Abdullah
Yusuf Ali
Kisah sedih penterjemah Al-Quran yang mati kesepian
Oleh
Norimanah Seman
MUSIM sejuk pada 9 Di-sember 1953 amat dingin sekali.
Cuaca buruk mem-buat seorang lelaki tua yang duduk sendirian di tangga luar
rumah-nya di Westminster, London,
menggigil kesejukan. Dia keli-hatan sakit. Wajah-nya kelihatan kebingungan dan
sekali imbas, persis seorang yang hidup di jalanan; sepi dan sedih.
Abdullah Yusuf Ali, CBE, FRSL was an Indian
Islamic scholar
who translated the Qur'an into English. His
translation of the Qur'an
is one of the most widely known and used in the
English-speaking world.
Jika dibiarkan, dia
boleh mati kesejukan. Mujur polis yang sed'ang meronda,
menemuinya dan menghantar orang tua itu ke Hospital
Westminster untuk mendapatkan rawatan. Namun beliau dibenarkan keluar sehari
kemudian, dan diletakkan di pusat jagaan orang tua Dovehouse Street, di
Chelsea.
Malangnya, ketika sampai di pusat jagaan itu, beliau
mendapat serangan jantung lalu dikejarkan ke Hospital St. Stephen di Filham,
London. Selepas tiga jam diberi rawatan kecemasan, dia menghembuskan nafas
terakhirnya. Semasa di hospital, tidak ada sanak saudara mahupun anak-anak yang
dating
menziarah. Lebih menyedihkan, tiada siapa juga datang
menuntut jenazah, dan menyempurnakan pengebumiannya.
Akhirnya, jenazah lelaki Muslim berketurunan India itu
diambil kakitangan Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di London. Merekalah yang
memikul tanggungjawab sebagai Muslim menyempurnakan jenazah saudara seagama,
dan mengebumikannya di kawasan perkuburan Islam Bookwood di Surrey, England.
Tiada siapa menyangka, lelaki tua yang menghadapi
saat-saat akhirnya sedemikian rupa, bukanlah calang-calang orang. Dia ialah
Abdullah Yusuf Ali, seorang penterjemah al-Quran ke bahasa Inggeris yang cukup
terkenal. Malah naskhah al-Quran terjemahan-nya, yang dicetak kali pertama pada
1934, masih digunakan hingga ke hari ini, dan menjadi rujukan utama di seluruh
dunia.
Nama Abdullah Yusuf Ali bukan sahaja dikenali di tanah
kelahiran-nya di India, atau 'rumah keduanya', Britain, malah merentasi
Atlantik dan Kanada. Beliau disanjung tinggi masyarakat Islam, dan seorang yang
berjaya di dalam kerjaya, dan sentiasa dikelilingi bijak pandai. Tetapi di
sebalik semua kejayaan kerjayanya itu, beliau gagal dalam kehidupan peribadi.
Dua perkahwinannya berakhir dengan perceraian, dan keluarganya berpecah belah,
sehingga anakanak tidak menghiraukannya.
ASAL
KELUARGA BANGSAWAN
Dilahirkan pada 14 April 1872 di Mumbai, India, Abdullah
Yusuf Ali berasal daripada keluarga bangsawan yang kaya-raya. Ayahnya, Khan
Bahadur Alahbaksh Yusufali adalah seorang ahli perniagaan yang kuat pegangan
agamanya. Dengan latar belakang se-demikian, maka tidak hairanlah Abdullah
Yusuf Ali boleh mendapat pendidikan yang terbaik.
Dia mula belajar bahasa Arab ketika berusia empat tahun
daripada ayahnya. Hatinya tertarik dengan keindahan bahasa Arab yang diajarkan
oleh ayahnya dengan muzik, irama dan maknanya. Abdullah Yusuf Ali terlalu
menyanjung tinggi ayahnya kerana mengajar-nya bahasa Arab. Beliaulah yang mula
membuka minatnya untuk mendalami keindahan bahasa dan kesusasteraan al-Quran.
Keindahan bahasa al-Quran itu benar-benar mempesonakan Abdullah Yusuf Ali,
hingga beliau berazam menterjemahkan kitab suci itu ke bahasa Inggeris agar
seluruh dunia mengetahuinya.
