Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

23 July 2013

Soal Jawab Agama: Agih agihkan hasil pusaka tanah Felda


Wajibkah hasil pusaka tanah Felda
DIAGIH-AGIHKAN Kepada adik-beradik?
 
SOALAN:
Assalamualalkum Ustaz,
WAJIBKAH hasil daripada daripada tanah Felda yang diberikan kepada anak sulung untuk dipertanggung jawabkan, apabila ibu bapa tersebut mcninggal dunia, diagih-agihkan kepada adik beradik yang lain? Ini kerana tanah pemberian Felda tidak boleh dipecah-pecahkan atau dibahagi-bahagikan ke­pada adik-beradik melainkan hanya anak lelaki sulung yang bertanggungjawab mengendalikan tanali Felda tersebut. Apakah hasil itu perlu dibahagi bahagikan mengikut kadar faraid atau boleh diberikan mengikut perbincangan yang dipersetujui adik-beradik?
 
 
JAWAPAN:
HARTA yang dimiliki oleh seseorang semasa hidupnya hendaklah di­agih-agihkan kepada para waris yang berhak sebagaimana hukum membahagi-bahagikan pusaka di dalam Islam. Melainkan berlakunya perpindahan hak milik yang lain seperti hibah, wasiat, wakaf dan sebagainya.
 
Dalam konteks Tanah Felda, amalan pewarisan tanah tersebut adalah berdasarkan Akta Tanah 1960. Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 21 Jun 1995 yang lalu telah memperakui bahawa amalan tersebut tidak bertentangan kerana persetujuan meletakkan satu penama itu dibuat atas persepakatan semua pihak pihak yang terlibat.
 
Namun begitu waris-waris yang lain masih berhak kc atas hasil tanah Felda tersebut sebagaimana yang ditetapkan dalam Hukum Pembahagian Pusaka Islam. Di samping itu waris waris juga boleh mcmbuat persetujuan bersama terhadap kaedah agihan hasil daripada tanah Felda tersebut seperti agihan sama rata dan lain-lain.
 
Penama dalam konteks ini hanyalah sebagai pemegang amanah dan yang bertanggungjawab terhadap segala urusan berkaitan dengannya. Adalah dinasihatkan agar para waris dapat duduk bersama dan berbincang agar masing-masing dapat menikmati kurniaan Allah ini dengan harmoni. Perlu juga difikirkan oleh para waris untuk memberi sedikit upah sekiranya wajar selain daripada bahagian pusakanya kepada penama di atas usahanya menguruskan tanah tersebut. Q
 
AL ISLAM September 2009
  
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2013  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.