
Pembaca yang ingin menghubungi Hidayah Centre boleh menelefon:
03-41089669. - Sahidan Jaafar.
MASTIKA Januari 2007
<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>>
** catatan w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel
ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal
penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan
semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada
penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan
mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
2013 ® ©HAK CIPTA
SELEBET INTERNATIONAL ™
* Jadilah seorang bloger
yg sentiasa menghargai
hasil kerja
blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
memberi
kredit line kepada mereka .
Paparkan kreativiti
mereka
dengan menampilkan dari mana asal
usul
bahan asal yg anda salin dan tempek itu.