Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

25 July 2013

Soal Jawab Ramadhan: Beza inhaler & asap rokok



Inhaler & asap rokok, bezanya ketika berpuasa?
Postby anakMINANG04 »
 
Assalammualaikum, Moga dirahmati Allah... Ada pandangan yang  mengatakan..inhaler utk sakit asma/lelah digunakan ketika berpuasa tidak membatalkan puasa...kerana ia hanya lekat di paru2 jer...tak sampai ke perut...
 
Manakala asap rokok yang ulamak menginstinbatkan batal puasa jika menyedutnya...

Persoalannya...

1) Apa beza dari segi instinbat hukum para ulamak tersebut??
2) Adakah asap rokok sampai ke perut dan menyenyangkan sehingga ia membatalkan??

Tolong beri penjelasan...sekian, terima kasih. Wassalam
 
Jawapan
Postby kamin »

Wa'alaikumussalam. Alhamdulillah, kami akan cuba menjawab dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Orang yang hisap rokok akan terbatal puasanya tanpa khilaf. Namun, bagi hukum menggunakan inhaler, ulama' masakini menyatakan bahawa tidak batal puasa menggunakannya (walaupun ada juga ulama' berpendapat inhaler membatalkan puasa kerana sifatnya seperti rokok, sampai kepada perut).

Dibawah ini dipaparkan perbezaan inhaler dan menghisap rokok :-

1. Inhaler - dikatakan menggunakan gas. Dimana gas ini akan meresap didalam tengkorok dan paru-paru. Ia tidak sampai diperut.
Rokok - menggunakan asap yang mengandungi partikel yang akan sampai ke perut

Berkata Ibn Utsaimin rh - Sesungguhnya asap rokok mengandungi partikel yang sampai kepada perut. [Fataawa Islamiyyah, 2/128].

Dr. Muzammil Siddiqi mengatakan bahawa seseorang itu apabila bernafas juga akan menghidu moisture, dan begitu jugalah sifat inhaler.

2. Dari segi istilah. rokok menurut orang arab adalah minuman. Seseorang itu dikatakan meminum rokok dan bukan menghisap rokok. Syiekh Ibn Utsaimin rh ketika ditanya mengenai rokok tidak membatalkan puasa, beliau menjawab :-

"Saya berpendapat bahawa pandangan ini tidak ada asas, malah ia adalah sejenis minuman. Mereka berkata : sesungguhnya dia minum asap; menamakan hisap rokok dengan makna minum" [Fataawa al-Siyyam, ms 203].

3. Inhaler - merupakan satu keperluan kepada mereka yang memerlukan kerana tujuan perubatan. Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh. berpendapat bahawa penggunaan inhaler adalah dibenarkan berdasarkan firman Allah :"...padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya?" [surah al-An'am : 119].

Rokok - perkara yang memudharatkan, membawa kepada kebinasaan diri.

4. Dari segi hukum : rokok hukumnya haram, inhaler harus.

Sekian, wassalam
 
http://soaljawabpuasa.blogspot.com/2010/12/inhaler-asap-rokok-bezanya-ketika.html
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2013  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.