Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

23 July 2014

Celak Mata: Bolehkah Hadir Pengebumian Bukan Islam

Bolehkah Hadir Pengebumian Orang Bukan Islam



Soalan:
Apa hukum solat rawatib sebelum Maghrib?

Jawab:
UIama berselisih pendapat berkenaan dengan hukum ini kepada tiga pendapat;


Pendapat pertama: Disunatkan solat sunat sebelum solat Maghrib. Ini pendapat mazhab Syafi'i dan ulama Zahiri.

Dalil pendapat pertama: Hadis Nabi     daripada Abdullah al-Muzani r.a.,
"Solatlah sebelum Maghrib, Solatlah sebelum Maghrib, Solatlah sebelum Maghrib bagi sesiapa yang hendak." Baginda takut manusia menganggapnya sebagai suatu sunnah (kewajipan). (Riwayat Bukhari: 1183)

Imam Thabari berkata: "Daripada hadis ini Nabi tidak bermaksud menafikan sunat solat ini. Ini kerana tidak mungkin Baginda menyuruh perkara yang bukan sunat. Bahkan hadis ini adalah sekuat-kuat dalil tentang sunatnya solat sebelum maghrib. Maksud sunnah dalam hadis ini ialah syariat yang diwajibkan.

Hadis daripada Anas bin Malik r.a., "Sesungguhnya aku melihat Sahabat-sahabat terbilang segera mendapatkan tiang-tiang untuk solat sebelum Maghrib." (Riwayat Bukhari : 503)

Pendapat kedua: Tidak disyariatkan solat ini. Ulama mazhab Hanafi mengatakan ia khilaful aula (tidak afdal) manakala ulama Maliki mengatakan makruh. Dalil pendapat mereka: Hadis daripada Ibnu Umar r.anhuma.; Ibnu Umar ditanya tentang solat sebelum solat Maghrib. Beliau menjawab, "Aku tidak pernah melihat sesiapa pun yang melakukannya pada zaman Nabi     " (Riwayat Abu Daud: 1284)

Pendapat ketiga: Harus solat dua rakaat sebelum Maghrib. Ini pendapat mazhab Hanbali. Dalil pendapat mereka:
Hadis daripada Anas bin Malik ra: "Kami dahulu solat sunat selepas masuk Mahgrib dan sebelum solat fardu Maghrib. Aku pun bertanya kepadanya, "Adakah Rasulullah     melakukannya?" Anas menjawab, "Baginda melihat kami melakukannya, Baginda tidak menyuruh kami dan tidak melarangnya." (Riwayat Muslim : 836)

Kesimpulannya, pendapat kuat ialah pendapat pertama yang menyatakan sunat solat sebelum solat fardu Maghrib. Apa pun, kita menghormati pendapat lain.


Soalan:
Apa hukum menghadiri pengebumian jenazah orang kafir?

Jawab:
Ada tiga keadaan: Pertama: Asalnya, orang Islam dilarang menghadiri urusan jenazah orang kafir kerana ia merupakan satu bentuk urusan agamanya. Allah berfirman dalam surah at-Taubat ayat 84,

"Dan
janganlah kamu
menyembahyangkan
mana-mana orang munafik
yang telah mati, dan janganlah
kamu berdiri pada kuburnya."

Ayat ini untuk orang-orang munafik yang telah disahkan kekufurannya.

Kedua: Dibolehkan untuk memberi ucapan takziah kepada mereka berdasarkan firman Allah daripada surah al-Baqarah ayat 83,

"Dan
berkatalah
dengan kata-kata
yang baik kepada manusia.
"Allah tidak menghadkan membuat
ucapan yang elok kepada orang Islam sahaja,
bahkan kepada semua orang.

