Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

13 March 2015

Bagaimana hendak mengetahui haid pertama atau kedua?

FIQH An-Nisa
Haid Pertama dan Kedua
Bagaimanakah mengetahuinya??
Oleh
Ustazah Maznah Daud
Ketua Wanita IKRAM Malaysia

Soalan:
Seorang wanita datang haid selama lima hari. Kemudian dia mandi. Belum cukup 15 atau 16 hari, darah haidnya datang semula. Bagaimanakah kedudukannya?

Jawab:
Jika darah keluar dalam masa 15 hari daripada hari pertama dia datang haid, maka darah itu dikira haid, iaitu sambungan kepada haid yang telah kering itu. Umapamanya dia mula-mula datang haid pada 1 hari bulan, pada 5 hari bulan haidnya kering dan dia mandi. Pada 8 hari bulan darah keluar lagi. Maka darah yang keluar itu dikira haid kerana masih dalam tempoh 15 hari.




Jika darah keluar pada 21 hari bulan, maka darah itu dikira sebagai haidnya yang kedua kerana telah mencukupi tempoh suci yang minimum, iaitu 15 hari. Tetapi jika darah keluar pada 17 hari bulan, ia tidak boleh dikira haid pertama kerana telah melebihi 15 hari dan tidak boleh dikira haid kedua kerana belum cukup tempoh minimum.

Soalan:
Jika haid kering pada waktu malam, contohnya pukul sebelas malam. Kemudian wanita itu masuk tidur. Dia mandi hadas selepas waktu subuh. Bagaimanakah dengan solat Isyak dan solat Subuh wanita berkenaan?

Jawab:
Jika dia tahu dengan yakin bahawa haidnya telah kering pada waktu malam, maka dia berdosa kerana melewatkan mandi dan berdosa meninggalkan solat dengan sengaja. Dia wajib qadha solat Isyak dan Subuh
yang ditinggalkan dan wajib bertaubat serta jangan diulangi lagi.

Namun jika dia tidak tahu, umpamanya dia telah memeriksa sebelum tidur didapati haidnya belum kering. Bangun daripada tidur waktu pagi dia mendapati haid telah kering. Tentulah tidak dapat dipastikan pukul berapa haidnya mula kering. Dalam keadaan ini dia tidak berdosa. Namun sebagai ihtiat atau langkah berjaga-jaga, seeloknya dia mengqadha solat Isyak dan Subuh.


ISU#27