Latar belakang keluarga yang kuat berpegang kepada agama
banyak mem-bentuk keperibadian Abdullah Yusuf Ali sewaktu kecil. Ayahnya
seorang yang kuat berpegang kepada agama dan amat mementingkan pendidikan
agama. Maka tidak hairanlah beliau boleh menghafal ayat-ayat al-Quran ketika
usianya masih muda.
Ternyata Abdullah Yusuf Ali bukanlah anak bangsawan yang
'menjadi pandai kerana wang', seperti yang selalu disangka orang. Dia memang
seorang yang bijak. Ini terbukti apabila beliau lulus cemerlang dengan mendapat
BA kelas pertama dari Universiti Bombay pada Januari 1891 ketika berusia 18
tahun.
Diakui juga, dia memang seorang pelajar yang kuat semangat
dan rajin. Di samping itu, beliau turut menerima banyak anugerah pelajar, dan
akhirnya mendapat biasiswa Presiden Bombay untuk melanjutkan pelajaran di dalam
bidang undang-undang di Cambridge pada 1895.
Bintang Abdullah Yusuf Ali semakin cerah apabila kejayaan
demi kejayaan dicipta di dalam pelajaran. Setelah menamatkan pengajian, beliau
diterima masuk ke Lincolns Inn, dan menduduki peperiksaan Perkhidmatan Awam
India (ICS) yang menjadi rebutan di kalangan bangsawan ketika itu. Abdullah
Yusuf Ali mendapat markah paling tinggi di dalam peperiksaan tersebut. Maka
tidak hairanlah, ketika usianya 24 tahun
beliau sudah menjawat jawatan tinggi.
Di sebalik kejayaan-kejayaan itu, tidak keterlaluan jika
dikatakan Abdullah Yusuf Ali hilang jati dirinya. Dia menjadi orang India
berjiwa British! Walaupun rupa parasnya orang Asia, tetapi beliau tidak malu
untuk mengabadikan diri kepada maharaja England sebagai jurucakap atau duta.
Malah menjadi boneka penjajah.
Apabila beliau diterima berkhidmat di dalam ICS sebagai
majistret, ia telah menguatkan lagi ketaatsetiaannya kepada Britain.
Sememangnya, orang seperti Abdullah Yusuf Ali yang dicari-cari oleh penjajah
untuk mengukuhkan empayarnya.
Ketaatannya yang membuta tuli digunakan oleh British yang
licik, tetapi akhirnya beliau dilupakan begitu saja. British menggunakan
pengetahuan, kebijaksanaan, nama dan hubungan baik Abdullah Yusuf Ali dengan
masyarakat bagi mencapai hasrat mereka. Tetapi apabila semuanya tercapai,
beliau disingkirkan.
Abdullah Yusuf Ali dilahirkan dengan bakat yang besar.
Beliau mampu mempengaruhi orang dengan ceramah-ceramahnya. Tulisan-tulisannya
yang berbau propaganda British, banyak disiarkan majalah-majalah ketika itu.
Ketika usianya 35 tahun, Abdullah Yusuf Ali dianugerahkan The Royal Society's
Silver Medal kerana buku pertamanya, Life and Labour of the People of India.
Bagi pihak British, Abdullah Yusuf Ali adalah prototaip
Muslim yang berjaya. Beliau menjadi contoh Muslim yang British mahukan, dan
Abdullah Yusuf Ali ternyata terlalu pasrah dengan cara penjajah sehingga kepada
kehidupan peribadinya.
PERKAHWINAN
KONTROVERSI
Pada 1900, Abdullah Yusuf Ali berkahwin dengan Mary Teresa
Shalder, di gereja Bournemouth. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat
orang cahaya mata; tiga lelaki, Edris (1901), Asghar Bloy (1902), Alban Hyder
(1904) dan seorang perempuan, Leila Teresa (1906).
Perkahwinannya dengan Teresa di gereja memang kontroversi
kerana ramai yang mempersoalkannya. Namun beliau ada alasan tersendiri, apa
yang dilakukannya itu adalah untuk membuktikan bahawa hatinya adalah untuk British.
Keluarga yang baru dibina tidak pernah dapat perhatiannya.
Beliau meninggalkan isteri dan anak-anak yang masih kecil di St. Alban pada
1907 untuk kembali ke India bagi menjalankan tanggungjawabnya. Tumpuan beliau
lebih kepada menyempurnakan tugas-nya di ICS.
Akhirnya rumah tangga yang masih muda tidak kekal lama.
