YOU ALL KENA OPEN
MINDED!
BUKAN semua orang suka dengan Mastika. Kata mereka Mastika
kolot. Konservatif. Ini tak boleh, itu tak boleh. Mereka mahu Mastika open minded.
Dunia sudah berubah, kita perlu lebih
terbuka.
Mereka mahu Mastika bukakan fikiran terhadap gaya
hidup baru masyarakat Malaysia. Masyarakat baru yang open minded, ibu bapa yang
sporting dan memahami hak hak asasi anaknya. Ah... bentuk keluarga macam mana yang
mereka maksudkan ini? Mastika perlu
memahaminya.
Gambar Hiasan
Lalu, Mastika yang kolot lagi kuno ini menghantar
wartawan, Shamran Sarahan ke Sabah untuk diceramahkan oleh seseorang tentang
definisi sebenar keluarga open minded ini. Nama orang yang ceramahkan Shamran
itu ialah Rita..,
Rita anak orang berada. Bapanya businessman,
ibunya pula seorang pengurus sebuah
syarikat swasta di Kota Kinabalu, Sabah. Rita tinggal di sebuah apartmen mewah
di sekitar Luyang, Kota Kinabalu.
“Tak payah buka kasut, come in!” ‘ sapa Rita pada Mastika sewaktu kami datang ke rumahnya pada hujung minggu awal
Disember lepas, kira kira pukul 3.00 petang. Rita baru berusia awal 20an,
berbangsa Sino Kadazan. Gadis ini cantik,
berkulit putih, dan masih menuntut di sebuah universiti tempatan di Sabah.
Seorang wanita separuh umur, berbaju tanpa lengan
dan seluar pendek yang berada di ruang tamu melambai pada kami. Wanita itu ibu
Rita. "Dont be shy, come". I " pelawa ibu Rita. Kami berpelukan
sambil berlaga laga pipi.
“Kamu mau minum apa? Liquor, beer, or soft
drink.” tanya ibu Rita sambil memimpin kami ke sebuah bar kecil yang terdapat
di rumahnya.
Di bar
tersebut terdapat bermacam- macam jenis arak. Cognac, wine, scotch dan whiskey,
semuanya ada. Semuanya mahal mahal belaka. Memang sesuai dengan rumah mereka
juga, lengkap dengan perabot import, home theatre dan barang-barang antik.
Semuanya barang—barang mahal
“Kamu mau try, Single Malt Scotch Whiskey! Bowmtore,
aged 30 years. Daddy saya beli kat Europe last month. Mahal tau daddy beli,
lebih 200 euro. Nak try?” soal Rita. Kami difahamkan juga, bapa Rita sekarang
berada di Singapura, ada urusan perniagaan.
“Trylah,
best tau whiskey ni!” pelawa Rita Iagi. Tapi, kami menolak. Bukan apa, kami tak
pandai minum arak. Rita tersenyum kecil, kemudian meletakkan kembali arak tadi
ke rak yang terdapat di situ. Kami diberikan segelas minuman ringan,
Coca—cola.
“Okay... apa cerita yang kamu mahu buat? Saya tak
tau apa mau cerita! Saya tak readylah. Just tell me, apa cerita kamu mau tau?”
tanya Rita.
Mastikaa memberitahu Rita, ceritalah apa-apa
saja, lagi bagus kalau pasal hidup Rita sendiri, atau famili Rita?
“What??” Rita terkejut benar.
Ibu Rita yang duduk bersama kami bangkit dari
tempat duduknya sambil tersenyum. Tidak lama kemudian, ibu Rita keluar rumah
bersama dua kanak- kanak lelaki, adik Rita. Mereka sengaja membiarkan kami
tinggal berdua di rumah tersebut.
"You
want to write about my life... and, my family’s.?" balas Rita sambil
ketawa kecil.
Apa—apa saja,.. pasal Rita?
Rita terdiam. Keningnya terjongkang—jongket,
mungkin Rita masih tidak faham. Kami pun beritahu, sabenarnya Mastika nak
dapatkan maklum balas dari Rita berkaitan SMSnya yang diberikan pada kami tidak
lama duiu.
“OOOo0oooo...! Yang itu!” Rita mula faham maksud
kami berjumpa dengannya.
“Yalah... Mastika selalu keluarkan isu gejala sosial
orang Melayu, for me itu perkara biasa. Zaman dah berubah, kita
kena ikut perkembangan zaman. Remaja sekarang bukan terikut kawan- kawan tetapi
ibu bapa mereka juga berfikiran terbuka,” ulas Rita tentang SMSnya.
Sambung Rita lagi, “Actually, family saya memang
bagi saya kebebasan sepenuhnya. Lifestyle family saya memang macam tu, but it's
not a big issue, okay. Kita orang moden, bah! Apa mau hairan?” keras suara Rita. Tergamam sekejap
Mastiku.
