FIQH
AN-NISA’
Soal
Jawab Bersama :Ustazah Maznah Daud
Soalan:
Adakah
dibenarkan seorang wanita untuk menyambung
atau menanam rambut bagi tujuan perubatan?
Jawapan:
Menanam
(transplan) rambut bagi tujuan perubatan adalah
harus. Akademi Fiqh Islam di bawah naungan Pertubuhan Persidangan lslam
yang berlangsung pada 9 hingga 14
Julai
2007 di Malaysia, memutuskan bahawa
harus membaik pulih kecacatan yang mendatang seperti kesan kebakaran,
kemalangan, penyakit dan lain—lain. Antaranya
ialah menampal kulit, menanam rambut dan sebagainya.
Sheikh
Muhammad bin ‘Uthaimin berkata: “Menanam
rambut untuk merawat botak adalah harus kerana ia termasuk bab mengembalikan
sesuatu kepada keadaan asal ciptaan Allah dan menghilangkan kecacatan. “ la
tidak termasuk dalam bab menambah
atau mengubah ciptaan Allah.”
Beliau
juga bersandar kepada hadis yang mengisahkan tentang lelaki botak yang meminta
dikembalikan rambutnya. Sebahagian teks hadis adalah seperti berikut:
“Sesungguhnya
tiga orang daripada kalangan Bani Israel yang tediri daripada si sopak, si
botak dan si buta. Allah hendak menguji mereka. Lalu Dia mengutuskan satu malaikat (diringkaskan) Malaikat datang menemui si botak dan
bertanya, "Apa yang paling engkau sukai?” Si botak menjawab, “Rambut yang
cantik dan hilang botak yang menyebabkan manusia memandarig jijik kepadaku. ”
Lalu malaikat menyapu kepalanya, maka hilanglah botak pada kepalanya dan
diberikan rambut yang cantik...” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Menyambung
rambut dengan rambut lain supaya kelihatan lebih lebat dan panjang yang
dilakukan dengan cara:
O
Menyambung rambut yang pendek dengan rambut orang lain.
O
Menyambung rambut yang pendek dengan rambut sendiri yang telah digunting.
O
Menyambung rambut yang pendek dengan rambut palsu. 9 Memakai rambut palsu.
Ulama sepakat bahawa menyambung rambut dengan rambut, sama ada
rambut orang lain atau rambut sendiri yang telah dipotong adalah haram
berdasarkan nas-nas berikut:
Daripada
Abu Hurairah r.a. Nabi bersabda,
mafhumnya: “Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan yang meminta
disambung, yang membuat tatu dan yang minta dibuatkan.” (Riwayat al-Bukhari dan
Muslim)
Daripada
Aisyah nanha, beliau menceritakan bahawa seorang gadis Ansar telah berkahwin . Maka dia jatuh
sakit sehingga rambutnya gugur dengan banyaknya. Keluarganya bertanya kepada
Rasulullah tentang hasrat mereka untuk
menyambung rambut gadis tersebut. Baginda bersabda, mafhumnya: “AI/ah me/aknat
perempuan yang menyambung rambut dan minta disambungkan. " (Riwayat
al-Bukhari dan Muslim)
Menyambung
rambut dengan sesuatu yang bukan rambut seperti tali, benang, bulu, sutera dan
sebagainya tidak haram kerana ia tidak menyerupai rambut. la dipakai bukan
untuk tujuan memanjangkan rambut, sebaliknya sebagai
satu bentuk perhiasan dan mencantikkan.
Memakai rambut palsu yang direka benar—benar menyerupai rambut juga
haram hukumnya sama ada dengan menyambung pada rambut sedia ada atau
disarungkan di atas kepala melindungi rambut asal yang sedia ada.
Mutiara
kata: “Orang yang bijak tidak akan terpeleset oleh harta, dan maski terpeleser., dia akan terap mendapaikan pegangannya .
" (Abdullah bin Abbas)
Q&A – ISU
#29