Cintailah
Isteri kerana Allah
Susunan
SARINA MOHD SOM
Menurut
perspektif Islam, perkahwinan itu sama
ertinya dengan menyempurnakan separuh agama. Setiap makhluk di muka bumi
ini telah diciptakan berpasang-pasangan, ada siang ada malam, ada lelaki dan
ada perempuan.
Masing masing mempunyai tujuan mengikut apa yang
telah ditentukan oleh Allah SWT. Seperti mana kisah ibu bapa kita terdahulu,
Adam dan Hawa. Pelbagai kenikmatan di syurga belum cukup bagi Adam a.s.
sehinggalah Allah SWT. menciptkan Hawa,
untuk mendampinginya.
Wanita itu adalah
pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah
SWT.
Jika diselusuri,
sesungguhnya individu yang berjaya disebabkan kerana gabungan seluruh tenaga di
dalam diri dengan sumber-sumber tenaga yang berada di sekelilingnya. Iaitu
sokongan dari orang-orang yang terdekat. Misalnya bagi seorang suami, isteri
adalah sumber tenaga dan kekuatan baginya.
Isteri bukan sahaja
sebagai sendi terpenting pembentukan sesebuah keluarga, bahkan menjadi sandaran
emosional dan kekuatan spiritual bagi suami. Tanpa berbelah bahagi, isteri
sanggup berkorban apa sahaja demi suami yang dicintai. Bersamanya, seorang
suami akan memperoleh ketenangan, keamanan, keberanian, dan kekuatan, kepada Allah.
Lazimnya, lelaki akan
mengeluarkan seluruh tenaganya ketika berada di Iuar dan mengumpulnya kembali
sebaik sahaja berada di rumah. Rumah tidak sekadar tempat berteduh, tetapi
tempat berlabuh zahir dan batin.
Anugerah terindah
yang dikurniakan Allah kepada perempuan adalah kelembutan, kesetiaan, cinta,
kasih sayang, dan ketenangan jiwa. Kekuatan itu sering kali diumpamakan sebagai
pohon rendang, tempat musafir tumpang berehat dan berteduh. Di dalamnya merupakan ruang jiwa yang luas dan
nyaman. Tempat mencurahkan kasih sayang, melepaskan lelah dan tempat ‘ bermanja
si suami. Dan di dalam ruang itu jugalah, suami menghirup tenaga spiritual dan
ketajaman emosi.
Sesungguhnya wanita itu anugerah Ilahi yang
istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.
Umar bin Khattab r.a
pernah berkata, “Jadilah engkau seperti kanak kanak di hadapan isterimu, tetapi
berubahlah menjadi Ielaki perkasa ketika keadaan memerlukanmu. ”
“Saya ingin menjadi
Ielaki yang polos, dan manja seperfi anak kecll ketika berbaring di pangkuan
ibuku dan isteriku, ”jelas Sayyid Quthub.
Sebaik-baik wanita
(isteri), kata Nabi Muhammad s.a.w, adalah apabila kamu melihatnya
menyenangkanmu. Isteri seperti inilah yang boleh menjadi sumber kebahagiaan,
keamanan, dan penjaga maruah keluarga.
Cinta
jangan sampai membenggu
Cinta kepada isteri
hendaklah diletakkan demi kepentingan agama. Dan cintailah isterimu di bawah
cinta kepada Allah. Usah biarkan cinta
kepada lsteri, dan keluarga menjadi ketergantungan yang membelenggu dan melumpuhkan.
Saling mengasihi yang tidak dilandasi agama akan menjadi batu halangan untuk
berdakwah.
“Para kekasih pada
hari itu (kiamat) sebahaglan mereka terhadap sebahagian yang lain menjadi musuh
kecuali orang-orang yang bertakwa. ” (AZ-Zuhruf: 76)
Kebergantungan kepada
selain Allah adalah ciri-ciri kelemahan jiwa. Umar bin Khattab pernah menyuruh
puteranya, Abdullah bin Umar, satu dari tujuh ulama besar sahabat Rasulullah,
untuk menceraikan isterinya. Fasalnya, ia terlalu berlebihan dalam mencintai
istennya itu.
Kadangkala,
kelambatan menunaikan solat berjemaah terjadi kerana asyik menyisir rambut
isterinya. Sekalipun dia cuba mempertahankan isterinya yang tercinta, tetapi
Umar menganggapnya sebagai kelemahan jiwa.
Ketika seorang
sahabat mengusulkan kepada Umar untuk mencalonkan puteranya sebagai khalifah
ketiga saat menjelang wafatnya, beliau menolak. “Aku tidak akan menyerahkan
amanahku ini kepada seorang lelaki lemah
yang tidak berdaya untuk menceraikan isterinya,” kata Umar.