Rita terus
mengomel-ngomel. Sampai tak dapat kami nak bersuara. Sekejap Rita cakap Melayu,
sekejap cakapi Inggeris, tiba tiba pula cakap Kadazan. Kami tak faham. Tapi, Rita ada sebut pasal
black metal, murtad, anak haram, kelab malam dan …….
“sekasang, you all nak buat pasalt independent
family pulak. Keluarga yang hidup bebas, boleh buat macam- macam! Begitu, kan?
Kita kena berfikiran terbuka. You all juga kena berfikiran terbuka,” tegas Rita.
Serius betul suaranya.
Gadis bertubuh langsing ini terus sahaja
bercakapi. Tidak berhenti henti. Susah
betul kami hendak mencelah. Rita tidak setuju dengan pendedahan Mastika tentang
gejala sosial yang berlelua sa sekarang.
Rita memberikan contoh dirinya sendiri, ibu bapa
Rita sendiri memberikannya kebebasan mutlak. Kata gadis ini, dia tak pernah
dilarang hisap rokok dan mengambil minuman keras sejak berusia 16 tahun lagi.
Nak masuk disko pun tak dilarang.
Bahkan, Rita tidak pernah ditegur kalau hendak
bergaul bebas dengan lelaki. Dakwa Rita, dia selalu bermalam di rumah teman
lelakinya, Bab seks, ibu bapanya tidak pernah timbulkan. Bila begitu, kata
Rita, bererti dia tak dilarang berbuat demikian.
“Daddy dan mama tak pemah tanya pun! Actually,
parents saya tak kisah, asal saya jangan mengambil dadah dan mengandung anak
luar nikah. Walau- pun begitu, pelajaran saya tak pernah abaikan. Saya dapat
keputusan cemerlang dalam peperiksaan,” jelasnya.
Rita kemudian mengambil sebotol , arak, Chivas
Regal Revolve Scotch Whiskey dari rak arak tadi. Rita menuang arak itu ke dalam
sebiji gelas kecil, sedikit saja, kemudian dicampurkan ‘dengan sedikit Coca cola.
Pllluuupp..! ‘ Rita meneguk arak tersebut sekali harung.
“Kamu
tengok mama saya tadi, sporting, kan? I'm proud of her,” tambah Rita. Muka
gadis ini mulai keemerahan, matanya berair. Rita membakar sebatang rokok, dan
menghisapnya. Berkepul-kepul asap keluar dari mulut Rita.
Kami ambil kesempatan bertanya, mungkin daddy dan
mama Rita, terma suklah abang dan kakaknya tak marah sebab dia orang tak mahu
ambil peduli denganya?
Rita langsung meninggi suara, “Nooo...!” bentak
Rita. Dia bangun lalu mengambil setin bir dalam peti ais yang terletak
berhampiran bar tersebut.
“My parents love me so much. Saya adik-beradik
lima orang. Saya anak ketiga. Abang tak
pernah marah. Kakak pun sama. Macam mana lewat seka1 pun saya balik dari
clubbing dalam keadaan mabuk, daddy dan mama tetap buka pintu rumah untuk saya.
Daddy sekadar menasihatkan saya supaya ja ngan terlalu kerap minum arak, takut
jadi ketagih," jelas Rita sambil menghirup bir tadi sedikit-sedikit.
Sambung Rita lagi, “My parents, actually, cukup
faham dengan saya. Remaja macam saya ni perlukan entertainment juga. Takkan nak
terperap kat rumah aja. Boringlah! Lagipun, kami bukannya nak rosakkan diri
sendiri. Just nakkan hiburan. Release tension!” katanya.
Mastika ajukan pertanyaan lagi, takkan tak ada
had dan batas-batas pergaulan? Famili macam mana pun kena
bertanggungjawab?
“I tell you already, zaman dah berubah! Orang
sekarang dah tak macam dulu lagi, dah berfikiran terbuka Ramai lagi ibu bapa lain sama seperti ibu bapa
saya. For me, remaja perempuan yang merokok, ketagih arak dan seks seperti saya
adalah perkara biasa,” balas Rita serius.
Famili Rita pun sama, ke?
“Yessss! Mama still clubbing. Some times, saya
ikut mama sekali. Kakak saya pun join. Lah... bukan buat apa- apa pun. Kita
orang just minum, lepas tu menari. Agak agak
dah lewat, balik rumahlah. Daddy tak clubbing, tapi daddy suka pergi karaoke.
Kalau ada masa free, kita orang pergi karaoke satu famili. Daddy belanja
‘minum’.
“Daddy saya, you know, adalah bapa paling bagus
sekali dalam dunia ni! Daddy selalu buat parti untuk kita orang tau! Especially
time birthday kami adik beradik. Daddy always nak tengok kita orang happy. Saya
sayang sangat kat daddy!” jelas Rita bangga.
Rita menerangkan pada kami, masalah sosial seperti
seks bebas, anak haram dan macam macam lagi, sebagaimana yang pernah
digemburkan dalam Mastika, takkan timbul kalau masyarakat boleh menerima cara
hidup demikian. Terutamanya ibu dan bapa, mereka harus terbuka.
