Tidak mampu GANTI PUASA
SOALAN:
Assalamualaikum Ustaz,
Apa hukumnya bagi orang yang tidak mampu - khususnya bagi orang yang
berusia, berpuasa di Bulan Ramadhan kerana penyakit-penyakit yang tidak
mcngizinkan scscorang itu berpuasa. Misalnya, kalau dia puasa dia akan pitam
dan pcngsan. Keadaan ini juga tidak membolehkan dia mcnggantikan puasanya.
Apakah dia hanya perlu membayar fidyah.
JAWAPAN:
Islam adalali agama fitrah, luas dan sesuai diamalkan di mana-mana dan
pada bila-bila masa. Olch itu ada bebcrapa kelonggaran yang diberikan oleh
Islam bagi mereka yang tidak bcrdaya untuk melaksanakan sesuatu tuntutan.
Seseorang muslim tidak wajib berpuasa pada bulan Ramadhan jika tidak
mampu berbuat demikian disebabkan oleh umur tua atau sakit yang tiada harapan
untuk sembuh. Oleh itu dia hanya perlu membayar fidyah sebanyak satu cupak beras
atau nilaiannya dalam bentuk wang bagi setiap hari yang dia tidak berpuasa. Dia
tidak wajib mengqadainya pada bulan lain. Melainkan apabila didapati dirinya
mampu semula untuk berpuasa dan tidak mendatangkan apa-apa mudarat.
Nilai secupak beras itu bergantung kepada nilai pasaran beras semasa.
Ia juga bergantung kepada fatwa yang dikeluarkan oleh negeri-negeri tentang
berat dalam kilogram bagi secupak beras atau nilainya dalam bentuk wang
ringgit. Oleh itu bolehlah merujuk kepada Jabatan Mufti negeri berkaitan. o
AL ISLAM September 2009
<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>>
** catatan w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin
atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda
meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://)
dimana artikel ini di salin. Sebarang
penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis
daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang
tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik
blog ini.
2013 ® ©HAK CIPTA
SELEBET INTERNATIONAL ™
* Jadilah seorang bloger
yg sentiasa menghargai
hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan
tanpa segan silu
memberi kredit line
kepada mereka . Paparkan kreativiti
mereka dengan
menampilkan dari mana asal usul
bahan asal yg anda salin dan tempek itu.