Soal Jawab Agama
Fikrah Dr Salam
Isteri terbiar
sesal terlanjur
SOALAN
SAYA mempunyai masalah dan memerlukan pendapat Dr supaya dapat memberi
jalan penyelesaian dari segi Islam dan psikologi.
Saya berumur 30 tahun dan mempunyai tiga anak. Kini saya dalam proses
menuntut fasakh. Perkahwinan kami penuh dugaan ditambah dengan sikap suami yang
banyak melakukan perkara kurang baik.
Malah saya juga bukan manusia yang baik, tetapi mengharapkan bimbingan
dan perlindungan darinya. Di sebabkan dia tidak lagi bertanggungjawab, saya
minta dilepaskan secara baik namun dia enggan.
Kemudian saya memohon fasakh bagi menuntut keadilan diri saya sejak
2010.
Selepas mengetahui saya memohon fasakh, suami mula bermusuh dengan saya
dan anak-anak.
Buat pengetahuan Dr, saya tinggal bersama keluarga. Jadi suami
sewenang-wenangnya tidak pulang ke rumah.
Saya reda apa yang berlaku. Masalah saya kini bukan mengenai
perkahwinan tetapi diri saya. Tahun lepas saya terlanjur dengan teman
perniagaan saya.
Saya tidak sedar apa yang berlaku dan ia hanya berlaku sekali. Demi
Allah, bukan atas kerelaan saya, tetapi saya seakan tidak dapat menolak.
Walau sesal bagaimana sekali pun, hati saya tetap tidak tenang. Saya
tertekan dan menangis seakan ada beban dalam hati saya yang amat berat tapi
tidak dapat saya lepaskan.
Berdepan dengan anak, saya sebenarnya tidak layak menjadi ibu mereka.
Benarkah hukuman untuk orang seperti saya adalah rejam sampai mati?
Saya amat takut dengan hukuman sebegitu dan saya harap masih ada jalan
untuk saya tebus perbuatan saya.
POHON TAUBAT,
Johor
JAWAPAN
PERTAMANYA permohonan isteri kepada mahkamah untuk memohon perceraian
secara fasakh dengan mengemukakan alasan-alasan yang dibenarkan syarak diterima
dalam Islam. Islam tidak ingin seseorang isteri teraniaya dalam perkahwinan
yang tidak mencapai tujuan yang sebenarnya, iaitu mewujudkan suasana tenang dan
kasih sayang dalam bentuk luaran serta dalaman kepada pasangan masing-masing.
Kedua, proses yang panjang dan memakan masa serta tindakan negatif
suami menyebabkan berlaku perkara lain bertentangan dengan ajaran Islam. Lantaran
itu, usaha perlu diambil supaya kes seperti ini dipercepatkan tanpa menyebabkan
berlaku kecuaian daripada mana-mana pihak.
Dalam keadaan sekarang, kedua-dua suami dan isteri juga perlu mengawal
perasaan masing-masing. Setiap kita hendaklah menjaga diri supaya tidak
terjerumus dalam hubungan luar nikah termasuk zina.
Sememangnya hukuman rejam hingga mati dikenakan bagi pasangan yang
sudah berkahwin dalam Islam apabila sabit kesalahan itu.
Islam melihat ia sebagai jenayah sosial yang serius hingga tidak layak
hidup di dunia kerana ia sejelek-jelek perbuatan manusia terhadap larangan
Allah.
Adanya hukuman berkenaan, pasangan yang berzina tidak dihukum di
akhirat supaya menjadi teladan kepada masyarakat umum mengenai nilai baik wajib
dipegang masyarakat Islam.
Bagaimanapun, buat masa sekarang puan hendaklah bertaubat kepada Allah
dengan sebenar-benar taubat. Puan hendaklah berazam untuk tidak mengulangi
perbuatan zina lagi kerana ia sangat keji di sisi Allah, masyarakat dan diri
sendiri.
Seterusnya jangan dibiarkan nafsu menguasai diri. Perbuatan jahat itu
hendaklah disembunyikan supaya tidak terdedah di samping mengharapkan keampunan
dan rahmat Allah.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Isteriterbiarsesalterlanjur/Article/index_html
<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>>
** catatan w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel
ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis
dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan
semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada
penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah
daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
2013 ® ©HAK CIPTA
SELEBET INTERNATIONAL ™
* Jadilah seorang bloger
yg sentiasa menghargai
hasil kerja
blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
memberi
kredit line kepada mereka .
Paparkan kreativiti
mereka
dengan menampilkan dari mana asal
usul
bahan asal yg anda salin dan tempek itu.
Tentang Wagiman
Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........
Tentang blog ini
Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.