Debaran Mabrur: Lupa Dalam manasik
Oleh: Ustaz Haji Mohd
Hasnil Abu Bakar
Manusia tidak terlepas daripada penyakit lupa atau
terlupa. Bahkan dalam ibadah pun kelupaan
boleh berlaku. Terlupa bilangan
rakaat, terlupa baca tahiyat, terlupa berniat, terlupa sedang berpuasa IaIu makan.
Ada
juga yang terlupa bayar zakat
fitrah, pagi raya baru tersedar. Dalam
manasik pula, berlaku kes terlupa
melunaskan ibadah dam sebagai kifarah bagi kesalahan tertentu; melanggar pantang larang manasik dan bermacam-macam lupa lagi.
Ayah saya seorang yang pelupa dan dia bakal menunaikan haji. Sahkah hajinya nanti?
Imam
lzzudin ibnu as-SaIam berkata: “Manusia
dikuasai oleh sifat lupa dan kerana itu
tidak ada dosa atas kelupaan.”
Adakah lupa
satu kelonggaran di sisi syarak?
Ya
, jika ia lupa seperti yang dimaksudkan
di atas maka termasuklah dia dalam salah satu al-magfu
anhu iaitu tidak dikira berdosa akan apa
yang dilupainya. Allah berfirman mafhumnya,
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau menghukum kami jika kami terlupa atau tersalah ..." (Al-Baqarah 2: 286)
Oleh kerana mengerjakan
haji dan umrah bukan sekejap, terganggukah
ihram seorang yang pelupa dalam manasiknya?
Kita
kena lihat apa yang dilupainya dan
bilakah ia berlaku untuk kita memberi status ibadah seseorang jemaah yang pelupa. Para asatizah pembimbing umrah dan haji perlu memperhalusi keadaan jemaah jika ada yang terlupa perkara rukun dan perkara wajib. Atau kelupaan (malah tidak tahu) yang melibatkan 13 perkara larangan ihram.
Bagaimana seseorang jemaah haji yang sudah berniat tetapi kemudiannya mengakui bahawa dia terlupa jenis hajinya?
Menurut
pandangan Hanabilah, dia boleh memilih
apa jua nusuk sama ada haji, umrah atau
kedua duanya secara qiran. Manakala di
dalam kitab Majmuk oleh imam
Nawawi rahimahullah menukilkan
perkataan Imam asy-Syafi‘i
rahimahullah bahawa nusuknya
sekarang sudah menjadi qiran iaitu
berihram haji dan umrah serentak
dan inilah pandangan majoriti ulama.
Apa hukumnya jemaah yang terlupa lalu melanggar larangan ihram?
Seseorang
yang menunaikan haji atau umrah, yang
wajib ke atasnya ialah perkara rukun dan
perkara wajib manasik, di samping wajib juga memelihara larangan ihram sehingga sempurna ibadah. Jika berlaku kelupaan (bukan sengaja), maka dimaafkan oleh syarak.
Demikian
yang dikhabarkan oleh Nabi melalui sabda
Baginda, “Sesunguhnya Allah
memaafkan umatku kerana kesalahan lupa
dan sesuatu yang dipaksa.” (Hadis hasan daripada Ibnu Abbas r.anhuma
riwayat lbnu Majah, al- Baihaqi dan
lainnya)
Dalam aspek lupa atau jahil tentang manasik ihram, bagaimana syarak membezakannya?
Larangan-larangan
tersebut mempunyai ciri dan
kesan hukum yang berbeza terhadap mereka
yang melanggarnya. Ada yang
sangat ketat tanpa mengira lupa
atau jahil, apalagi jika dilakukan
dengan sengaja (sedar) iaitu
larangan yang bersifat rosak binasa itlaf / istihlaakat seperti terlupa
lalu mengerat kuku sedang jemaah itu dalam keadaan ihram.
