Celak Mata
Hukum Ulang Kembali
Solat Fardu
Ustaz
Salman Maskuri
Apa hukum budak yang mumayyiz menjadi imam?
UIama
telah berselisih pendapat tentang hukum budak yang belum baligh dan sudah
mumayyiz (lebih kurang 7 tahun) menjadi imam. Ada tiga pendapat utama dalam
masalah ini.
Pendapat pertama:
Kanak-kanak yang sudah mumayyiz diharuskan menjadi imam sama ada untuk solat
fardu atau solat sunat. Ini adalah pendapat mazhab Syafi'i.
Dalil:
Amru bin Salamah r.a. (yang berumur enam tahun) berkata, "Apabila kaumku
balik daripada Nabi mereka berkata, 'Hendaklah menjadi imam
orang yang paling membaca Quran di kalangan kamu.' Lalu mereka memanggilku dan
mengajarku solat, lalu aku menjadi imam kepada mereka." (Riwayat Bukhari,
Abu Daud dan an-Nasa'i)
Imam
Ibnu Hajar berkata dalam kitab Fathul Bari: "Hadis ini menjadi hujah
kepada ulama Syafi'i pada harusnya budak yang mumayyiz menjadi imam dalam solat
fardu."
Pendapat kedua:Budak
mumayyiz diharuskan menjadi imam bagi solat sunat sahaja dan tidak boleh untuk
solat fardu.
Dalil:
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.anhuma., "Budak kecil tidak boleh
menjadi imam sehinggalah dia baligh." Ini ialah hadis riwayat Abdur Razzak
tetapi Ibnu Hajar mengatakan hadis ini lemah. Pendapat yang kedua ini berpegang
dengan hadis ini, dan mengatakan hadis Amru bin Salamah adalah mengenai imam
pada solat sunat.
Pendapat ketiga:
Tidak sah budak yang belum baligh menjadi imam. Ini pendapat mazhab Hanafi.
Dalil:
Hadis daripada Ibnu Abbas yang lepas dan menyatakan bahawa hadis Amru bin
Salamah menjadi imam adalah semata-mata ijtihad Sahabat dan tidak boleh
dijadikan dalil.
Kesimpulan:
Pendapat pertama yang mengatakan sah imam budak yang mumayyiz lebih kuat
berdasarkan hadis Amru bin Salamah r.a. Adapun hadis Ibnu daripada Ibnu Abbas adalah
lemah. Apa yang berlaku pada Amru bin Salamah ialah pengakuan Nabi terhadap apa
yang berlaku dan ia bukanlah sekadar ijtihad Sahabat.
Ibnu
Hajar al-Asqalani berkata: "Ini kerana zaman turunnya wahyu tidak berlaku
pengakuan terhadap perkara yang dilarang."
Apa pula hukum
mengulang kembali solat fardu?
UIama
empat mazhab bersepakat bahawa sunat mengulang solat fardu dalam berjemaah
selepas menunaikan solat secara bersendirian.
Dalil
ia adalah SUNAT ialah hadis daripada Abu Dzar, "Solatlah pada awal waktu
(berseorangan), sekiranya kamu dapati jemaah solat hendaklah solat kali kedua
dengan jemaah itu. la dianggap sunat." (Riwayat Muslim)
Adakah berlaku
perbahasan khilaf ulama dalam masalah mengulang solat?
Ya.
Ulama berselisih pendapat terhadap hukum mengulang solat yang sudah dilakukan
secara berjemaah dan mengulang kembali solat dengan jemaah lain, kepada tiga
pendapat:
Pendapat pertama:
Boleh mengulang solat yang sudah dilakukan secara jemaah. Ini mazhab Syafi'i
dan Hambali.
Antara
dalil dan keadaan yang disunatkan mengulang solat kali kedua walaupun sudah
menunaikannya kali pertama dalam keadaan berjemaah.
1.
Apabila kita balik ke kampung atau ke rumah kita dan kita hendak menghidupkan
jemaah di kampung atau di rumah kita. Ini berdasarkan hadis Muaz bin Jabal
r.a., "Muaz bin Jabal r.a. solat Isyak bersama Rasulullah S.A.W, kemudian
dia balik kepada kaumnya dia menjadi imam kepada kaumnya." (Riwayat
Muslim)
2. Apabila kita sudah solat jemaah dengan
kelompok yang sedikit atau kita solat jemaah bukan di masjid utama seperti
Masjidil Haram, sunat solat dengan Jemaah yang kedua yang lebih ramai atau jemaah
di masjid utama.
Ini
berdasarkan dua orang Sahabat yang sudah solat jemaah ketika dalam perjalanan
ke Masjid Nabi, kemudian mereka hanya duduk sahaja apabila sampai di Masjid
Nabi ketika solat jemaah sedang berjalan. Nabi S.A.W bersabda:
"Janganlah
buat begitu, apabila kamu berdua telah solat dalam perjalanan, kemudian kamu
datang ke masjid yang ada jemaah, hendaklah kamu berdua solat lagi bersama
mereka. Sesungguhnya yang kedua itu sunat." (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
3. Untuk membantu orang yang datang lambat ke masjid. Misalnya jika jemaah
sudah pun selesai.Sunat bagi seorang yang sudah solat jemaah, solat jemaah kali
kedua dengan lelaki yang belum solat ini. Ini berdasarkan hadis: "Seorang
lelaki masuk masjid dan Rasulullah S.A.W sudah selesai solat bersama Sahabatnya.
Rasulullah pun bersabda, "Siapa yang ingin bersedekah (jemaah) kepada dia
dengan solat jemaah bersamanya?" Seorang lelaki pun bangun dan solat
bersamanya." (Riwayat Ahmad)
Pendapat kedua:
Tidak dibenarkan sesiapa yang sudah solat jemaah mengulang solatnya. Ini mazhab
Hanafi.
Pendapat
ketiga: Mazhab Maliki hanya membenarkan diulang kembali solat di Masjidil
Haram, Masjid Nabi dan Masjid Aqsa.
Kesimpulan:
Pendapat yang kuat ialah pendapat pertama iaitu sunat kita mengulang solat kali
kedua berjemaah dengan sebab-sebab yang sudah disebut diatas. Hendaklah solat
kedua itu dilakukan berjemaah bukan bersendirian.
Ustaz Salman Maskuri: Lepasan
Universiti al-Azhar, Mesir. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian fakuluti
Usuluddin wad Da'wah dalam jrurusan Tafsirul Quran wa Ulumuh. Guru kepada para
penuntut Malaysia di Mesir dalam pengajian beberapa judul kitab. Penulis buku.
Sekarang berkhidmat sebagai Imam Satu di Masjid Mardhiyah Fasa 5, Taman
Melawati & Mudir serta pengasas pengajian untuk dewasa dan pelajar remaja
di pusat pengajian Darul llmi.Tmn. Melawati.