Allah masih
sayangkan saya – Iwan Syahman
JELAS tergambar ketulusan hatinya
menerusi butir bicaranya. Kesediaannya berterus-terang mengenai sisi kelam
hidupnya, yang diistilahkannya sendiri sebagai “jauh” dari jalan agama,
menzahirkan keikhlasannya untuk berubah. Manakala kesungguhannya menebus kesilapan
silam dengan melakukan kerja-kerja dakwah Islam menjadi bukti kekesalannya yang
amat sangat terhadap keterlanjuran hidupnya sebelum ini.
Beliau malah tidak silu untuk
memohon maaf secara terbuka dengan khalayak umum, khususnya kelompok peminat tegarnya
yang dibimbanginya mungkin pernah terlalai oleh aktiviti hiburan
dipersembahkannya selama ini.
Baca Seterusnya ….