Soal Jawab
Bersama Syeikh Nuruddin
xxxxxxx
Soalan:
Perlukah
Solat Zuhur bagi Perempuan Yang Solat Jumaat?
Bagaimana
hukumnya perempuan yang solat Jumaat bersama jemaah Muslimin di masjid? Apakah
perlu mereka solat Zuhur semula kerana syarat solat Jumaat ialah lelaki?
Wakaso Mubarak (kiri) Ghana
Jawab:
Perempuan
solat Jumaat bukan bersendirian, tetapi mengikut imam lelaki. Mereka tabi'
(orang yang mengikut). Keadaan mereka seperti keadaan orang
sakit, musafir atau
hamba sahaya, walaupun tidak wajib solat Jumaat, tetapi dibolehkan. Dalam
kitab-kitab Syafi'iyyah disebutkan bahawa sunat perempuan solat Jumaat. Apabila
pulang ke rumah, solat Zuhur tidak perlu diulang kembali.
Soalan:
Bolehkah
makmum mufaraqah dengan imam jika imam tidak membaca doa qunut walaupun ia
tidak wajib?
Jawab:
Tidak
perlu bermufaraqah jika setakat untuk membaca doa qunut di belakang imam. Ulama
mengatakan bezanya kita membaca tasyahud awal dan qunut ialah jika kita membaca
tasyahud awal sedangkan imam telah berdiri dan tidak membacanya, maka solat
kita batal.
Tetapi
jika membaca doa qunut sedangkan imam telah sujud, ia boleh dengan cara membaca
secara mutakhalluf (membaca dalam keadaan ditinggalkan oleh imam) selama kita
tidak ditinggalkan oleh imam dengan tiga rukun yang panjang berturut.
Perbezaannya
ialah jika makmum membaca tasyahud awal sedangkan imam sudah berdiri di rakaat
yang ketiga, solat makmum batal kerana dia telah melakukan sesuatu yang tidak
dilakukan oleh imam. Berbeza dengan qunut, jika makmum terus membaca qunut
sedangkan imam sudah sujud pertama, solat makmum sah kerana dia dianggap
memanjangkan sesuatu yang dilakukan oleh imam.
Rukun
solat yang pendek antaranya, iktidal dan duduk antara dua sujud. Rukun solat
yang panjang, antaranya rukuk dan sujud. Tiga rukun panjang yang ditinggalkan
ketika berdiri membaca doa qunut ialah sujud yang pertama, duduk antara dua
sujud dan sujud kedua.
Apabila
imam sudah sujud kedua, sedangkan dia masih berdiri membaca qunut maka solatnya
sah tetapi dia dikira telah tertinggal satu rakaat.
Soalan:
Apakah
yang perlu dilakukan jika imam tidak fasih bacaan dalam solatnya?
Jawab:
Jika
ia melibatkan bacaan biasa umpamanya surah lazim tidak mengapa. Tetapi jika dia
tidak fasih membaca al-Fatihah atau bacaan rukun, dia dianggap sebagai ummiy
(tidak pandai membaca al-Quran). Tidak sah (atau batal) solat makmum jika
makmum mengikut imam tersebut kecuali jika makmum tidak tahu. Jika keadaan
sedemikian, imam tersebut hendaklah digantikan dengan imam yang lebih baik
bacaannya. Jika imam tidak mahu berundur, maka makmum hendaklah berniat
mufaraqah (bercerai/berpisah dari imam).
Bacaan
rukun atau rukun qauli ada lima iaitu takbiratul ihram, membaca al-Fatihah,
tahiyyat akhir, selawat dalam tahiyyat akhir, mengucap salam yang pertama.
Soalan:
Bagaimanakah
keadaan solat orang yang buasir kerana ada lendir yang keluar sepanjang masa?
Jawab:
Dia
hendaklah bersedia lebih awal untuk beribadah dengan cara ketika masuk tandas,
tempat buasir dibersihkan dan dibalut atau disumbat dengan kain atau kapas atau
sebagainya agar tidak menyentuh pakaian.
Soalan:
Bolehkah
seoran perenang yang berusaha untuk memecahkan rekod renangan, solat di dalam
air?
Jawab:
Tidak
boleh, kerana tidak ada darurat padanya. Demikian juga, orang berlari maraton,
tidak boleh solat dalam keadaan berdiri kerana tidak ada darurat.
