Duit yang
dijumpai,
perlu
diumumkan selama satu tahun hijrah
Soalan
Duit yang dijumpai, perlu
diumumkan selama satu tahun hijrah
Ustaz, Kehidupan saya tidaklah
semewah sangat dan tidak juga terlalu susah.Tetapi kehidupan di kota, sering
membuatkan saya ikat perut supaya gaji yang saya peroleh dapat saya gunakan
sehinggalah akhir bulan sementara menunggu gaji bulan berikutnya. Baru-baru
ini, saya terjumpa segumpal wang yang tercicir di tempat letak kereta di
kawasan rumah saya.
Saya ambil wang tersebut dan saya
serahkan kepada pengawal keselamatan untuk dimaklumkan tentang penemuan wang
tersebut. Bagaimanapun, setelah sebulan pengumuman dibuat, tiada siapa yang
menuntut wang tersebut. Saya yang kesempitan wang telah menggunakan wang yang
tidak dituntut itu untik membayar hutang-piutang saya.
Soalnya:
Apakah hukum daripada tindakan
saya itu?
Apakah saya bersalah menggunakan
wang yang saya jumpa setelah tiada siapa yang menuntutnya?
Apakah saya perlu membayarnya
semula dan kepada siapa saya harus memberinya.
Sab/an, Kuala Lumpur.
Jawapan:
Duit yang saudara jumpa itu disebut sebagai Luqatah. Umat Islam digalakan untuk memungut arang yang tercicir kerana ditakuti harta itu terlepas
kepada orang yang tidak amanah.
Jika tujuan saudara memungut
luqatah tersebut dengan niat untuk memilikinya, maka saudara perlu membuat
pengumuman terlebih dahulu di tempat orang ramai berkumpul seperti di
perkarangan masjid, di pasar dan sebagainya. Ia juga boleh dibuat sama ada
secara lisan atau bertulis. Tempoh masa bagi pengiklanan ini ialah satu tahun
hijrah.
Selepas tamat tempoh berkenaan,
dan tiada sesiapa yang datang menuntutnya, maka bolehlah saudara memilikinya,
inilah pendapat jumhur ulama. Sekiranya dalam tempoh satu tahun tersebut
pemiliknya datang untuk mengambilnya semula maka wajiblah saudara
memulangkannya semula.
Persoalan saudara memakai dahulu
duit yang saudara temui adalah dianggap tidak melaksanakan amanah. Hukumnya
adalah berdosa. Saudara perlu bertaubat dan bersedia menyediakan gantinya jika
pemiliknya datang membuat tuntutan. ©
AL ISLAM Jun 2009