FOKUS MINI
Salah Sangka Terhadap
Allah
oleh
Noorzila Jamaludin
SEDANG di sini terdengar gelak ketawa dan suasana girang, nun di sudut
sayup terdengar esakan tangisan daripada hati yang kecewa. Mengapa? Sedangkan kita
sama-sama meniti hari, melalui ranjau dan duri, tetapi engkau bahagia, aku...?
Di puncak bukit pula tersergam indah mahligai putih, dihiasi taman,
dipagari tembok berjeriji keemasan. Namun di tebing-tebing sungai di bawah
bukit itu, berderetan rumah setinggan beratap zink berkarat dan dinding
daripada papan-papan kotak.
Mereka yang menghuni deretan rumah setinggan di tebing sungai itu,
saban hari bekerja. Berusaha tanpa mengenal penat lelah, namun hidup tidak
semewah yang tinggal di mahligai putih di puncak bukit itu.
Di mana keadilan Tuhan? Mereka telah menebar usaha, berdoa, dan tidak
kurang rukuk dan sujud.
Tegar Saptian:-
Dari seorang penyanyi jalanan kini bintang pujaan. Tegar mencari rezeki dengan
menyanyi dijalanan sejak berusia 4 tahun kerana kekangan hidup. Keluarganya
miskin. Tidak bersekolah, tidur dimana saja, malahan pernah wang pencariannya
di curi. Sekarang Tegar mampu membeli rumah dan kenderaan untuk keluarganya.
Mula menikmati kemewahan hidup selepas sekian lama hidup merempat. Dari susah
kepada senang. Semuanya dengan izin ALLAH
Rungutan dan pertanyaan begini lazim didengar. Kesenangan orang lain
dan kesusahan yang menimpa diri dijadikan perbandingan, sehingga mungkin
menimbulkan salah sangka terhadap Allah s.w.t.
"Mungkin manusia mempunyai pandangan yang berbeza, dengan
menganggap mereka senang sekiranya mempunyai kemewahan harta benda dan pelbagai
keistimewaan.
"Sebaliknya golongan yang tidak dapat mencapai apa yang diharapkan
atau diusahakan, merasa diketepikan dan tidak mendapat kasih sayang daripada
Allah s.w.t.. Tetapi sebenarnya kesenangan dan kesusahan merupakan ujian
daripada Allah s.w.t.," kata Ketua Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam,
Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Dr.
Johari Mat.
Ini disebut oleh Allah s.w.t. di dalam surah al-Mulk: 2,
"Dialah
yang menjadikan
mati dan hidup
untuk
menguji siapakah di
antara
kamu yang paling
baik amalannya,
dan Dia Maha
Perkasa Iagi Pengampun
Ujian Allah
Merujuk kepada ayat tersebut, Johari menjelaskan, mereka yang mendapat
kesenangan lazimnya tidak merasa kesenangan itu satu ujian, tetapi satu nikmat
yang dikurniai Allah s.w.t.
Sebenarnya seseorang
yang mendapat kebaikan-kebaikan itu harus melihat dua perkara; selain nikmat
yang dikurniakan Allah s.w.t. kepadanya, ia adalah ujian terhadapnya.
Katanya, Nabi Sulaiman yang diberi nikmat memiliki kerajaan yang besar
oleh Allah s.w.t. menyebut, "Ini adalah limpahan rahmat yang dianugerahkan
oleh Tuhanku untuk Dia mengujiku, apakah aku bersyukur ataupun kufur."
"Sebab itu, orang yang mendapat banyak nikmat perlu melihat aspek
nikmat dan ujian ini. Apabila diuji dengan nikmat, Allah ingin melihat di mana
kita meletakkan kenikmatan itu.
"Jika diletakkan di tempat yang sepatutnya, itulah cara
mensyukurinya. Manakala yang mengkufuri nikmat ialah yang meletakkannya di
tempat yang dilarang-Nya.
"Contohnya nikmat kesihatan yang diberikan oleh Allah digunakan
untuk perkara-perkara yang. tidak baik. Sebaliknya jika digunakan nikmat untuk
perkara yang baik, kita akan mendapat pahala yang besar. Kadang-kadang manusia
lebih tidak tahan diuji dengan nikmat berbanding ujian kesusahan," sambung
Johari.
