Hanya yang jahil
tinggalkan Islam
Selama 22 tahun mencari kebenaran, alhamdulillah, Allah member saya
peluang untuk berasa nikmat sebagai hambanNYA melalui Islam.” Luah bekas orang
kanan sebuah agama, Muhammad Adam Abdullah, 45 kepada Mastika ketika ditemui di
pejabatnya di Selangor baru baru ini.
Gambar Hiasan
Lelaki berketurunan India, berbadan tegap itu mengakui, selama 13 tahun
menjadi pemimpin agama lamanya itu, jiwanya sering didesak dengan pelbagai
persoalan mengenai kebenaran agama yang dianutinya, menyebabkan hatinya tidak
tenteram,
"Ketika itu saya masih jadi orang kanan agama itu. Seorang
pemimpin agama lazimnya mestilah orang yang kuat pegangannya dan dekat dengan
Tuhan. Seseorang yang hampir dengan Tuhan sepatutnya ada ketenangan.
"Tapi yang peliknya, saya tidak rasa begitu. Hati saya sering
resah dan gelisah. Seolah olah ada yang tidak kena dengan kepercayaan saya
selama ini. Perasaan ragu-ragu terhadap agama yang saya anuti, semakin hari
semakin bertambah," kataAdam. .
Puas dia berdoa dan meminta, namun Tuhan masih tidak memberikan ketenangan. Adam tekad mencari cahaya
kebenaran dan dia mula memberi tumpuan terhadap agama Islam. Kata Adam,
kebanyakan penganut agama lamanya percaya bahawa Islam itu adalah cedokan
daripada agama mereka, namun dia tidak berkeyakinan begitu
"Saya membeli al-Quran dan mula membandingkannya dengan kitab agama kami. Saya.mengambil-masa 22 tahun untuk
mencari kebenaran dan ketenangan, dan akhirnya, Allah memberikan cahaya-Nya itu
dalam al-Quran. Saya dapat melihat kebenaran yang dibawa oleh Islam," kata
Adam : lagi.
Bila Adam terbaca mengenai kisah umat Islam, terutama daripada golongan
Melayu murtad, dia berasa sedih. Jika mahu dibandingkan kisahnya memeluk Islam
dengan mereka yang lahir di dalam Islam dan kemudiannya murtad, terlalu banyak
cabaran bagi golongan sepertinya. Sebab itu, Adam rasa hiba bila ada sesetengah
umat Islam tidak bersyukur dengan anugerah Tuhan dan sanggup meninggalkan
Islam.
Beritahunya lagi, mereka yang dilahirkan Islam secara keturunan tidak
perlu mengharungi ujian untuk mendapat cahaya kebenaran. Kalau ada pun, mungkin
tidak seberat ujian yang terpaksa dilalui oleh golongan sepertinya.
Cerita Adam, dia memperolehi cahaya kebenaran ini bukan dengan cara yang
mudah. Macam-macam dugaan dan ujian terpaksa laluinya.
"Saya memeluk Islam pada tahun lepas, sebulan sebelum umat Islam
menyambut kedatangan Ramadan. Ketika saya memeluk Islam, saya sudah pun
berkeluarga. Saya ada tiga orang anak dan seorang isteri yang baik. Tetapi,
malangnya, isteri dan anak anak tidak mahu menerima kebenaran Islam.
"Akhimya, saya terpaksa berkorban. Secara automatik, saya bercerai
selepas mengucap syahadah. Walaupun berat, saya terpaksa berpisah dengan isteri
dan anak-anak. Ini dugaan yang amat berat.
"Tapi alhamdulillah, Allah beri kekuatan untuk saya hadapi semua
ini. Bukan senag senang untuk saya memperolehi hidayah daripada Allah. Ujian
datang bertalu-talu. Tetapi Allah bantu saya, beri kekuatan untuk saya hadapi
semua ini," ujarnya dengan suara yang tersekat-sekat.
Begitu juga dengan ibu bapanya, kata Adam lagi. Ibu bapa, serta keluarganya
tidak dapat menerima hakikat dia bertukar agama. Memang sejak kecil,
keluarganya, terutama kedua-dua ibu bapa terdiri daripada kalangan yang kuat
beragama. Jadi, keputusannya itu menyebabkan kedua-dua ibu bapanya berasa marah
dan kecewa.
"Saya terpaksa berkorban perasaan, meninggalkan keluarga dan ibu
bapa, kerana kebenaran Islam. Tetapi ini tidak bermakna saya terputus hubungan
dengan mereka. Saya tetap menghubungi ibu bapa, biarpun mereka marahkan saya.
Islam tidak sesekali menyuruh penganutnya mengabaikan ibu. bapa, biarpun berlainan
agama.
