Menyentuh Kemaluan
Fiqah Amali
Ustaz Fadzli Al Yamani
Soalan:
Mohon penjelasan yang tepat tentang batasan kawasan kemaluan depan dan belakang bagi lelaki dan perempuan yang boleh membatalkan wuduk apa-bila disentuh. Juga sertakan hukum wuduk ketika menyentuh kemaluan. Jawapan:
Jika seseorang menyentuh dan tersentuh kemaluan depan atau belakang miliknya atau orang lain, sama ada dewasa atau kanak-kanak ataupun orang hidup atau mati dengan tapak tangan (yang bertemu antara tapak kanan dengan kiri) dan bahagian tengah anak jari, maka batal wuduknya. Begitu juga halnya apabila menyentuh kemaluan yang terputus atau terpotong beberapa kerat. Namun, jika sudah terpotong sehingga tidak menampakkan rupa zakar (misalnya dicincang), maka tidak batal wuduknya. Orang yang disentuh atau tersentuh kemaluannya tidak batal wuduknya. Jika menyentuh kemaluan dengan hujung dan sisi jari-jemari atau belakang tangan, maka ia tidak membatalkan wuduk. Seseorang itu juga tidak batal wuduknya apabila menyentuh kemaluan binatang. Had batasan kemaluan depan lelaki adalah keseluruhan zakar tidak termasuk dua biji zakar. Manakala faraj perempuan adalah kedua-dua bibir yang zahir ketika duduk. Manakala had batasan kemaluan belakang lelaki dan perempuan terbatas di bahagian lingkaran dubur sahaja, tidak termasuk di sekitarnya. @ SOLUSI ISU 47
<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>>
** catatan w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel
ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal
penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan
semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada
penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan
mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
2013 ® ©HAK CIPTA
SELEBET INTERNATIONAL ™
* Jadilah seorang bloger yg
sentiasa menghargai
hasil kerja
blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti
mereka
dengan menampilkan dari mana asal
usul
bahan asal yg anda salin dan tempek itu.