Anda Musykil
Oleh:
Muhd. Zaidi Ramli
Istigfar wajib atau sunat
SOALAN:
Saya
dibesarkan di kalangan keluarga yang bolehlah dikatakan mempunyai pegangan agama
yang kuat. Di samping amalan fardu saya diasuh untuk
melaksanakan amalan amalan sunat yang lain.
Di sekolah saya
diberitahu antara amalan sunat itu ialah istigfar. Tetapi di rumah, keluarga saya menyatakan
bahawa Istigfar itu wajib.
Saya keliru, jika wajib mengapa berdosa jika saya tinggalkan. Apa pandangan Ustaz?
JAWAPAN:
Alhamdulillah
kerana saudari dibesarkan di kalangan keluarga yang kuat pegangan agama. Pegangan yang kuat terhadap agama banyak
membantu kita untuk mendapatkan kesejahteraan, kebahagian dan jauh dari masalah
semasa hidup di dunia ini. Istigfar
adalah satu amalan yang dilaksanakan bagi memohon keampunan di atas setiap
dosa. Ini bermakan Istigfar adalah salah
satu bentuk amalan daripada amalan amalan taubat. Amalan amalan lain termasuklah solat sunat
taubat, puasa taubat dan melakukan kebajikan dan ketaatan yang diperintahkan Allah.
Hukum melafaskan Istigfar adalah sunat.
Taubat
pula hukumnya adalah wajib. Taubat bermaksud menyesal dengan dosa dilakukan,
memohon keampunan Allah, berazam tidak mengulangi dosa tersebut dan menampalnya
melakukan amalan kebajikan. Taubat itu
menjadi wajib kerana tanpa taubat kita akan mendapat azab daripada Allah s.w.t.
Perbuatan meninggalkan taubat dalam kehidupan adalah berdosa kerana bertaubat itu
adalah wajib.
Justeru
kita diminta untuk bersegera bertaubat secara nasuha sama ada yang kecil atau
dosa dosa besar. Taubat yang ikhlas akan
menghapuskan dosa yang telah di lakukan. Menagguhkan taubat membawa musibah
kepada kita, dan dibimbangkan kita sampai ajal dalam keadaan tidak sempat untuk
bertaubat.
Al
Islam Oktober 2010