Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

10 December 2014

Misteri Alam Jin oleh Ustaz Abdul Majid - AKRINE

Bolehkah Bercakap Dengan Jin?
Mistri Alam Jin
Oleh
Ustaz Abdul Majid

Ibnu Taimiyah menegaskan bahawa jumhur ulama sependapat bahawa jin boleh merasuki jiwa manusia, dan kemudian manusia tersebut tidak dapat mengawal lidahnya daripada memperkatakan sesuatu. Fenomena ini dinamakan kerasukan. Jin yang menguasai atau yang merasuk seseorng manusia itu membolehkan manusia tersebut bercakap dalam bahasa yang bukan loghat ibundanya.


Tiba-tiba sahaja dia bercakap dengan bahasa Arab yang fasih, sedangkan dia sendiri tidak tahu akan bahasa itu. Bahkan kerasukan juga boleh mengawal aktiviti manusia sehingga ada yang boleh bersilat, memanjat pokok sehinggalah aksi-aksi pelik yang lainnya.

Semasa kerasukan, seseorang itu berada dalam keadaan sedar tentang apa yang sedang berlaku tetapi tidak dapat mengawalnya, atau ada juga yang tidak tahu langsung apa yang terjadi. Ketika ini selalunya perawat atau orang di sekitarnya berdialog secara lisan dengan jin yang menganggu pesakit berkenaan.

Bagaimana  syariat Islam memandang dialog tersebut?

Hukum asalnya adalah mubah selama mana menjaga batasan-batasan syariat. Apakah batasannya?

Pertama, tidak boleh bertanya tentang masalah ghaib yang menjadi hak mutlak Allah S.W.T  seperti bertanya berkenaan rezeki, jodoh, usia dan sebagainya. Begitu juga hal jin itu sendiri kerana ia juga perkara ghaib. Tidak perlu bertanya keadaan fizikal jin, berapa matanya, tingginya dan sebagainya. Pertanyaan hanyalah terhad setakat agamanya, jantinanya dan Iain-Iain perkara yang ada penjelasan dalam al-Quran dan hadis.

Kedua, tidak boleh mudah percaya atau terus membenarkan apa yang dikhabarkan. Sebagaimana peristiwa jin mengganggu Abu Hurairah r.a. yang menjaga harta zakat. Jin itu berkata kepada Abu Hurairah, "Jika kamu hendak tidur bacalah ayat al-Kursi, kerana dengannya Allah sentiasa menjagamu dan syaitan tidak dapat mendekatimu sehingga pagi."

Maka Nabi bersabda, "Apa yang dikatakan olehnya adalah benar padahal dia itu pendusta. Dia itu adalah syaitan." (Riwayat al-Bukhari)

Ketiga, Para ulama membolehkan seseorang berdialog dengan jin yang merasuk tubuh seseorang apabila ia boleh membezakan (furqan) antara perkara yang hak dan yang batil. Contohnya jika jin itu mengaku sebagai roh seseorang atau kerabat si mati mahupun adakalanya sebagai tokoh tertentu (seperti Sheikh Abdul Kadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya), sedangkan hakikatnya itu adalah pembohongan kerana bertentangan dengan pandangan Islam berkenaan roh manusia setelah ia mati.

Keempat, tidak boleh meminta bantuan jin kerana dilarang oleh syariat atau berkompromi dengannya seperti melakukan penyembelihan, menghanyutkan ancak dan sebagainya yang merupakan perbuatan haram dalam Islam.

Perawat khususnya dan masyarakat amnya tidak perlu menjadikan dialog dengan jin sebagai suatu keutamaan sehingga tersebar luas kerana fenomena ini mempunyai nilai-nilai negatif seperti berikut:

►►  Boleh dimanipulasi menjadi lakonan orang yang yang mengaku sakit (tetapi sebenarnya tidak) sebagai jalan keluar daripada masalahnya. Sebagai contoh, seorang isteri yang dimadukan berpura-pura kerasukan dan dalam dialog itu menuduh madunya telah menyihir perempuan berkenaan.

►► Dialog-dialog ini akan membesar-besarkan dunia jin dengan kefahaman yang terkeluar daripada garis panduan Islam sehingga menimbulkan suasana cemas, ketakutan, bercelaru yang akhirnya menyebabkan tekanan perasaan berpunca daripada salah faham mengenai alam jin.

►► Dialog ini adakalanya menimbulkan fitnah dan permusuhan terutamanya jika jin itu mengaku bahawa ia adalah sihir yang dihantar oleh seseorang. Hati manusia walaupun zahirnya mengatakan tidak percaya tetapi sedikit sebanyak meninggalkan kesan dalam kehidupannya. Bayangkan jika jin itu mengatakan ia dihantar oleh jirannya sendiri, bagaimana sikapnya terhadap jiran walaupun ia tidak yakin akan maklumat itu?

►►  Dialog juga menyebabkan jin lebih lama berada di dalam tubuh orang yang kerasukan sehingga ia bertahan lebih lama kerana dialog yang berpanjangan.

Kesimpulanya, dialog itu bukanlah suatu yang penting atau mempunyai nilai maklumat. Bahkan ada kalanya ia membuang masa. Dialog yang terbaik ialah mengajak jin itu menganut agama Islam lalu menyuruhnya menjadi jin yang baik. Dialog juga tidak bermaksud untuk mengetahui tentang alam jin tetapi tertumpu kepada usaha- usaha mengeluarkannya serta penyembuhan kepada orang yang diganggu.


Ustaz Abdul Majid Hasan (http://akrine.blogspot.com)
Seorang pengamal perubatan Islam dan penaung Persatuan Perubatan Islam Nur Ehsan Malaysia (AKRINE). Beliau juga adalah Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS)   dan mengetuai Unit Penyelidikan dan Pendidikan MPS.


Q&A  Isu 27