Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

02 May 2014

Celak Mata: Soal Jawab bersama Ustaz Azhar Idrus: Ziarah kematian Bapa Saudara Agama Kristian



Soalan:
Bapa saudara kawan saya beragama Kristian. Bolehkah dia melawat bapa saudaranya apabila berlaku kematian?

Jawapan:
Boleh ziarah kematian keluarga yang bukan Islam dengan syarat tidak menyertai apa-apa acara agama yang dilakukan di situ

Masalah:
Ada ulama menyatakan tidak boleh perempuan memakai seluar jeans atau seluar panjang kerana menyerupai lelaki.

"Saya fikir wanita tidak patut memakai seluar langsung. Walaupun jika tiada sesiapa bersamanya mahupun bersama suami, kerana perbuatan itu menyerupai lelaki. Orang yang memakai seluar adalah lelaki dan Nabi Muhammad S.A.W melaknat wanita yang menyerupai lelaki." [Majmu'Fatawa wa Rasail al-Syeikh Muhammad Ibn Utsaimin bahagian 12, ms. 287]

Soalan:
Bagaimana jika seluar yang dipakai longgar dan memakai baju yang labuh sampai paras lutut?

Jawapan:
Menurut ulama-ulama mazhab Syafi'i, harus (boleh) wanita memakai seluar dengan syarat longgar dan baju hendaklah labuh sampai ke punggung. Manakala Syeikh Utsaimin pula, beliau bukan daripada mazhab Syafi'i.


Soalan:
Ustaz, apa hukum seorang perempuan membaca al-Quran dengan memakai tudung tetapi berbaju t-shirt lengan pendek?

Jawapan:
Membaca Quran dalam keadaan tidak menutup aurat adalah makruh sebagaimana kata setengah ulama.

Soalan:
Saya selalu dengar orang menyebut jikalau ada benda yang tak baik hendak berlaku pada diri sendiri, dia akan sebut 'minta selisih malaikat 44'. Apa maksudnya itu?

Jawapan:
Perkataan tersebut tiada asalnya daripada agama. la hanya diambil dari mulut orang-orang dahulu turun-temurun. Nabi Muhammad S.A.W    mengajar kita apabila ingin selamat daripada satu malapetaka atau kejahatan, hendaklah meminta perlindungan Allah S.W.T seperti berkata: 'a'uzubillahi min zalik'

Soalan:
Apa beza maksud di hujung selawat iaitu 'wasallam' dan 'wasallim'?

Jawapan:
Wasallam bererti "Allah telah berselawat ke atas Nabi". Manakala Wasallim bererti "Ya Allah, berselawatlah ke atas Nabi". Kedua-dua sebutan boleh dipakai tetapi biarlah betul dengan pasangannya.
1.Allahumma soli wa sallim 'ala Sayyidina Muhammad.
2.Sollallahu 'ala Sayyidina Muhammad wa sallam.

MASALAH:
Saya menjalankan perniagaan besi buruk. Ramai orang yang mengatakan ia tidak berkat kerana kotor dan tidak tahu barang yang dijual dari mana sumbernya.

Soalan:
Adakah keuntungan yang saya perolehi itu halal dan berkat ataupun sebaliknya?

Jawapan:
Jika besi buruk itu didapati dengan cara yang halal maka jualannya halal.

Soalan:
Apakah perkara yang haram ketika berhadas besar? Kalau boleh, minta ustaz senaraikan untuk memudahkan kami.

Jawapan:
Perkara yang diharamkan ketika sedang berhadas besar:
*Solat, sujud syukur, sujud sahwi dan sujud sajadah.
* Tawaf.
*Menyentuh al-Quran.
*Menanggung al-Quran.
*Membaca khutbah Jumaat.
* Membaca suatu daripada al-Quran.
*Berhenti di dalam masjid.

Soalan:
Apakah hukum seorang perempuan berkahwin dengan bekas bapa saudaranya, iaitu seorang lelaki yang pernah berkahwin
dengan ibu saudara (adik-beradik ayah atau ibu)?

Jawapan:
Harus jika bapa saudara itu bapa saudara sabit (bukan adik-beradik ayah atau ibu) setelah tamat iddah.

Soalan:
Siapakah yang paling berhak mewalikan pernikahan seorang perempuan berstatus anak luar nikah?

Jawapan:
Wali Hakim

Soalan:
Adakah benar seorang perempuan yang berstatus anak luar nikah tidak mempunyai kedudukan dalam nasab keturunan sehingga dia diperbolehkan untuk berkahwin dengan ayahnya?

Jawapan:
Anak luar nikah ada nasabnya (keturunan) daripada pihak ibu cuma tiada daripada pihak bapa. Dia tidak boleh bernikah dengan bapa zina.

MASALAH: Kadangkala saya tertidur selepas selesai solat Maghrib. Kemudian saya bangun untuk tunaikan solat Isyak dan Tahajud serta sunat-sunat yang lain. Namun sahabat saya beritahu, mesti tunaikan Isyak dahulu sebelum tidur baru boleh Tahajud.

Soalan:
Adakah kita dilarang solat Tahajud tanpa tunaikan Isyak sebelum tidur?

Jawapan:
Solat Tahajud disyaratkan dengan dua perkara:
# Selepas menunaikan solat Isyak.
# Selepas tidur sama ada tidur selepas solat Maghrib atau selepas solat Isyak.

MASALAH:
Seorang kawan (lelaki) saya sudah bertaubat dan ingin dihukum mengikut kehendak syarak. Dia bertanya bolehkah dia meminta pihak lain (bukan pihak berkuasa) menjalankan hukuman sebat 100 kali (kerana belum berkahwin) ke atasnya setelah dia mengaku berzina empat kali.

Soalan:
Apa komen Ustaz?

Jawapan:
Hukuman hudud tidak boleh dilakukan sembarangan. Hendaklah disabitkan kesalahan tersebut oleh qadi dan dilaksanakan oleh orang yang dilantik oleh pemerintah. Justeru itu, memadai dengan bertaubat nasuha dan mulakan hidup baru dengan membanyakkan amal soleh.

Soalan:
Boleh ustaz jelaskan hukum berjabat tangan dengan jurunikah ketika akad nikah?

Jawapan:
Berjabat salam tidak termasuk rukun nikah atau syarat sah nikah. la hanya merupakan adat setempat. Walau bagaimanapun, jika imam nikah menghulurkan tangan wajib hukumnya pengantin lelaki berjabat salam dengannya ketika akad dan haram pengantin lelaki enggan bersalam walaupun nikahnya adalah sah.

Ustaz Azhar ldrus:
Penceramah bertaraf selebriti. Sering muncul di TV. Pernah menuntut ilmu secara talaqqi dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun. Beliau juga seorang jurufoto profesional.

Q&A: Isu 25: m/s 34-35