Studio Iman
Soal Jawab
Bersama Jabatan Agama Islam Selangor
Untuk interaksi:
editor@siasah,com.my
Buat Perkara
Bertentangan kerana tidak mahu derhaka
SOALAN:
Ibu bapa saya masih mengamalkan kepercayaan nenek
moyangnya misalnya menyuruh saya dan suami balik kampong untuk menjalankan
upacara tradisi yang syirik iaitu meminta pertolongan atau tolak bala daripada
nenek moyang mereka.
Gara gara ni suami pernah bergaduh dengan ibu saya
kerana disuruh melakukan perkara yeng bertentangan dengan Islam. Apakah cara yang paling baik kami perlu
lakukan kerana amalan itu telah sebati dengan mereka sedangkan kami tidak mahu menjadi
anak derhaka kepada orang tua?
JAWAB:
Di salam Islam mentaati ibu bapa adalah menjadi
kewajipan seorang anak. Anak yang tidak
mentaati keduanya adalah tergolong di dalam anak yang derhaka kepada
mereka. Namun begitu, pentaatan terhadap
keduanya hanyalah terbatas di dalam perkara yang tidak bersalahan atau
bertentangan dengan hukum Syarak (hukum Islam).
Jika arahan atau permintaan mereka bertentangan dengan hukum tersebut,
ia tidak wajib untuk dipatuhi malah menjadi kewajipan kepada anak tesebut
menasihati dan memberi tahu ibu dan bapanya mengenai salahnya melakukan
perbuatan atau amalan tersebut.
Ringkasnya, seorang anak tidak dikira telah
menderhakai kepada ibu bapanya jika dia tidak mematuhi arahan atau permintaan
ibu bapanya untuk melakukan perbuatan
atau amalan yang bercanggah dengan hukum Islam.
Oleh itu, anda dinasihatkan supaya tidak pulang ke
kampong atas tujuan menunaikan permintaan ibu dan ayah untuk melakukan adat
tersebut.
Jika anda dapat menghalang mereja daripada
melakukannya, pulanglah dan maklumkanlah kepada mereka tentang salahnya melakukan
adat tersebut di dalam Islam.
Jika tidak berupaya, anda dinasihatkan supaya
membuat laporan kes ini kepada pihak jabatan agama Islam negeri di pejabat
agama daerah yang berdekatan dengan kampong anda.
Semuga Allah Subhanahu Wa Ta’ala membuka jalan yang
mudah bagi ibu dan ayah anda untuk meninggalkan amalan adat tersebut.
Bersamalah kita menghapuskan adat istiadat yang
bercanggah dan bersalahan dengan hukum Syarak.
Majalah Siasah
07 – 20 Jun Mei 2013
m/s 36