Studio Iman
Soal Jawab
Bersama Jabatan Agama Islam Selangor
Untuk interaksi:
editor@siasah.com.my
Cara
merapatkan silaturrahim antara anak dan bapa
SOALAN:
Bagaimana cara untuk mendekatkan silaturrahim
antara anak dan bapa. Jika bapa tidak
ambil berat tentang anaknya dan tidak kisahkan tentang anaknya sehingga anak
tersinggung dengan perilaku bapanya.
Keadaan ini semakin parah apabila ibu dan bapanya berpisah.
JAWAB:
Dalam Islam amat wajib menghormati dan mengasihi
kedua ibu bapanya, tidak
dibenarkan derhaka dan menyakiti hati mereka. Besar
dosa anak derhaka sehingga Nabi s.a.w menyatakan anak derhaka tidak mencium bau
syurga.
Kenapa ibu bapa yang bersikap demikian?
Mungkin ada beberapa keadaan si anak telah
melakukan sifat biadab dan menyinggung hati kedua ibu bapanya. Setiap ibu bapa
tidak akan bersikap dingin dengan anak anak sekiranya anak anak mereka tidak
melakukan susuatu yang menyinggung perasaan hati mereka. Anak anak sekarang
kurang adabnya bila berhadapan dengan
kedua ibu bapanya. Ini kerana terbawa bawa dengan cerita dalam filem atau drama
yang bersikap kasar dan kurang ajar dengan ibu bapa mereka.
Jika ibu bapa berpisah si anak tidak boleh
bersikap berat sebelah, kerana urusan ibu bapa adalah urusan mereka dan si anak
kena berlaku adil kepada kedua duanya. Ziarah kedua duanya. Perlu ada sifat
hormat anak kepada kedua ibu bapa. Jangan putuskan silaturahim kerana jika
silaturahim diputuskan berdasarkan hadis Nabi s.a.w tidak akan masuk syurga sesiapa memutuskan
silaturahim.
Fikirkan cara cara yang terbaik untuk hubungkan semula silaturahim yang telah
terputus. Keberkatan hidup anak adalah bergantung kepada keredaan kedua ibu
bapa mereka. Jika si anak rasa dia betul
dan ibu bapa mereka salah, si anak tetap tidak boleh memutuskan silaturahim,
dan jangan marah kepada kedua dua ibu bapa mereka, perlu ingat siapa yang
melahirkannya dan siapa yang membesarkan si anak dari kecil hingga dewasa, dan
sekolahnya hingga berjaya dalam hidup.
Majalah Siasah
07 – 20 Jun Mei 2013
m/s 36