Kerana itu Rasulullah s.a.w. menyebut: "Aku
begitu kagum dengan orang mukmin kerana semua keadaannya baik. Jika mendapat
kebaikan lalu dia bersyukur, itu adalah baik untuknya, jika mendapat kesusahan
lalu dia bersabar, itu adalah baik baginya."
Mengkifarahkan dosa
Tambahnya lagi, jika seseorang mendapat kesenangan dengan diiringi
kesyukuran, dia akan mendapat pahala. Manakala orang yang sabar dengan
kesusahan akan gugur dosa-dosanya.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang antara lain menyebut, bahawa setiap
mukmin sebelum meninggal dunia, akan diuji dengan pelbagai ujian kesusahan dan
kesakitan, sama ada pada dirinya atau sesuatu yang dimilikinya, sehingga
ujian-ujian itu boleh mengkifarahkan seluruh dosanya, dan apabila meninggal
dunia, dia tidak membawa sebarang dosa.
Jadi dari perspektif Islam, jelas Johari, seseorang yang ditimpa
pelbagai kesusahan bukan disebabkan Allah s.w.t. tidak sayang kepadanya, tetapi
ia boleh dianggap sebagai satu ujian dan kifarah ke atas dosa-dosanya.
"Manusia tidak boleh lari daripada-melakukan kesalahan dan dosa,
dan ada kalanya dosa itu tidak dikifarahkan dengan amalan-amalan sembahyang,
zakat mahupun puasa dan haji, tetapi dengan kesabarannya menghadapi kesusahan.
"Kesusahan dan kesenangan di dalam hidup ini adalah ujian, tetapi
orang yang sentiasa dirundung malang, tidak mendapat apa yang dicita-citakannya
atau selalu dilanda kesusahan, akan merasa dirinya berada di dalam ujian.
Bagaimanapun mereka yang menikmati kesenangan juga sebenarnya sedang
diuji," tegasnya.
Putus asa
Beliau menasihatkan mereka yang
ditimpa kesusahan agar menghadapinya dengan sabar, kerana jika tidak, mereka
boleh berputus asa, dan putus asa terhadap Allah merupakan salah satu dosa yang
besar.
Allah berfirman,
"Dan
jangan kamu
berputus asa
daripada
rahmat Allah,
kerana sesungguhnya
hanya kaum yang
kafir yang berputus
asa daripada rahmat
Allah." (Yusuf: 87).
"Ingatlah bahawa orang yang berjaya menghadapi ujian-ujian Allah,
sama ada dalam bentuk kesusahan mahupun kesenangan, merekalah sebenarnya
orang-orang yang berjaya.
"Golongan yang tidak mendapat kesenangan di dunia ini, dikatakah orang-orang
yang berjaya sekiranya mereka menerima takdir itu dengan sabar," katanya.
Johari mengajak umat Islam mengambil iktibar daripada sejarah. Di dalam
sejarah, katanya, digambarkan bahawa Allah s.w.t. member! nikmat dan kehebatan
kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, sama ada Muslim atau kafir.
Contohnya, Namrud dan Firaun diberi kekuasaan dan kehebatan seperti
juga Nabi Sulaiman. Bagaimanapun perbezaan mereka ialah, Nabi Sulaiman
menganggapnya sebagai ujian Allah, manakala Namrud dan Firaun menganggap
kekuasaan, kehebatan dan kekayaan adalah milik mereka. - Foto: Shamsudin Saleh
AL ISLAM Mac 1998
<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>>
** catatan w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel
ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal
penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan
semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada
penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan
mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
2013 ® ©HAK CIPTA
SELEBET INTERNATIONAL ™
* Jadilah seorang bloger
yg sentiasa menghargai
hasil kerja
blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
memberi
kredit line kepada mereka .
Paparkan kreativiti
mereka
dengan menampilkan dari mana asal
usul
bahan asal yg anda salin dan tempek itu.