Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

23 August 2013

Soal Jawab Agama: Hukum Melihat Aurat Berat Orang Lain ...



Hukum melihat  aurat berat orang lain dan diri sendiri
Ruangan ini dikendalikan oleh
DR. RUSHDI RAMLI
Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usui,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Sekiranya para pembaca mempunyai sebarang kemusykilan agama,
sila kemukakan soalan-soalan ke alamat e-mel
njshdi_ramli@yahoo.com atau noorzila3@hotmail.com
 
Soalan:
Bolehkah ustaz terangkan mengenai aurat berat dan ringan? Apakah hukumnya melihat aurat berat diri sendiri mahupun orang lain, sama ada secara nyata, atau dalam bentuk gambar, video dan sebagainya?
 
Jawapan:
Aurat berat merupakan terjemahan kepada ungkapan babasa Arab 'awrab mughallazah' di mana ia merujuk kepa­da dua anggota sulit manusia iaitu alat kelamin (kemaluan) dan dubur (al-qubul wa al-dubur).
 
Secara dasarnya Islam mewajibkan lelaki dan wanita menutup aurat mereka daripada pandangan orang lain (selain daripada isteri atau suami). Mendedahkan aurat dengan sengaja kepada orang lain, tanpa keperluan yang dibenarkan syarak, adalab berdosa. Menurut para ulama, aurat lelaki adalab di antara pusat dan lutut (termasuk pusat dan lutut) manakala aurat wanita adalab keseluruban badannya kecuali muka dan kedua dua tapak tangan.
 
Mendedahkan aurat berat sehingga dapat dilihat oleh orang lain adalab suatu perbuatan berdosa, keji dan tidak bermaruah serta dikecam oleh Islam. Begitu juga, scseorang Muslim tidak dibenarkan melihat aurat orang lain, di mana larangan ini adalah lebih ketara sekiranya berkaitan dengan anggota sulit seorang manusia. Dan begitu juga larangan ini turut terpakai sama ada aurat tersebut dilihat secara langsung ataupun dalam bentuk gambar, video dan seumpamanya.
 
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Jangan engkau melihat kepada paha orang yang bidup mahupun yang telab mati, maka sesungguhnya paha itu adalah aurat." (Hadis riwayat Ahmad).
 
Adapun kedudukan melihat aurat berat diri sendiri, maka sebahagian ulama mengatakan ia adalab makruh (tidak sampai berdosa). Bagaimana-pun, sekiranya aurat diri sendiri dilihat kerana keperluan keperluan tertentu, seperti untuk bercukur, membasuh, untuk rawatan dan sebagainya, maka ia adalab harus dan tidak mengapa.
 
Ringkasnya Islam adalah agama yang amat menitikberatkan persoalan etika, akhlak dan adab, sama ada berkait­an dengan diri sendiri ataupun dalam hubungan sesama manusia. Sekiranya adab-adab tersebut dapat dilaksanakan, dan ia merangkumi pemeliharaan aurat lelaki dan wanita, sudah pasti suatu masyarakat yang bersih, bermaruah dan sejahtera dapat dilahirkan dengan izin Ailab.
 
AL ISLAM  April 2009
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2013  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.