Studio Iman
Soal Jawab
Bersama Jabatan Agama Islam Selangor
Untuk interaksi:
editor@siasah,com.my
Peluk Islam
tanpa persetujuan ibu bapa
SOALAN:
Saya adalah bukan Islam tetapi berminat untuk
peluk Islam sejak saya tingkatan enam lagi.
Namun saya takut ibu bapa saya membuang saya. Sekarang saya menyambung
pelajaran di IPTA. Saya berniat mahu peluk Islam bila saya sudah tamat belajar
nanti.
Dalam masa yang sama saya telah berkawan dengan
seorang lelaki Islam dan kami bercadang hendak kahwin setelah saya memeluk
Islam. Adakah saya akan jadi anak derhaka bila ibu bapa saya tidak
bersetuju saya bertukar agama?
JAWAB:
Anda tidak diangap seorang anak derhaka apabila
mematuhi perintah pencipta manusia termasuk ibu bapa kita dengan memeluk Islam. Tetapi berbuat baiklah kepada mereka sampai
mati. Taatlah perintah mereka
kecuali dalam perkara maksiat. Memeluk Islam akan menyelamatkan saudari dari azab Allah, segerakanlah niat baik
anda itu, lakukannya di pejabat agama.
Allah adalah Tuhan sebenar dan tidak ada sekutu baginya, Tuhan yang
disembah oleh semua nabi nabi termasuk Nabi Isa a.s.
Nabi Isa a.s bukan tuhan dalilnya (sila jawab
soalan ini): Apakah yang disembah oleh Mariam (Mary – Ibu Nabi Isa a.s.)
Sebelum lahirnya Isa a.s.? Apakah yang disembah oleh Mariam selepas lahirnya
Isa a.s.? Dan apakah yang disembah oleh Mariam selepas Isa a.s. diangkat ke
langit?
Jawabnya, Jesus bukan Tuhan sebab ibunya tidak
pernah menyembahnya. Jika jesus adalah Tuhan maka wajib ibunya menyembah
sebagai Tuhan. Bahkan ibunya menyembah
Allah, Tuhan sekalian alam sepanjang hayatnya.
Majalah Siasah
07 – 20 Jun Mei 2013
m/s 36