Walau
bagaimanapun, ia boleh dilakukan jika dalam keadaan terlalu takut atau dalam
keadaan darurat. Umpamanya, ketika tsunami melanda, seseorang dihanyutkan air
dan pada ketika itu dia belum melaksanakan solat sedangkan waktu solat hampir
habis. Dia dibolehkan solat di dalam air kerana dihanyutkan tsunami dan dan
melakukan rukun dengan cara isyarat sahaja.
Soalan:
Ada
orang mengatakan amalan yang kita dilakukan sekarang ini adalah 'amalan
warisan'. Bagaimanakah menjawab pernyataan ini?
Jawab:
Saya
mahu bertanya dahulu, apakah memang tidak boleh kita beramal secara warisan? Tidakkah asbab untuk kita mengenal
sesuatu itu kadang- kadang dengan telinga yang mendengar, kadang-kadang dengan
mata yang melihat, kadang-kadang dengan akal yang berfikir? Dalam ilmu hadis,
cara-cara ini disebut
Dengan
sebab-sebab belajar, sebab-sebab penghasilan,
sebab-sebab mendapat sesuatu).
Bahkan,
Nabi sendiri berpesan:
"Sembahyanglah
seperti mana kamu lihat aku sembahyang?" (Riwayat al-Bukhari)
Ada
Sahabat yang tidak menulis, tidak belajar tetapi mereka melihat cara
perlaksanaan solat Nabi Wt. Itu juga dinamakan warisan. Demikian juga mereka
melihat cara Nabi tidur, makan,
minum. Nabi tidak menyuruh, bagi
amaran, memerintahkan atau menganjurkan perkara tersebut.
Begitulah
yang berlaku ketika makan buah labu, Nabi mengumpul-ngumpul buah labu daripada
makanan, Sayidina Anas bin Malik mengatakan: "Sejak itu aku suka dengan
buah labu." Sayidina Anas hanya melihat perbuatan Nabit sahaja, walaupun
Nabi tidak pernah menyuruhnya makan
labu.
Demikian
juga yang berlaku kepada Abdullah ibn Umar. Setelah kewafatan Rasulullah, dia
datang ke sebatang pokok bernama Syajarah ar-Ridhwan, lalu disiram, dijaga dan
menyandar kepadanya kerana dia pernah melihat Nabi melakukan seperti itu.
Rasulullah tidak memberi tahu kepadanya tentang fadilatnya ini dan itu. Ini
contoh para Sahabat beramal secara warisan.
Rasulullah
bersabda:
"Tidaklah
apa yang dikhabarkan itu sama dengan apa yang dilihat." (Riwayat Ahmad,
al-Hakim, ath-Thabrani dan Ibn Hibban.)
Jika
dikatakan ilmu warisan tidak betul, itu bukan sandaran yang kuat. Ilmu tidak
semestinya dengan belajar dahulu, duduk depan tuan guru, dibaca, disyarah dan
Iain-Iain. Kalau begitu, 90% daripada umat, mengamalkan sesuatu tanpa ada
landasannya. Apakah tidak cukup dengan melihat atau memerhatikan?
Orang
tahu tentang Makkah, Masjidil Haram dan Kaabah, tetapi tidak sama jika melihat
sendiri Makkah, Masjidil Haram dan Kaabah ini. Warisan seperti ini iaitu
musyahadah (melihat sendiri), jauh lebih baik (pemahamannya) daripada belajar.
Kalau
dikatakan warisan, persoalannya, warisan dari mana? Dari tok guru kita? Tok
guru dari mana? Dari tok-tok guru mereka terus bersambung tasalsulnya
(rantaiannya) sampai kepada Rasulullah
Apakah itu tidak cukup?
Ayat
al-Quran menyebut, "Sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh yang baik." (Al-Ahzab 33: 21)
Contoh
itu bagaimana? Semua contoh daripada Nabi dilihat oleh para Sahabat. Warisan
kita bukan daripada Firaun, Gajah Mada dan Iain-Iain, tetapi ia adalah warisan
yang bersambung dari satu generasi ke satu genarasi sehingga kepada Rasulullah .
Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari
Al-Makki
Sewaktu menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir Qurusan
Syariah Islamiah), beliau aktif mencurahkan ilmunya kepada ratusan pelajar dari
Asia dan Asia Tenggara yang menuntut di sana sehingga digelar "Al-Azhar
ath-Thani" (Universiti Al-Azhar Kedua). Beliau telah menghasilkan karangan
dan mentahqiq kitab-kitab muktabar tidak kurang daripada 50 buah karangan.
Q&A: Isu #25 - M/s 72 & 73