Sesuatu yang
haram diperoleh,
haram juga diberikan kepada orang lain
SOALAN:
Saya seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Ireland. Di sana saya
bekerja sebagai seorang Chef yang sudah semestinya terlibat dengan kerja-kerja
memotong daging bagi, memasak dan merasa masakan tersebut. Begitu juga dalam
masakan tertentu, saya terpaksa menggunakan wain atau apa jua jenis arak
sebagaimana kebiasaan yang terdapat dalam cara masakan orang di sana. Makanan
tersebut selalunya dihidangkan kepada pelanggan yang bukan beragama Islam dan
kadang-kadang kepada mereka yang beragama Islam.
Saya tahu, ada tindakan mahupun perbuatan saya itu mungkin salah di
sisi syarak.Tetapi saya tidak berupaya untuk mencari kerja lain memandangkan di
sana, kerja yang 'halal' sangat terhad. Apatah lagi, jika saya membuat
keputusan untuk berhenti, belum tentu saya akan mendapat pekerjaan yang baru
memandangkan masalah ekonomi di sana yang jatuh merudum. Di Ireland, 500,000
daripada rakyatnya telah dibuang kerja.
Soalnya:
1) Apakah hukum daripada tindakan pekerjaan yang saya lakukan?
Bagaimana pula dengan duit gaji yang saya terima? Adakah halal atau
haram?
Bolehkah saya memberikan sebahagian daripada duit gaji itu kepada
keluarga saya di kampung?
Bolehkah duit gaji itu boleh saya gunakan untuk pergi menunaikan
umrah?
Azhar, Kelantan.
Jawapan:
Bekerja sebagai seorang chef adalah harus dan digalakkan oleh Islam.
Walau bagaimanapun ia turut bergantung kepada apa yang dimasak. Jika yang
dimasak itu makanan yang halal maka pekerjaan itu adalah halal begitulah
sebaliknya jika yang dimasak itu perkara yang haram maka ianya adalah haram.
Ini selaras dengan kaedah fiqah iaitu sesuatu yang haram diambil haram pula
kita memperolehnya. Sesuatu yang haram diperoleh, haram juga daripadanya
diberikan kepada orang lain.
Perbuatan merasa daging babi dan cairan arak juga adalah haram. Wajib
mencuci anggota zahir dan pakaian yang terkena babi dengan tujuh kali basuhan
dan satu daripadanya daripada air yang bercampur tanah. Kerana ianya najis
mughallazah. Manakala arak merupakan najis mutawassitah. Justeru hendaklah
dibersihkan kainnya kemudian dilalukan air mutlak sekurang-kurangnya dengan
sekali penyiraman.
Oleh kerana saudara berada di-perantauan dan tiada pekerjaan yang lain
maka pekerjaan itu dibolehkan disebabkan darurat. Tetapi hendaklali difahami,
seseorang itu tidak boleh berterusan melakukan pekerjaan itu dengan alasan
darurat tadi, kerana kaedah fiqh menyatakan keperluan semasa darurat hendaklali
diambil setakat yang diperlukan sahaja. Justeru tidaklah boleh hasil perkerjaan
itu digunakan dengan sewenang-wenang nya apatah lagi untuk mengerjakan umrah dan
bermewah-mewah.
Sebagai satu nasihat, alangkah eloknya
jika saudara boleh berusaha mencari pekerjaan lain. Imanilah sabda Nabi s.a.w, "Sesunggubnya
mencari yang halal itu satu kefarduan atas setiap muslim".
AL ISLAM Jun 2009