"Begitu juga dengan anak-anak dan isteri. Saya tetap memberikan
nafkah kepada mereka, Saya akan cuba pastikan anak saya dapat apa yang
sepatutnya. Saya tidak melepaskan tanggungjawab hanya kerana sudah bergelar Muslim. MaIah, Islam juga tidak mengajar
begitu," jelas Adam.
Sedang rancak bercerita, Adam tiba-tiba terdiam. Bebola matanya
merenung jauh. Air matanya kelihatan bergenang. Dia terkenangkan ibu bapa,
isteri dan anak-anak. Jauh di sudut hati, Adam sangat berharap agar Allah
membuka pintu hati mereka untuk menerima Islam.
"Itulah doa saya setiap hari. Saya berharap agar Allah membuka
pintu hati mereka. Namun, segala ketentuan saya serahkan pada Allah. Sejak saya
mengenali Islam, saya serahkan urusan hidup ini kepada-Nya," jelas Adam sebak.
Selepas memeluk Islam, kata Adam, dia terpaksa berhadapan dengan sikap
sesetengah Muslim yang seakan-akan mempersoalkan keikhlasannya. Sikap
segelintir umat Islam itu membuatkan Adam begitu kecewa. Katanya, apabila dia
memberitahu rakan-rakannya yang beragama Islam, tidak ada ucapan alu-aluan
ataupun kata-kata semangat yang diberikan, sebaliknya disoal dengan soalan-soalan
yang membuatkan dia begitu terasa hati.
.
"Mereka tanya saya, berapa. lama kaii boleh tahan ni. Ada.yang
kata; ini mesti pasal.nak kahwin budak perempuan Melayu. Tidak ada yang nak
membantu atau menolong, tetapi mempersoalkan keikhlasan saya memeluk Islam.
Apatah lagi ketika.itu saya.serdang dalam keadaan sebatang kara kerana terpaksa
meninggalkan keluarga dan kerjaya ujarnya sayu.
Adam cuba memulakan hidup baru.
Dia berjaya mendapatkan pekerjaan di sebuah syarikat swasta, dalam
bidang pemasaran. Tetapi malangnya, syarikat tersebut terpaksa ditutup. Ketika
itu dia seolah-olah hilang punca. Adam hanya berdoa kepada Allah agar
memberikan-nya petunjuk, kerana apa yang dilaku-kan ini hanya semata-mata
kerana-Nya.
Kata Adam, Allah Maha Kaya, Maha Pengasih dan Maha Pemurah. Salah seorang
jirannya, Yunus Hashim secara kebetulan datang berbual dengannya apabila
mengetahui dia sudah memeluk Islam.
"Saya dengan Yunus tidak berapa rapat, biarpun ketika itu kami
berjiran. Kalau terserempak pun, jarang berbual. Paling kurang masing-masing
akan tersenyum. Namun ketika berbual dengan-nya, saya meluahkan segala masalah
yang terbeban dalam diri. Bukan niat untuk simpati, tetapi sekadar berkongsi
masalah saya dengannya."
Tanpa diduga, keesokannya, Yunus datang berjumpa dengannya. Kata Yunus,
"Engkau kerjalah dengan aku. Kita buat bisnes. Kau pun ada kepakaran. Jadi
kita buat sama-sama." Tanpa berfikir panjang,.Adam pun terus menerima tawaran
Yunus.Selepas itu kata Adam dia mula beketja
dengan Yunus yang berniaga menjual.al-Quran digital dan.membekalkan barangan
kemudahan hospital. Kini sudah hampir tiga bulan dia bekerja. Buat masa ini
kata ;Adam lagi, dia masih menumpang
tidur di.pejabat Yunus kerana tiada rumah dan tidak mampu. Untuk menyewa. .
....
"Saya keluar. dari rumah setelah memeluk Islam. Saya terpaksa
tinggalkan isteri dan anak-anak kerana kami tidak lagi boleh tinggal sebumbung.
Ketika itu saya bagaikan anak ayam kehilang-an ibu. Tidak tahu mana hendak
dituju. Bagaimanapun syukur, Allah mebantu dengan menemukan saya dengan Yunus.
Kadang-kadang, timbul rasa sedih, kenapalah Allah tidak memberikan
hidayah ini lebih awal lagi.
"Setelah merasai ketenangan Islam, ada kalanya saya terfikir,
kenapalah baru hari ini Dia memberikan rasa manisnya iman itu melalui Islam.
Kenapa tidak dari dulu? Saya kesal kerana banyak masa terbuang dengan sia-sia.
Tetapi saya amat bersyukur biarpun baru kini Allah meredhai saya untuk menda-at
cahaya kebenaran dan nikmat iman melalui Islam," jelas Adam.
