Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

10 June 2013

Fiqah Amali: Hantar ibu bapa ke rumah kebajikan

  Menghantar Orang Tua ke Rumah Kebajikan
Fiqah Amali
 
Ustaz Fadzli Al Yamani
 
Soalan:
 
Saya berhasrat menghantar ibu saya yang tua dan uzur ke rumah kebajikan atas alasan tidak mampu menyara hidupnya dari segi kos dan kudrat. Apa pandangan agama dalam kes saya ini?
 
  Jawapan:
Jika betul seseorang itu tidak mampu menjaga ibunya sama ada dari segi kudrat atau kos saraan, maka harus baginya menghantar ibunya ke rumah kebajikan yang pastinya akan dijaga dan diurus dengan baik oleh pihak yang bertanggungjawab.
 
Anda hendaklah menjelaskan dengan jujur kepada ibu tentang kelemahan dan ketidakupayaan anda kerana hati ibu yang terluka disebabkan perbuatan anak akan menyukarkan husn al khatimah kelak. Seringlah menziarahi dan mengeratkan silaturahim dengan ibu.
 
Berusahalah sedaya upaya untuk berkhidmat kepada orang tua kerana amalan tersebut menjadi sebab kita diredai Allah.
 
 
Sabda Nabi s.a.w., maksud-nya:
 
"Keredaan Allah ber-gantung pada keredaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan kedua-dua ibu bapa." (Riwayat al-Hakim)
 
 
SOLUSI ISU 47
 

<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2013  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.