Tentang Wagiman
Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........
Tentang blog ini
Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.
Pengikut Setia
14 July 2015
Fihq An-Nisa': Qadha & Fidyah - Bila perlu kedua dua nya??
Qadha & Fidyah: Bilakah
Perlu Kedua duanya?
Oleh
Ustazah
Maznah Daud
Soalan:
Kakak saya
sedang sarat hamil. Pada suatu hari bulan Ramadan, dia kelihatan sangat letih.
Emak saya menyuruhnya berbuka puasa lalu dia pun berbuka. Adakah kakak saya
berdosa? Adakah dia perlu membayar fidyah untuk puasanya itu?
08 July 2015
Anda Musykil? PU Salam Menjawab: Batalkan puasa tertelan kahak?
Batalkah Puasa Tertelan Kahak?
Soalan:
Seseorang yang terdengar azan Subuh ketika dia sedang bersahur,
adakah sah puasanya?
Jawapan:
Allah s.a.w. menjadikan terbit fajar sadiq sebagai masa bermulanya
berpuasa. Firman Allah s.a.w yang
bermaksud: "Dan makanlah serta minumlah sehingga jelas
bagimu fajar sadiq selepas kegelapan malam ..." (al-Baqarah 2: 187)
30 June 2015
Sentuh khinzir & anjing dengan sengaja m/s 4: Anda Bertanya UAI menjawab
Hak Cipta Terpelihara
oleh
PTS ISLAMIKA SDN. BHD
Bukan Untuk Tujuan Komersil
Anda Akan di Pertanggung Jawabkan
Jika anda menyalahgunakan artikel ini
Bolehkah tangguh qadha puasa?
Qadha
Puasa - Bolehkah ditangguh?
Muhammad
Shaiffudin Abu Bakar
Editor Syariah
Ramadan datang lagi
dan kita pun menyambutnya. Ada yang
membuat persiapan ataupun persediaan dan ada yang melalui bulan yang penuh
keberjatan ini sebagaimana melalui bulan bulan yang lain juga. Tidak terfikir untuk menghiasi bulan Ramadhan
tahun ini kea rah yang lebih baik, berbanding bulan Ramadhan yang lepas.
26 June 2015
25 June 2015
19 June 2015
Dr. ABdul Salam " .... itulah Rasulullah S.a.w ...!
“Itulah
Rasulullah S.a.w ..!”
Seperti
diceritakan Dr. Abdul Salam Haji Yussof, 49, pensyarah Universiti Kebangsaan
Malaysia dan pengamal perubatan Darul Syifa.
SAYA terpinga-pinga. Entah bagaimana, saya berada dalam sebuah
masjid yang terlalu asing. Masjid
itu kecil saja ruangnya. Bangunannya seperti masjid lama zaman dahulu kala di
negara-negara Arab.
Subscribe to:
Posts (Atom)