“Sebab tu, saya tak hairan sangat kalau you all
tulis cerita cerita macam tu. Saya tak rasa apa apa! Kalau you all accept apa
yang dia orang buat, everything will be okay, right! Tak payahlah nak ganggu
dia orang!” cadang Rita sambil tersenyum, kepalanya mengangguk-angguk.
Tapi, kami kurang bersetuju! Kami jelaskan
pendirian Mastika, kami ada lah wadah bacaan masyarakat, bukan nak galakkan maksiat
dan mempromosikan cara hidup Barat yang terlalu bebas! Kita masyarakat
berbudaya dan ada agama, tegas kami.
Rita menengking kami pula, “Thats why Mastika
kena open—minded.' Jangan lah nak campur adukkan sosial dengan agama!
Susahlah!” jawabnya serius.
Dalam soal ini, Rita ada pendirian sendiri. Alasannya mudah, agama dan sosial
seseorang tiada kaitan. Agama soal lain! Misalnya, terang Rita, orang putih
maju sebab tidak kaitkan agama dalam hidup mereka. Orang Barat jadi masyarakat modern sebab mereka sekular,
katanya.
“Daddy
saya Islam. He still follow ajaran Islam. Kadang-kadang saya tengok daddy pergi
juga sembahyang Jumaat. Daddy ingat jugak pasal agama Saya pun sama. Tak lupa
agama. Walaupun saya dah convert jadi Kristian tapi saya tak lupa ajaran agama.
“Actually,
in my family, ada yang; Islam, ada yang Kristian. Daddy, abang dan kakak saya
still Islam. Saya pula ikut mama. Mama
dulu Islam, tapi sekarang dah masuk Kristian balik. Saya dan dua orang adik
saya ikut mama. But, we still together. Yang penting kami respect each other!”
jelas Rita lagi.
Rita ceritakan pada kami, ibu bapanya bercerai
dua tahun yang lepas, Mengapa orang tuanya bercerai, Rita tidak mahu jelaskan.
Private, katanya. Walaupun begitu, mereka sekeluarga masih lagi duduk
sebumbung. Hidup pun bahagia
“So far
okay. Saya dapat kasih sa yang secukupnya dari dia orang. Selagi kami gembira
dalam satu keluarga, saya . fikir itu tak
jadi masalah. Yang penting kami bahagia. Agama, agama. Life,‘ life,” tegas
Rita. Kami cuba cuba pula bertanya, tak adakah
orang yang mengata? .
“Who cares???”
sentak Rita. “Daddy dan mama tak susahkan orang lain, So, tak payahlah nak
masuk campur urusan dia orang suami
isteri. Dia orang masih take care dengan kami adik-beradik! Masih
bertanggungjawab! Sekurangangnya daddy dan mama berto1eransi. Saya tak rasa tu
satu problem!” terangnya lanjut.
Setakat ini, kata Rita, kehidupan mereka
sekeluarga lebih bagus dari dulu! Masa raya, mereka boleh sambut. Bila krismas
pun boleh sambut. Dua dua boleh Itu tak masuk lagi nak sambut parti hari jadi,
sambut tahun baru, Pesta Kaamatan dan macam—macam lagi.
“Bila daddy balik dari Singapore nanti, daddy dah
janji nak plan buat rumah terbuka. Maybe kita orang buat time new year nanti. Kira orang nak sambut
Raya Haji, Krismas dan New Year sekali. On that day, saya nak buat parti dengan
kawan kawan. Kalau kamu nak join , call saya aja! Kamu boleh bawa kawan kawan,” ajak Rita kepada Mastika.
Rita juga memberitahu, sekarang dia gembira
dengan agama barunya, Kristian. Tak banyak peraturan, katanya. La gipun, bagi Rita, agama tersebut lagi
moden, macam orang Barat. Rita suka sebab dalam agama tersebut, dia sekarang
lagi open minded.
“Kalau saya rasa dah banyak dosa, saya jumpa aja
paderi, minta pengampunan!” kata Rita.
Rita menghabiskan setin bir yang diminumnya dari tadi. Kemudian dia me ngambil lagi setin bir
dari peti ais di situ. Hampir dua jam kami bersembang sembang, akhir sekali,
Rita menegaskan dia cukup berbangga dengan hi dupnya sekarang. Kalau nak jadi
masyarakat moden, bagi Rita, kita harus terbuka. Masyarakat Barat hidup bebas,
tapi maju.
“ltulah saya hendak bagitau Mastika, sekarang
bukan macam dulu lagi, orang sekarang dah berfikiran terbuka. Kita janganlah
jadi kolot. Itu ini tak bolehl Macam mana kita nak majul” kata Rita.
Itu baru
seorang yang ceramahkan soal hak asasi dan open minded kepada Mastika. Ada
ramai lagi spesies seperti Rita
antaranya Zack...
Mastik Februari 2007