Studio Iman
Soal Jawab
Bersama Jabatan Agama Islam Selangor
Untuk interaksi:
editor@siasah,com.my
Apakah jatuh hukum derhaka?
SOALAN:
1. Apakah
jatuh hukum derhaka kepada anak jika si anak menunaikan semua hutang si bapa,
tetapi perbuatan tersebut dicerca oleh si ibu yang menganggap si anak tadi
makan duit arwah suaminya padahal tidak berlaku sedemikian.
2. Apakah ada acara paling baik untuk menegur
perbuatan si ibu yang jelas bertentangan dengan syarak? Tujuannya adalah untuk
mengelakkan anak dituduh menjadi derhaka.
JAWAB:
1. Hutang yang dipinjam adalah wajib dibayar
lebih-lebih lagi jika siberhutang tersebut telah meninggal atau mati. Dalam sebuah hadis baginda s.a.w telah
bersabda bermaksud:
“ Roh mukmin
tidak akan diangkat ke loh mahfuz sehingga hutang tersebut dilunaskan atau
dibayar atau dilangsaikan.”
Cuba anda bayangkan jika ayah telah meninggal dunia
sekian lama, sedangkan ruh yang sepatutnya telah disimpan di luh mahfuz belum
dilaksanakan. Ini disebabkan keluarga masih lagi bertelagah untuk membayar
hutangnya menyebabkan ruh ayah anda terawang awang diangkasa.
Kadangkala wajah atau rupa ayah anda akan muncul
di ruang rumah, disebabkan keluarga anda gagal tunaikan hutang atau bayar
hutang. Oleh itu perlu ada sesuatu usaha untuk membayar hutang ayah dengan
kadar segera, menggunakan wang peninggalannya ataupun dicari wang selain
daripada wang peninggalan ayah bagi tujuan untuk jelaskan hutang ayah anda.
Perlu ditegaskan bahawa perbuatan anda itu tidak
sekali-kali dikira sebagai anak derhaka, tetapi bertujuan bagi membolehkan ruh
ayah anda ditempatkan di luh mahfuz.
2. Bagi
tujuan menegur perbuatan ibu anda, dicadangkan anda mohon khidmat orang yang
paling disegani oleh ibu, seperti datuk atau nenek anda atau rakan-rakan ibu
yang beliau paling segani ataupun minta kerjasama imam atau ketua kampong atau
ketua ditaman perumahan bagi tujuan menasihati perangai dan perbuatan ibu anda.
Di samping itu juga anda jangan lupa untuk melaksanakan
solat hajat bagi memohon petunjuk, supaya Allah swt melembutkan hati ibu anda.
Saya yakin dan percaya, lambat laun ibu anda akan insaf dengan syarat anda
jangan mudah berputus asa daripada meminta pertolongan kepada Allah swt
Majalah Siasah
07 – 20 Jun Mei 2013
m/s 36