Teresa mengambil keputusan mengikut lelaki lain kerana tidak tahan ditinggalkan
keseorangan memikul segala tanggung-jawab membesarkan anak-anak.
Tindakan isterinya itu cukup melukakan hati Abdullah Yusuf
Ali, sehingga beliau sering jatuh sakit dan banyak mengambil cuti sakit pada
tahun 1908. Teresa diceraikan selepas melahirkan anak luar nikah pada 1910.
Abdullah Yusuf Ali mendapat hak penjagaan kesemua anaknya, tetapi mereka
diletakkan di bawah pengasuh England. Namun selepas 10 tahun hidup
bersendirian, anak-anaknya mula menjauhkan diri, dan tidak boleh menerimanya
sebagai ayah.
Kekecewaan kerana keruntuhan rumah tangganya menyebabkan
Abdullah Yusuf Ali mengambil keputusan meninggalkan ICS. Apabila anak-anak
turut menjauhkan diri daripadanya, Abdullah Yusuf Ali berkahwin pula dengan
Masuma Gertrude Mawbey untuk mengisi kesepiannya.
Kali ini Abdullah Yusuf Ali tidak mahu pisang berbuah dua
kali. Beliau mahu tumpukan sepenuh perhatiannya kepada keluarga. Beliau kembali
ke India untuk memulakan hidup baru, dan mahu keluarga barunya dikelilingi
sanak saudara. Namun beliau tidak boleh menetap di India kerana jiwa-nya
sentiasa meronta untuk kembali ke England.
Selepas Masuma melahirkan Rashid pada 1923, Abdullah Yusuf
Ali membawa keluarganya kembali ke England. Beliau meneruskan usaha menterjemah
al-Quran di samping bergerak aktif di dalam aktiviti umat Islam di seluruh
dunia.
Pada masa yang sama beliau terus juga menterjemah al-Quran
hinggalah ia diterbitkan pada 1935. Hasil ter-jemahannya diiktiraf hingga ke
hari ini, dan paling banyak digunakan di England dan Amerika Syarikat.
Namun kegembiraannya tidak lama. Selepas melihat naskhah
terjemahan dibaca di seluruh dunia, beliau mengalami kekecewaan lagi. Beliau sepi, dan dalam kesepian itulah Abdul-lah
Yusuf Ali menulis sajak:
How
can I ever forget you,
Dear
young man of Lahore!
My
dreams were entwined in your future
Yours
was my love evermore
Did
you not lend me your heart throbs
Was not your happiness mine
Shared
we not working and playing
Ajoy
like breeze from the brine...
Melewati usia emasnya, Abdullah Yusuf Ali lebih banyak
memberi tumpuan kepada kerja kebajikan, dan mengikuti aktiviti masyarakat Islam
di seluruh dunia. Usahanya yang paling diingati ialah membiayai pembinaan
masjid di Edmonton, Kanada. Masjid itu dinamakan Masjid Rashid, sempena nama
anak bongsunya.
Beliau juga banyak menyumbangkan tenaga menjalankan
aktiviti di Masjid Shah Jahan di Woking, masjid di Commercial Road di timur
London, dan di Pusat Kebudayaan Islam di Regent's Park. Sehinggalah nafas
terakhirnya beliau masih terus menyumbang untuk Islam.
Dari Hadis Nabi:-
Apabila dipuji...
Sayidina Ali bin Abu Talib r.a. ketika
dipuji orang, selalu berdoa begini: "Ya Allah, ya Tuhanku! Ampunilah aku
terhadap segala yang mereka katakan itu, dan jadikanlah aku lebih baik daripada
apa yang mereka sangkakan."
Pernah Sayidina Umar Ibnu Khattab mendengar
seorang memuji orang lain, beliau lalu berkata: "Pernahkah engkau
berpergian bersama-sama orang itu?" Jawab si pemuji itu, "Belum
pernah." Berkata Umar lagi, "Pernahkah engkau membuat perjanjian atau
bermuamalah dengannya?" Kata orang itu, "Belum." Umar berkata
lagi, "Pernahkah engkau bersama-samanya pada pagi dan petang?"
Katanya, 'Tidak." Lalu Sayidina Umar berucap, "Demi Allah yang tidak
ada Tuhan melainkan Dia, akut tidak fikir engkau sudah benar-benar
mengenalinya."
Al-ISLAM
Februari 2009