Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

26 August 2013

Soal Jawab Agama: berusaha merawat penyakit guna bomoh



“Berikhtiar” guna bomoh
gambar hiasan
Soalan:
Saya perhatikan ramai orang Islam sedar beberapa amalan licik ini, khususnya dalam perbomohan membabitkan unsur-unsur syirik. Bagaimanapun, mereka tetap mengamalkannya atas dasar 'berikhtiar' untuk mengubati sesuatu penyakit, dan bukan untuk menyekutukan Allah. Bolehkah alasan ini diterima.
 
Jawapan:
 
Berikhtiar mencari kesembuhan, ubat dan penawar untuk apa jua penya­kit yang dihidapi, sama ada penyakit rohani ataupun jasmani, adalah suatu amalan yang dianjurkan oleh Islam berdasarkan hadis-badis Nabi s.a.w. yang sahih mengenai perkara ini. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud,
 
"Sesunggubnya Allah tidak menurunkan
suatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya
akan penawarnya, maka hendaklah kamu semua berubat
(Hadis riwayat Ibnu Majah dan an-Nasa'i).
 
Dan sabdanya lagi yang bermaksud,
"Bagi setiap penyakit ada ubatnya,
maka apabila ubat 'menepati' penyakit maka berlakulah
kesembuban dengan izin Allah." (Hadis riwayat Muslim).
 
Di dalam satu hadis yang lain, seorang
sahabat telah bertanya kepada Nabi s.a.w.,
"Wahai  Rasulullah, adakah kita dianggap berdosa
sekiranya tidak berubat (apabila sakit) ?
Lalu Nabi s. a. w bersabda,
"Berubatlah wahai para hamba Allab,
maka sesungguhnya Allab tidak menurunkan sesuatu
penyakit melainkan diletakkan bersamanya akan penawarnya kecuali sakit tua."
 
Adalah jelas berdasarkan hadis-hadis di atas bahawa 'berubat dan mencari penawar kepada penyakit  adalah sebahagian daripada apa yang disyariatkan Allah. Kerana itu, menurut prinsip perubatan Islam, perasaan berputus asa di dalam berikhtiar dan mencari penawar bagi apa jua penyakit (dan seberat mana sekalipun penyakit tersebut) adalah tidak dibenarkan di dalam Islam. Umat Islam dituntut untuk terus berusaha mencari penawar di samping bertawakal dan meyakini bahawa Allah adalah 'Penyembuh' yang berkuasa menyembuhkan apa jua penyakit.
 
Sungguhpun begitu, di dalam usaha dan ikhtiar mencari ubat dan penawar, Islam telah menggariskan beberapa peraturan yang wajib diraikan, antaranya seseorang itu tidak dibenarkan berubat dengan menggunakan bahan yang haram. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud,
 
"Sesunggubnya Allab telah mencipta penyakit dan penawar,
maka berubatlah, tetapi janganlab berubat dengan (bahan) yang haram."
(Hadis riwayat at-Tabarani).
 
Begitu juga dalam usaha dan ikhtiar mencari kesembuhan kepada penya­kit, umat Islam tidak dibenarkan sama sekali mendapatkan rawatan daripada para bomoh atau para dukun atau sesiapa sahaja yang kaedah rawatannya melibatkan amalan-amalan yang berunsur syirik kepada Allah. Contohnya, melakukan sembelihan binatang untuk makhluk jin, melakukan pemujaan terhadap jin dan syaitan dalam proses rawatan, mendapatkan bantuan dari­pada makluk halus yang berkemungkinan ia adalah daripada kalangan iblis dan seumpamanya.
 
Ingin dijelasksn di sini bahawa, para ulama telah bersepakat menyatakan bahawa mendapat rawatan yang melibatkan amalan syirik kepada Allah adalah haram dan tidak dibenarkan di dalam apa jua keadaan.
 
Begitu juga ingin dijelaskan kepa­da para pembaca bahawa di dalam usaha mencari penawar kepada apa jua penyakit (yang nyata dan yang misteri), umat Islam tidak perlu kepada kaedah-kaedah rawatan yang diragui kesahan pendekatannya atau menimbulkan syak wasangka, iaitu bcrsesuaian dengan pesanan Nabi s.a.w. yang bermaksud,
 
"Tinggalkan (jauhi) apa yang meragukan engkau
kepada apa yang tidak meragukan engkau."
 
Sesunggubnya kaedah-kaedah rawatan yang sah, sahih dan tidak menyimpang menurut syarak adalah memadai di dalam usaha kita mencari penawar. Begitu juga jangan terlupa bahawa al-Quran dan doa-doa yang muktabar dari Nabi s.a.w. itu sendiri adalah penawar yang mujarab kepada penyakit manusia. Wallahualam.
 
AL ISLAM  April 2009
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2013  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.