Cintailah isteri
kerana alasan agama. Dalam salah satu hadis Nabi bersabda, “Pilihlah calon
isterimu kerana kualiti keagamaannya, bukan kecantikan, keturunan dan
kekayaannya - supaya tanganmu tidak berdebu. Jika pentimbangan pilihanmu ini tidak berdasarkan agama, kelak kamu akan
melakukan perbuatan yang hina (berlumpur), tidak patut dilakukan ‘ oleh orang yang berakal. ”
Agamalah yang dapat memberikan keterampilan
kepada pemeluknya untuk mengelola pasang surut kehidupan, dengan semangat yang
sama. Sedih dan gembira, suka dan duka, gagal dan berjaya, adalah peta realiti
kehidupan dunia.
Dinamik kehidupan
dianggap sebagai sesuatu yang romantik, sudah ditakdirkan isteri menjadi teman
abadi sepanjang hayat di dunia dan di akhirat. Tidak hanya pandai dalam
menjalinkan kasih, tetapi juga bijak dalam menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan selepas perkahwinan.
Membina
sandaran spiritual
Syeikh Hasan an Naisaburi,
seorang ulama yang alim, ketika usianya
menjangkau ke 40 tahun, beliau masih Iagi belum berkahwin. Ketika beliau
sedang sibuk, datang seorang wanita solehah yang cacat (bermata jullngj dan
miskin memberanikan din untuk memperkenalkan dirinya kepada beliau.
“Wahai Ustaz, sudikah
engkau menjalinkan ikatan kekeluargaan dengan orang yang cacat ini? kata gadis itu. Ulama alim ini tergagap, seakan- akan
telinganya sudah disambar petir tika itu, tiba tiba beliau teringatkan sunah
Rasulullah, Iantas beliau menjawab, "Apakah engkau sudah mempertimbangkan
secara matang hidup denganku yang sudah tua ini? Ingatlah masa depanmu masih panjang! Janganlah engkau
korbankan harapan dan masa depanmu dengan ku”
Namun ia sedikitpun tidak mematahkan hasrat si
gadis, sehinggalah Iamaran gadis tersebut diterima. Si gadis, terutamanya bapa
kepada si gadis segera melakukan sujud syukur, “Alangkah senang hidupmu kelak nak, bapa doakan semoga
perkahwinan ini menjadi perkahwinan pentama dan terakhir. Anakku, satelah bapa
teliti dari pelbagai sudut, sesungguhnya kamu tidak sekufu dengan ustaz, baik dari sisi usia,
ilmu, harta, dan keturunan. Namun, Alhamdulillah, penantian dan lamaranmu relah
diterima dengan tangan yang terbuka. Doa apakah yang sering kamu panjatkan
kepada Allah S.W.T selama masa penantianmu yang panjang nak?"
Seteiah lima tahun
hidup melayari bahtera bersama, pasangan
bahagia ini hidup aman damai dan penuh dengan kasih sayang. Ternyata,
kecacatan dan faktor usia bukan
penghalang untuk membina sebuah keluarga
yang sakinah, mawadah, warahmah, dan wa muthmainah.
Biarpun pada awalnya, mereka mempunyai
kesukaran untuk menyesuaikan diri, namun berkat kesabaran yang tinggi, pasangan
bahagia ini dapat menyelesaikannya dengan mudah. Bukan lahiriah yang menjadi
fokus utama untuk bahagia, tetapi persefahaman antara satu sama Iain. Ulama alim ini menyedari,jika tidak menyukai
satu sifat isterinya, palingkan penglihatanmu pada sisi lainnya.
Dengan membaca
tarajum (riwayat kehidupan) Syaikh Hasan an Naisaburi, kita boleh fahami bahawa
kesamaan cinta kepada Allahlah yang mampu mempertahankan dan merawat
keharmonian rumah tangga mereka sehingga 15 tahun.
Namun, yang hidup
pasti akan pergi, si Isteri yang cacat itu terlebih dahulu kembali kepada Penciptanya. Ulama alim ini
telah menulis bait bait puisi yang menggambarkan betapa sedih dan pedihnya
hatinya, kerana terlalu cepat berpisah dengan wanita yang disayanginya. “,..,
Sungguh isteriku, hati kita yang telah tersimpul... dengan cinta kepada Allah.”
Beliau sering terkenangkan isterinya yang cacat fizikal tetapi hatinya laksana
Intan mutiara.
Rasulullah berpesan,
“Janganlan Ielaki Ielaki mukmin membenci isterinya yang mukminah. Bila ada
perangai isterinya yang tidak disukai, dia pasti reda dengan perangai isteri
yang lain. ” (Riwayat Muslim).
MAJALAH i APR1L 2010