Sebab itu kata Adam, golongan yang ingin murtad dan keluar daripada
Islam sebenarnya membuat satu kesilapan yang paling besar dalam hidupnya. Tegas
Adam, orang Islam yang mendapat Islam secara keturunan, perlu sedar, bahawa
mereka itu sebenarnya dipilih Allah sebagai untuk menjalankan tanggungjawab
mengembang serta menyebarkan syiar Islam.
Tambahnya, golongan Islam yang murtad, dan memeluk agama Iain ini sebenarnya
tidak pernah tahu tentang Islam.
Adam bertanya, berapa ramai di kalangan umat Islam di negara ini yang
mengambil berat untuk memahami al-Quran sebagai asas kepada ajaran Islam? Di
negara ini, ramai bergelar Muslim kerana keturunan tetapi itu tidak menjanjikan bahawa mereka
termasuk di kalangan orang Islam yang beriman.
"Jadi, tidak semestinya orang yang lahir dalam Islam itu tahu
tentang hakikat kebenaran
yang dibawakan oleh Islam.
"Macam mana kita nak tahu kebenaran itu? Dari mana? Apa sumbernya?
Pastinya, tidak lain tidak bukan ialah melalui al-Quran. Itulah satu-satunya
kitab daripada Tuhan yang diturunkan dan masih dipelihara sehingga kini.
AI-Quran tidak pernah berubah ayat-ayat-nya, begitu juga bahasanya.
"Itulah ayatnya sejak 1,400 dulu dan bahasanya pun tetap satu,
iaitu bahasa Arab. Itulah istimewanya al-Quran. Ia tidak seperti kitab-kitab
lain yang telah diubahsuai dan ada pelbagai bahasa," beritahu Adam.
Kata Adam, hakikatnya, mereka yang keluar dari Islam, seolah-olah meninggalkan
kebenaran dan balik kepada kejahilan.
"Agama ini untuk orang yang berfikir. Golongan yang berakal akan
mencari kebenaran. Kebenaran hanya boleh diperolehi daripada agama. Ini bermakna,
untuk mencapai maksud itu, kita perlu berfikir.
"Mesti belajar dan mengkaji. Baru-lah kita dapat tahu kebenaran.
Jangan hanya ikut-ikut cakap orang," tegasnya sambil meluahkan rasa
simpati terhadap mereka yang mengambil keputusan keluar daripada Islam.
Dalam masalah ini, Adam berpendapat, umat Islam tidak perlu terlalu
risau atau bertindak melampau sehingga menimbulkan kacau-bilau atau pergaduhan.
Kata Adam, jika mereka mahu murtad, biarkan sahaja kerana Allah akan menggantikan
mereka yang murtad itu dengan orang yang lebih baik lagi untuk agama ini.
"Didalam al-Quran sendiri, Allah katakan, sesiapa yang murtad, Dia
akan menggantikannya dengan satu kaum Iain yang lebih hebat dan soleh. Jadi
untuk apa kita bergaduh atau merusuh kerana mereka yang murtad ini? Jika mereka
tidak mahu menjadi sebahagian daripada keluarga besar ini (umat Islam) biarkan
mereka."
Sebagai contoh, kata, Adam, semasa mengikuti kelas anjuran Perkim bagi
mualaf, dia bertemu ramai saudara -sau-ara baru daripada golongan profesional
seperti doktor, jurutera, arkitek dan sebagainya.
"Perkara ini saya lihat
sebagai satu kebenaran daripada al-Quran.
"Islam agama Allah dan seperti yang dinyatakan-Nya di dalam
al-Quran, pasti dia akan menggantikan kaum yang murtad itu dengan kaum yang lebih
baik daripada mereka. Sebab itulah Islam kini menjadi agama yang paling cepat
berkembang di dunia ini," tegas-nya yakin.
-
Dalam situasi hari ini kata Adam;' umat Islam perlu memperbaiki segala kelemahan
diri. Islam itu sempurna, tetapi manusia .tidak. Apa yang tidak sempurna itulah
yang perlu diperbaiki, beritahu Adam. - Wan Hafiz
Wan Hamzah.
MASTIKA Februari 2007
<<<<<<<<<<<< ® v ® >>>>>>>>>>>>
** catatan w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel
ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis
dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan
semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada
penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah
daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
2013 ® ©HAK CIPTA
SELEBET INTERNATIONAL ™
* Jadilah seorang bloger
yg sentiasa menghargai
hasil kerja
blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
memberi
kredit line kepada mereka .
Paparkan kreativiti
mereka
dengan menampilkan dari mana asal
usul
bahan asal yg anda salin dan tempek itu.