Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

22 April 2015

Haramkan menari: Tiada nas sahih

Tiada nas haramkan menari, tapi...
Dr. Rushdi Ramli

Soalan:
Apakah pandangan Islam mengenai pembabitan anak-anak remaja sekarang dalam aktiviti muzik dan tarian? Adakah aktiviti-aktiviti ini dianggap tidak sihat dan boleh meruntuh-kan akhlak muda-mudi sedangkan ia boleh mengelak mereka daripada terjebak dalam aktiviti lain yang jauh lebih memudaratkan seperti penagihan dadah, merempit dan samseng?

Bolehkah perkara ini dilihat daripada sudut 'keutamaan', atau 'mengelak daripada perkara yang lebih memudaratkan'.
gambar hiasan
Jawapan:
Keinginan untuk berhibur yang boleh membawa kepada ketenangan dan kedamaian jiwa

 adalah sebahagian daripada fitrah semula jadi manusia. Ingin dijelaskan bahawa Islam adalah suatu agama yang sentiasa meraikan serta tidak menafikan keinginan-keinginan semula jadi manusia. Contohnya, keinginan kepada makanan yang lazat, minuman yang enak, tidur dan hubungan seks, tetapi Islam meletakkan batas-batas dan adab-adab tertentu yang perlu diraikan agar naluri semula jadi manusia tersebut dapat menjadi pemangkin, pencetus dan pendorong ke arah kebaikan dan bukannya pemusnah kebaikan.
Ini dapat dicapai apabila keinginan-keinginan semula jadi tersebut dipenuhi secara adil, iaitu dalam bentuk pendekatan dan kadar yang memberi manfaat serta maslahah kepada kehidupan, dan bukannya  mendatangkan  kerosakan ataupun kepincangan.

Firman Allah yang bermaksud, "Makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan (melebihi kadar yang diperlukan oleh badan)..." Surah al-A'raf, ayat 31

Secara dasarnya Islam mengajar umatnya bahawa kehidupan di dunia ini bukannya untuk berhibur dan berseronok, seperti kehidupan golongan yang tidak mempercayai dengan kebenaran hari kiamat. Sebaliknya kehidupan dunia ini merupakan detik-detik dan kesempatan berharga yang perlu dimanfaatkan oleh kita semua bagi tujuan mencapai kebahagiaan yang kekal abadi di dalam kehidupan akhirat.

Kerana itu, apabila dinyatakan bahawa 'keinginan untuk berhibur dan melapangkan fikiran' adalah sebahagian daripada naluri semula jadi manusia, maka keinginan seperti ini juga hendaklah dipenuhi dalam batas-batas yang diizinkan oleh syarak. Ia juga hendaklah dilaksanakan secara tidak berlebihan sehingga boleh menghilangkan fokus utama kehidupan seorang Muslim, iaitu kewajipan beribadah kepada Allah.

Berbalik kepada soalan di atas, secara dasarnya tidak terdapat nas-nas yang jelas ataupun hadis-hadis sahih yang mengharamkan secara pasti, penggunaan alat-alat muzik ataupun perbuatan menari sebagai suatu bentuk hiburan. Bagaimanapun, keharusan di sini boleh bertukar menjadi haram ataupun makruh ekoran daripada perkara-perkara lain (elemen-elemen luaran dan tambahan) yang wujud dan mengelilingi aktiviti-aktiviti tersebut secara kebiasa-annya di dalam kehidupan manusia pada hari ini.

Apa yang dimaksudkan dengan ele-men-elemen luaran ialah perlakuan-perlakuan tambahan yang jelas tidak menepati hukum syarak dan objek-tif-objektif syariah. Contohnya, ber-main muzik secara berlebihan sehingga menghabiskan terlalu banyak masa (yang sepatutnya dimanfaatkan ke arah melakukan amalan-amalan soleh). Ini kerana, seperti yang dijelaskan oleh Imam al-Ghazali, berterusan di dalam berhibur adalah suatu bentuk jenayah' yang perlu dijauhi.

Begitu juga, tarian merupakan suatu aktiviti yang pada zatnya tidak haram, kerana ia hanyalah pergerakan-pergerakan anggota fizikal yang diharuskan pada hukum asalnya. Namun sekiranya aktiviti tarian tersebut di-lakukan secara berlebih-lebihan sehingga menghabis¬kan terlalu banyak masa, atau tarian tersebut melibatkan tontonan orang ramai yang berlainan jantina (pergaulan bebas), atau melibatkan pergerakan-pergerakan yang mengisyaratkan kepada unsur-unsur kelucahan, maka sudah pasti ia adalah suatu aktiviti haram yang perlu dijauhi.

Di dalam konteks ini, apabila sesuatu aktiviti hiburan itu secara jelas telah melibatkan unsur-unsur yang diharam-kan oleh hukum syarak, maka ia perlu dihindari oleh umat Islam.Tidak wajar dijustifikasikan aktiviti tersebut dengan dalihan fikah keutamaan seperti alasan mengelakkan muda-mudi Islam daripada terjebak ke dalam kancah maksiat dan dosa yang lebih besar dan lebih parah, seperti penagihan dadah atau samseng.
Pada hemat penulis, ini adalah suatu pendalihan yang amat berbahaya kerana sikap mengambil ringan terhadap apa-apa yang diharamkan oleh Islam, akan lambat-laun membuka ruang kepada kepincangan dan kemudaratan yang lebih besar.
Di dalam Islam, kita dididik untuk menjauhkan dosa besar serta dosa kecil, dan para ulama sentiasa mengingat-kan bahawa memandang ringan dan melakukan dosa kecil secara berterusan, akan menjadikannya sebagai dosa besar. Justeru, dalam suasana kehidupan hari ini yang penuh dengan cabaran dan fitnah, segala pintu dan ruang-ruang keburukan sewajarnya ditutup rapat bagi memastikan keselamatan para muda-mudi Islam. ©


Al-Islam  Februari 2009