Korban
Bagi yang Telah Meninggal Dunia
Soalan:
Apakah hukum
membuat korban untuk orang yang telah meninggal dunia?
Jawapan:
Korban adalah
suatu sunat mu'akkad kifayah bagi keluarga yang ramai. Korban juga adalah suatu
sunat mu'akkad ain kepada seseorang dan tuntutan korban kepada setiap mukalaf
lelaki dan perempuan yang mampu dan melebihi daripada keperluan asasi. Dalam
riwayat hidup Baginda, Rasulullah s.a.w. telah melakukan korban sebanyak 100
ekor unta, dan Baginda hanya menyembelih sebanyak 63 ekor unta. Baki selebihnya
disembelih oleh Sayidina Ali r.a. (rujukan Bujairimi a'la al-Khatib, bab
fiqah).
Ini menunjukkan
bahawa ibadah korban telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. pada setiap tahun.
Apabila anak
Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara; sedekah
jariah, ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakannya." (Riwayat
Muslim)
Merujuk kepada
soalan, orang yang telah meninggal dunia bukan lagi mukalaf. Sesuatu ibadat
yang hendak dilakukan untuk orang lain hendaklah mendapat keizinan-nya terlebih
dahulu. Hanya Rasulullah s.a.w. sahaja boleh melakukan sesuatu untuk umatnya
tanpa meminta izin daripada umat Baginda s.a.w.
Ini berlainan
apabila seseorang itu pernah mewasiatkan untuk melakukan korban sewaktu beliau
masih hidup. Maka, jumlah yang perlu dilakukan adalah tidak melebihi satu
pertiga daripada hartanya dan perkara ini wajib disempurnakan.
Jika dilakukan
juga korban dan diniatkan untuk orang yang telah meninggal dunia, maka
sembelihan itu menjadi sembelihan biasa, bukannya sembelihan korban.
Orang yang telah
meninggal dunia tidak ada niat dan tidak mempunyai harta. Harta yang
ditlnggalkan oleh si mati kesemuanya telah menjadi harta pusaka. Maka, harta
yang ditinggalkan telah menjadi hak milik isteri atau suami dan anak-anaknya. Korban
hendaklah dilakukan dengan hartanya sendiri dan bukan bantuan atau sumbangan
daripada mana-mana pihak.
Kita boleh mengimbas sedikit sejarah Nabi Ibrahim a.s., mengapakah
anaknya menjadi mangsa, bukan kibas?
Jawapan nya, ia
memerlukan pengorbanan yang besar daripada Nabi Ibrahim a.s. kerana tahap kasih
dan sayang Nabi Ibrahim a.s. terhadap anaknya amat tinggi memandangkan Nabi
Ibrahim a.s. mendapat cahaya mata pada usia yang lewat iaitu ketika berusia 82
tahun.
Bagi kita pada
hari ini, bukan anak yang menjadi korban, tetapi duit yang kita sayang menjadi
korban. Dengan hasil pengorbanan Nabi Ibrahim a.s., maka Rasulullah s.a.w.
telah mensyariatkan ibadah korban pada setiap musim haji.
_____________________________________________________________________________
Ustaz Mohd. Fadzli Al Yamani :
Mendapat pendidikan awal di Pondok Penanti Bukit Mertajam, dan melanjutkan
pengajian di Madrasah al-Hudaidah, Yaman. Kini sebagai pengasas dan Mudir
Madrasah al-Yamani di Kg. Baru. Kuala Lumpur. Di samping ilu sering mengisi
undangan ceramah dalam bidang Fiqah di sekilar Lembah Klang. Untuk menghubungi
Ustaz Fadzli: 019-3838730.
SOLUSI NO.37