Tentang Wagiman
Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........
Tentang blog ini
Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.
Pengikut Setia
03 July 2017
23 June 2017
AWAS: penyakit kencing tikus membawa maut
Semasa bercuti panjang selalunya kita akan turun berkelah bersama keluarga.
Berhati hati ketika melakukan aktiviti ini. Pastikan tempat yang anda kunjungi itu
mempunyai persekitaran yang bersih, sampah sarap yang tidak diselenggara
dengan baik sering menjadi habitat haiwan terutama tikus. Sayangi alam
sekitar seperti kita menyayangi ahli keluarga kita sendiri.
21 June 2017
Puasa & bercumbuan
Bolehkah
berciuman dan ‘ringan-ringan’ dengan isteri?
Soalan:
Bolehkah seseorang yang berpuasa
berciuman dan bermesra dengan isterinya yang biasanya dilakukan sebelum
persetubuhan tetapi tidak sampai bersetubuh?
Jawapan:
1. Seorang yang berpuasa boleh untuk mencium dan bermesraan dengan isterinya selagi dia tidak melakukan persetubuhan. Jika dia tahu dia bahawa dia tidak mampu mengawal diri maka hendaklah dia mengelakkan cium dan 'kemesraan yang lain'.
1. Seorang yang berpuasa boleh untuk mencium dan bermesraan dengan isterinya selagi dia tidak melakukan persetubuhan. Jika dia tahu dia bahawa dia tidak mampu mengawal diri maka hendaklah dia mengelakkan cium dan 'kemesraan yang lain'.
20 June 2017
Berus gigi ketika berpuasa
Hukum
berus gigi masa puasa?
Soalan:
Bersugi itu sunat, tapi kenapa
ketika berpuasa perkara sunat seperti itu tidak boleh kita buat. Bagaimana
dengan mereka yang mulutnya berbau, tidakkah ini mengganggu orang lain ketika solat
jemaah ataupun di pejabat?
Jawapan:
1. Islam menggalakkan bersugi
(berus gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk mulut seseorang. Bahkan, kalaulah
tidak menjadi beban kepada umat ini sudah pasti kita diwajibkan bersugi lima
kali sehari. Ini seperti sabda Nabi s.a.w:
“Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku ataupun manusia nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Terlewat mandi wajib di bulan Ramadhan
Sahkah
Puasa orang terlewat mandi wajib?
Soalan:
Dato’ Dr, jika saya terlewat
mandi wajib sehingga masuk waktu subuh apakah puasa saya masih sah?
Jawapan
Dr MAZA:
Jawapannya sah puasa mereka yang
belum mandi junub sedangkan waktu subuh sudah masuk. Perkara ini berkaitan
seseorang yang bersetubuh dengan isterinya, ataupun keluar air mani tetapi belum
mandi junub sehingga masuk waktu subuh iaitu waktu berpuasa. Ertinya ketika dia
mandi wajib, waktu subuh telah masuk.
16 June 2017
Soal Jawab Ramadhan: Korek telinga - Dr MAZA
Korek
Telinga Batal Puasa?
Soalan:
Antara perkara yang menyusahkan
masa puasa ialah apa yang diberitahu bahawa korek telinga membatalkan puasa.
Begitu juga titik ubat di mata. Kalau kita gatal telinga, ataupun pedih mata
maka memang susah. Betulkah batal?
Jawapan:
1. Antara anggapan yang tidak tepat ialah menyatakan semasa puasa tidak boleh ataupun membatalkan puasa memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut, sekalipun bukan makanan dan minuman. Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat Islam yang mudah.
1. Antara anggapan yang tidak tepat ialah menyatakan semasa puasa tidak boleh ataupun membatalkan puasa memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut, sekalipun bukan makanan dan minuman. Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat Islam yang mudah.
Soal Jawab Ramadhan: Bolehkah yang uzur terus makan - Dr.MAZA
Bolehkah yang uzur terus makan?
Soalan:
Seseorang yang boleh berbuka kerana musafir,
bolehkah dia teruskan makan apabila sudah sampai ke tempat yang dituju ataupun
kena tahan diri sehingga waktu berbuka. Macam itu juga bagi yang sakit pada
awal hari tapi sembuh sebelum waktu berbuka, bolehkah dia terus makan atau kena
tunggu sehingga masuk waktu berbuka?
Jawapan:
1. Para ulama seterusnya berbeza pendapat mengenai seseorang musafir yang berbuka puasa; apakah dia wajib menahan diri dari makan dan minum apabila sudah sampai ke negeri atau tempat tujunya, sedangkan orang ramai berpuasa. Pendapat yang terpilih; dia tidak wajib menahan diri dari makan dan minum kerana dia tidak berpuasa dan perbuatan itu tidak memberi apa-apa makna kepadanya. Ia bukan suatu puasa yang sah kerana dia telah pun berbuka. Tiada dalil syarak yang mewajibkannya berbuat demikian. Kata Abdullah bin Masud r.a:
14 June 2017
Allah masih sayangkan saya – Iwan Syahman
Allah masih
sayangkan saya – Iwan Syahman
JELAS tergambar ketulusan hatinya
menerusi butir bicaranya. Kesediaannya berterus-terang mengenai sisi kelam
hidupnya, yang diistilahkannya sendiri sebagai “jauh” dari jalan agama,
menzahirkan keikhlasannya untuk berubah. Manakala kesungguhannya menebus kesilapan
silam dengan melakukan kerja-kerja dakwah Islam menjadi bukti kekesalannya yang
amat sangat terhadap keterlanjuran hidupnya sebelum ini.
Beliau malah tidak silu untuk
memohon maaf secara terbuka dengan khalayak umum, khususnya kelompok peminat tegarnya
yang dibimbanginya mungkin pernah terlalai oleh aktiviti hiburan
dipersembahkannya selama ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)












