Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

17 March 2015

FEQAH: Hukum wanita ziarah kubur??

Feqah
Wanita Ziarah Kubur
Benarkah Dilaknat Allah?
Oleh
Ustaz Muhadir Hj Joll

Salah satu perkara mulia yang dilakukan oleh orang hidup kepada orang mati ialah menziarahi pusara mereka untuk dibacakan al-Quran, tahlil, zikir dan sebagainya, di samping ziarah itu mengingatkan orang yang hidup kepada kematian.

Jika kematian berlaku dalam sebuah keluarga, sudah pasti ahli keluarga termasuk perempuan juga turut sama ingin menghantar atau menziarahi jenazah ahli keluarga mereka di kubur. Artikel ini berusaha memberi pencerahan terhadap hukum menziarahi kubur bagi lelaki dan perempuan.

Bolehkah  menziarahi kubur?


Ya, boleh atau harus (mubah) bahkan ia sangat dianjurkan dalam agama, terhadap lelaki mahupun perempuan. la didasarkan kepada hadis: Daripada Buraidah berkata: Rasulullah bersabda: "Aku pernah melarang kamu daripada menziarahi kubur. Maka sesungguhnya Muhammad telah diizinkan menziarahi kubur ibunya, maka ziarahilah kubur kerana ia mengingatkan tentang akhirat." (Riwayat At-Tirmizi)

Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibn Majah menyebutkan: "Adalah Nabi     menziarahi kubur para syuhada Uhud dan kubur Mukminin di Baqi'. Baginda memberi salam ke atas mereka dan mendoakan mereka dengan apa yang telah dikatakan terdahulu."

Apakah pendapat ulama dalam kitab-kitab mereka tentang perkara tersebut?

Disebutkan di dalam kitab Ihya' Ulum ad-Din, 4/521: "Ziarah kubur secara keseluruhannya adalah sunat untuk ingat-memperingati dan mengambil pelajaran. Dan menziarahi kubur orang-orang yang soleh adalah sunat untuk mengambil berkat (tabarruk), juga mengambil pengajaran daripadanya. Rasulullah pernah melarang daripada menziarahi kubur kemudian mengizinkannya selepas itu."

Di dalam kitab asy-Syarwani, 3/200, disebutkan: "Disebutkan di dalam kitab al-l'ab: Sesungguhnya disunatkan ziarah (kubur) untuk mengambil pengajaran, menjalinkan silaturrahim dan berdoa kepada mayat, merujuk kepada pendapat az-Zarkasyi: Sesungguhnya, sunat ziarah (kubur) terbatas dengan niat mengambil pengajaran atau silaturrahim dan memohon keampunan atau membaca al-Quran atau berdoa dan sebagainya. Dan hendaklah mayat itu orang Islam, maknanya, walaupun dia orang asing yang tidak dikenali, tetapi dia adalah termasuk yang dikenalinya. Maka tidaklah sunat ziarah kubur orang kafir. Walau bagaimanapun, ia dibolehkan seperti yang disebutkan di dalam Majmu', jika tujuannya adalah untuk mengambil pengajaran."

Di dalam kitab Nasha'ih al-'Ibad, Syaikh Muhammad Nawawi al-Bentani menjelaskan: "Dan menziarahi kubur sama ada untuk tujuan mengingati kematian dan akhirat, maka (atas tujuan tersebut) jadilah (atau terhasillah tujuan itu dengan jalan) melihat kubur itu walaupun tidak kenal penghuni kubur tersebut walaupun kubur orang kafir. Atau dengan tujuan berdoa, maka (untuk tujuan tersebut) sunat (yang didoakan itu hanya) kepada setiap orang Islam. Ataupun untuk tujuan bertabarruk, maka sunat (mengambil berkat itu) jika dia seorang yang terkenal dengan kebaikannya, atau untuk menunaikan hak seperti kawan dan seorang ayah."

Bolehkah  perempuan menziarahi kubur?

