Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

10 March 2015

Halaqah Ibadat: Batalkan wuduk sentuh wanita ajnabi?

Batalkan wuduk tersentuh kulit perempuan ajnabi?
Halaqah Ibadah
Oleh

Ustaz Muhadir Hj. Joll

Muamalah seharian yang melibatkan lelaki dan perempuan kadang-kadang tanpa disedari dan tanpa sengaja tersentuh kulit antara satu dengan yang lain. Ulama mazhab mempunyai pandangan masing masing dalam perkara ini.


Adakah menyentuh kulit perempuan ajnabi (yang halal dinikahi) tanpa berlapik membatalkan wuduk?

Ulama mazhab khilaf mengenainya seperti berikut:
1. Mazhab Hanafi: Menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan wuduk secara mutlak, sama ada dengan tujuan talazzuz (berlazat-lazat) atau perasaan shahwat ketika bersentuhan.

2. Mazhab Maliki: Menyentuh kulit perempuan ajnabi membatalkan wuduk jika dengan tujuan talazzuz atau mendapat kelazatan ketika bersentuhan.

3. Mazhab Syafi'i: Hukumnya batal secara mutlak (tanpa syarat). Ini termasuk dengan isteri sendiri.
Imam Ahmad ibn Hanbal: memilih pendapat mazhab Maliki.

Apakah dalil yang digunakan oleh ulama Syafi'iyyah?

Firman Allah (mafhumnya): "Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan." (Al-Maidah 5: 6)

Ulama Syafi'iyyah mentafsirkan laamastum (mulama'sah) pada ayat di atas dengan maksud 'bersentuhan' (a I-lams).

Disebutkan dalam hadis: "Sesungguhnya Rasulullah didatangi seorang lelaki lalu berkata: Ya Rasulullah, apakah katamu pada seorang lelaki yang bertemu seorang perempuan yang tidak dikenalinya, tidak ada sesuatu yang biasa dilakukan seseorang lelaki terhadap isterinya melainkan ada dilakukan oleh lelaki tersebut terhadap perempuan itu, hanya jimak sahaja yang tidak dilakukannya.

Kata rawi hadis: Maka Allah menurunkan firman-Nya (mafhumnya): "Dirikanlah solat pada dua tepi siang dan sebahagian daripada malam", katanya: Maka Rasulullah  bersabda: Berwuduklah kamu kemudian solatlah. Kata Muaz: Ya Rasulullah, apakah khusus untuk orang ini atau untuk orang Mukminin kesemuanya?

Lalu Baginda  bersabda: Bahkah untuk orang Mukminin keseluruhannya." (Riwayat Ahmad dan Ad Darulquthni)
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.anhuma daripada ayahnya, berkata: "Kucupan seorang lelaki terhadap isterinya dan menyentuhnya dengan tangannya termasuk dalam mulama'sah (bersentuh-sentuhan). Maka sesiapa yang mencium isterinya atau menyentuhnya dengan tangannya, wajiblah wuduk atasnya." (Riwayat Malik di dalam Al-Muwaththo' dan Syafi'i)

Terdapat juga hadis daripada Ibn Abi Hatim, bahawa Abdullah Ibn Mas'ud r.a berkata: "Menyentuh itu maksudnya selain daripada persetubuhan."

Dalam riwayat Ath-Thobrani disebutkan bahawa Abdullah Ibn Mas'ud pernah berkata: "Seorang lelaki (hendaklah) berwuduk kerana lekat (badan), menyentuh dengan tangannya dan bercium."

Di dalam Kitab Al-lqna', 1/171 dinyatakan: "Dan keempat daripada perkara yang membatalkan wuduk iaitu bersentuhan lelaki dewasa dengan kulitnya akan kulit perempuan ajnabiyyah dengan tidak berlapik."

Apakah dalil ulama yang mengatakan tidak batal apabila bersentuhan antara lelaki dengan perempuan ajnabi?

Mereka berdalilkan hadis: Daripada 'Aisyah, isteri Nabi sesungguhnya dia berkata: "Aku pernah tidur di hadapan Rasulullah sedangkan kedua-dua kakiku di hadapan Baginda . Apabila sujud, Baginda meraba kakiku (dengan tangan Baginda), dan aku menarik kakiku. Apabila Baginda berdiri, aku melepaskan kembali kakiku." (Riwayat Al-Bukhari)

Ulama Syafi'iyyah menanggapi hadis ini dengan pendapat:
Di dalam kitab Al-Majmu' dijelaskan bahawa hadis tersebut hendaklah difahamkan bahawa Nabi  menggunakan penghalang ketika menyentuh kaki 'Aisyah. Oleh itu, kulit Baginda tidak menyentuh kulit isteri Baginda , 'Aisyah, sebagai jawapan terhadap hadis 'Aisyah yang tangan 'Aisyah menyentuh perut kaki (tumit) Nabi , merupakan masalah yang boleh jadi menggunakan penghalang." [Lihat Al-Majmu'ala Syarh al-Muhazzab, Imam Nawawi, Beirut: Maktabah Dar ai-Fikr, t.thn, 2/22]

Di dalam kitab Al-Fiqh al-Manhaji, 1/63, disebutkan: "Sentuhan seorang lelaki terhadap isteri atau perempuan ajnabiyyah tanpa penghalang, maka wuduk keduanya batal, sebab yang dimaksudkan dengan istilah ajnabiyyah ialah setiap wanita yang halal dikahwini."

Di dalam kitab Ghayah al-Wushul dijelaskan bahawa hadis tersebut tidak dijelaskan sama ada ketika menyentuh itu ada penghalang atau tidak. Oleh itu, hadis tersebut tidak dapat dijadikan hujah dalam permasalahan ini kerana kaedah menyebutkan:

"Dan beberapa kejadian yang masih menimbulkan pelbagai kemungkinan, maka ia terkandung dalam dalil mujmal dan gugurlah ia untuk dijadikan dalil." [Lihat Ghayah al-Ushul Syarh Lubb al-Ushul, Syaikh Zakariya al-Anshari, Surabaya: Dar al-lhya', t.thn.ms.74.] 0>


ISU #27