Wajiblah ke atasnya dam tanpa dosa iaitu
dia tidak berdosa kerana lupa tetapi
dia wajib membayar dam kerana kuku yang diperintah memeliharanya sudah
binasa.
Ada
pula larangan yang bersifat anjal, berdosa dan dikenakan dam jika dilakukan
dengan sengaja dan tahu hukum larangannya. Namun tiada memberi kesan sebarang hukum jika jahil atau terlupa atau terpaksa melakukannya. Iaitu tiada memberi kesan sebarang hukum jika jahil atau terlupa atau dipaksa melakukannya. la larangan yang bersifat taraffuh dan istimtaa’af (berseronok ) atau larangan yang terdapat kedua-dua unsur tetapi berat kepada taraffuh.
Bagaimana
pula jika menggunting rambut dalam
keadaan terlupa, ustaz?
Hukumnya
tidak berdosa tetapi wajib
menyempurnakan dam kerana termasuk dalam
perkara iflaf, sama seperti mengerat
kuku dalam keadaan lupa sedangkan
jemaah tersebut masih dalam ihram.
Jemaah haji melakukan
persetubuhan dalam sangkaan yang
dirinya sudah terlepas daripada larangan
ihram. Dia menyedarinya selepas pulang
ke tanah air selepaa diberi maklum
dalam kursus haji. Bagaimanakah hukumnya?
Sebagaimana
di dalam kitab at-ldhah halaman 173
menjelaskan contoh seorang jemaah yang
melontar Jamrah Kubro sebelum
waktunya dan menyangka dirinya
sudah tahallul awal dengan
bergunting lalu pulang ke Makkah
mengerjakan tawaf dan sa‘i. Jemaah ini kemudiannya melakukan persetubuhan dengan isterinya.
Dalam
kes ini, jemaah haji ini tidak dikenakan
dam dan tidak berdosa serta hajinya juga
tidak fasad. (Muzakarah Haji Kebangsaan
kali ke 23; 1428h/2007)
Kes
ini termasuk dalam keadaan jahil kerana menyangka zhan yang dia sudah pun
bebas daripada larangan ihram. Kes
ini termasuk perkara yang rumit dalam
syarak at-umur alkhafiyah seperti
menurut kaedah feqah.
Kejahilan atau lupa,
yang mana dimaafkan?
Menurut
utama, kejahilan yang dimaafkan
ialah mereka yang baru memeluk
Islam dan mereka yang tinggal berjauhan dengan ulama
menyebabkan tidak ada peluang untuk
belajar. Kejahilan itu juga dimaafkan
pada isu-isu agama yang agak rumit dalam penyelesaian feqahnya.
Apakah contoh perkara yang agak rumit dalam hal manasik, ustaz?
Seorang
jemaah umrah membatalkan ihram
umrahnya kerana menyangka umrah
sunat tidak perlu diselesaikan, lalu
timbul perkara berbangkit berkaitan dengan
ihramnya yang berbaki?
Dalam
menyelesaikan masalah ini di Makkah,
jemaah tersebut dinasihatkan bersegera
memakai ihram dan menyelesaikan baki rukun umrah sehingga tahallul umrah. Sekiranya dalam tempoh dia membatalkan niat itu telah melanggar larangan ihram maka kaedah pembayaran damnya ialah seperti berikut:
*Larangan
ihram itlaf (rosak & binasa)
dikenakan dam tetapi tidak berdosa.
*Larangan ihram dalam kategori taraffuh ( larangan
ihram yang berkaitan dengan keselesaan
& keseronokan) tidak dikenakan
dam dan tidak berdosa.
Bolehkah rumuskan
masalah lupa ini dengan satu kesimpulan?
Bersungguh-sungguhlah mencari teman yang dapat membantu agar tidak lupa. Rujuk kepada yang tahu apabila terlupa sambil bersangka baik dengan keluasan rahmat-Nya dan terus berdoa agar dikurniakan
haji dan umrah yang mabrur.
Amin ...
Q&A: ISU#28