Menziarahi kubur adalah sunat bagi lelaki dan perempuan berdasarkan hadis daripada Sulaiman bin Buraidah, daripada ayahnya, bahawa Nabi bersabda: "Aku dahulu pernah melarang menziarahi kubur, maka ziarahilah ia." (Riwayat Muslim)

Rasulullah melarang ziarah kubur pada awalnya kerana pada ketika itu amalan-amalan jahiliyyah masih menebal dalam masyarakat iaitu masih ada yang mengucapkan kata-kata kurang elok dan keji ketika menziarahi kubur. Apabila mereka sudah menerima Islam dan tahu adab-adab menziarahi kubur, syariat kemudiannya membenarkannya. Kebenaran ini tidak hanya dikhususkan kepada lelaki sahaja. Oleh itu, para ulama berpendapat, perempuan pun turut sama mendapat keizinan ini.

Dalam hadis dhamir lelaki "nahaitukum..." digunakan kerana selalunya "taghlib" yang menziarahi kubur adalah lelaki seperti yang disebut oleh Mula Ali Qori dalam kitab Mirqat al-Mafatih, 4/248 dan At-Tirmizi dalam Al-Jami' ash-Shahih, 3/372 dan Iain-Iain.

Dalam hadis riwayat daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, bahawa pada suatu hari Aisyah datang dari kubur, maka dia bertanya: "Ya Ummal Mukminin, kamu datang dari mana?" Beliau menjawab: 'Dari makam saudaraku Abdur Rahman.' Lalu aku bertanya lagi: 'Bukankah Nabi telah melarang menziarahi kubur?' Beliau menjawab: 'Benar, mula-mula Nabi melarang menziarahi kubur, kemudian Baginda menyuruh menziarahinya'."
[Imam az-Zahabi menyebutkannya di dalam kitab Sunan al-Kubra, 4/131, Abdur Razzaq dalam kitab Mushannaf Abdur Razzaq, 3/572, 574 dan al-Mustadrak, 1/532. Az-Zahabi dan al-Hakim an-Naisaburi menyatakan keshahihannya]

 Ada golongan yang melarang perempuan menziarahi kubur kerana berpegang kepada hadis yang diriwayatkan di dalam kitab-kitab Sunan (kecuali al-Bukhari dan Muslim) iaitu: "Allah melaknat perempuan-perempuan yang menziarahi kubur." [Lihat Mushannaf Abdur Razzaq, 3/ 569]

Hadis ini telah dimansukhkan (dihapuskan) oleh riwayat-riwayat tentang 'Aisyah menziarahi kubur saudaranya seperti yang disebutkan oleh Imam az-Zahabi dalam Sunan al-Kubra, Abdur Razaq dalam Mushannaf, Al-Hakim dalam al-Mustadrak dan disebutkan dalam hadith riwayat Imam Muslim.

Adapun hadis "Allah melaknat perempuan-perempuan yang menziarahi kubur" di atas, para ulama berpendapat mungkin kerana sanad hadisnya tidak kuat yang menyebabkan Imam al-Bukhari dan Imam Muslim tidak meriwayatkan hadis tadi di dalam Shahih mereka.

Menurut fuqaha, hadis yang melarang perempuan menziarahi kubur adalah kerana perempuan selalu lemah, kurang sabar sehingga menyebabkan mereka menangis menjerit-jerit dan meraung-raung (an-Niyahah) sambil menampar pipinya sendiri, mengoyak-ngoyak pakaian, berputus asa dan perbuatan-perbuatan jahiliyah lain yang dilakukan di kubur.

Sesetengah yang lain berpendapat perempuan dilarang menziarahi kubur kerana sifat mereka yang suka berhias-hias, tidak menutup aurat, tidak menjaga tingkah laku di kubur yang semuanya boleh menimbulkan syahwat dan fitnah kepada lelaki.

Al-Hafiz Ibn al-Arabi (543H), pensyarah hadis at-Tirmizi ketika memberi pandangan dalam perkara ini berkata: "Yang benar ialah Nabi membolehkan menziarah kubur untuk lelaki dan perempuan. Jika ada sebahagian yang menganggapnya makruh bagi perempuan, maka hal itu kerana lemahnya kemampuan perempuan untuk bersikap tabah dan sabar sewaktu berada di kubur, atau kerana penampilannya yang tidak menggunakan hijab (untuk menutup auratnya) dengan sempurna." [Lihat juga kitab I'anah ath-Tholibin, 2/142, At-Taj al-Jami' li al-Ushul, 2/381 dan Mirqat al-Mafatih, Mula Ali Qori, 4/248]


Q&A ISU#27