Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

28 April 2015

Isteri berimamkan suami mualaf

Suami hanya mampu baca Fatihah, bolehkah imamkannya?
Oleh

Dr. Rushdi Ramli
Soalan:
Suami saya seorang mualaf yang baru belajar mengenai Islam. Dia boleh menunaikan solat dengan melakukan  semuaa pergerakanya, tetapi hanya mampu membaca Fatihah, dan tidak bacaan-bacaan lain dalam sembahyang.

Soalan saya ialah, bolehkah saya sembahyang berimamkannya?


Jawapan:
Terlebih dahulu ingin dijelaskan bahawa apabila kaum lelaki bersembahyang berjemaah 

bersama kaum wanita maka adalah wajib bagi kaum lelaki yang menjadi imam kepada sembahyang tersebut, dan bukannya kaum wanita. Sembahyang seorang lelaki yang diimamkan oleh seorang wanita adalah tidak sah tanpa perselisihan pendapat di kalangan para ulama.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Sungguh-sungguh janganlah seorang wanita menjadi imam kepada seorang lelaki." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Berbalik kepada soalan di atas, apabila seseorang itu baru memeluk Islam dan belum berkemampuan untuk membaca melainkan surah al-Fatihah, maka sembahyangnya dengan hanya membaca surah al-Fatihah adalah sah menurut hukum. Maka dia wajib menunaikan kesemua sembahyang fardunya seperti mana umat Islam yang lain.

Di dalam hal ini juga, dia (mualaf tersebut) boleh menjadi imam kepada isterinya di dalam sembahyang-sembahyang fardu, dan akan mendapat pahala berjemaah walaupun mungkin isterinya memiliki kemampuan yang lebih baik daripada suaminya dalam menghafal bacaan-bacaan sembahyang. Bagaimanapun adalah menjadi kewajipan bagi seseorang yang baru memeluk Islam untuk terus mempertingkatkan ilmu-ilmu Islamnya, dan ilmu bacaan al-Quran sehingga memungkinkan dirinya menunaikan sembahyang dengan sempurna. Ini merangkumi kesemua bacaannya. ©


Al-Islam  Februari 2009