Ketiga: Harus (ja'iz) menghadirinya sekiranya yang meninggal dunia ialah kaum kerabat seperti ibu atau ayah yang masih belum Islam. Ini berdasarkan hadis daripada Sayidina Ali r.a., "Apabila kematian Abu Talib, aku berjumpa Nabi    dan berkata: 'Sesungguhnya pak cik tuan yang sesat telah mati, siapa yang hendak kafankannya?' Nabi menjawab, "Pergi kamu segera dan jangan cakap apa-apa sampai kamu datang semula.' Aku berkata, Dia mati musyrik.' Nabi berkata, 'Pergi cepat.' Lalu aku pergi mengkafankannya, kemudiannya berjumpa dengan Nabi     Nabi berkata, 'Pergi mandikannya dan jangan cakap apa-apa.' Lalu aku pergi memandikannya dan berjumpa dengan Nabi  semula. Nabi pun berdoa kebaikan untukku yang mana aku tidak suka diganti doa itu dengan unta yang mahal." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Baihaqi; sanadnya sahih)

Ini merupakan mazhab Syafi'i dan Hanafi. Imam Nawawi berkata dalam Majmuk: "Tidak makruh orang Islam mengiringi jenazah saudaranya yang kafir."

Fatwa daripada Majlis Fatwa dan Kajian Eropah

Harus orang Islam menghadiri penyelenggeraan jenazah ayahnya atau saudaranya yang bukan Islam. Tidak mengapa hadir pada upacara agama yang diadakan untuk mayat bukan Islam (saudaranya) yang diadakan di gereja atau 'temple'. Akan tetapi tidak menyertai dalam doa, sembahyang atau bunyi-bunyian dan Iain-Iain yang daripada agamanya. Demikian juga harus menghadiri pengkebumiannya. Hendaklah niatnya untuk melaksanakan kebaikan dan menjaga silaturrahim.

Soalan:
APa hukum  telanjang semasa berseorangan?

Jawab:
UIama berselisih pendapat tentang hukum ini kepada dua pendapat utama;

Pendapat pertama:
Wajib menutup aurat semasa bersendirian. Ini pendapat utama mazhab Syafi'i, Hanafi dan Hanbali. (Disebut dalam kitab

Dalil pendapat ini:
Seorang Sahabat (Muawiyah bin Haidah r.a.) bertanya, "Aurat kami apa yang boleh buat dan apa yang boleh kami tinggalkan?
Nabi bersabda, "Jagalah auratmu kecuali dengan isterimu atau hamba sahayamu.
Dia bertanya lagi, "Bagaimana aurat lelaki dengan lelaki?"
Nabi menjawab, "Sekiranya kamu mampu untuk supaya tiada siapa yang melihat auratmu, maka buatlah."
Dia bertanya lagi, "Bagaimana aurat semasa bersendirian?"
Nabi menjawab, "Allahlah yang patut lebih kamu rasa malu."
(Riwayat Bukhari, Abu Daud Tirmizi dan Ibnu Majah)

Pendapat kedua: Sunat menutup aurat semasa bersendirian. Ini pendapat mazhab Maliki.

Soalan:
Sekadar manakah batasan aurat semasa bersendirian?

Jawab:
Mazhab Maliki: Disunatkan bagi lelaki dan perempuan menutup qubul dan dubur serta kawasan berhampirannya semasa bersendirian. Makruh membukanya.

Mazhab Syafi'i: Wajib menutup hanya qubul dan dubur sahaja bagi lelaki, dan di antara pusat dan lutut bagi perempuan ketika bersendirian. [Hasyiah Bajuri dan I'anah ath-Tholibin]

Soalan:
Bilakah dibolehkan bertelanjang?

Jawab:
UIama bersepakat mengharuskan telanjang semasa bersendirian apabila ada keperluan seperti bersama isteri, mandi hadas besar, buang air besar dan keperluan yang lain. Kesimpulannya, kebanyakan ulama sekarang memilih pendapat pertama yang lebih kuat dari segi dalil.

Q&A Isu #26  m/s 32-33

Link Berkaitan: