Anda Musykil
Oleh:
Muhd. Zaidi Ramli
Lakukan
Kebaikan Tanpa Redha Dan Sedekah Fatihah
SOALAN:
Assalammualikum.
Ustaz saya nak bertanya tentang 2 perkara
1. Sesuatu
kejadian yang kita tak reda. Contoh belanja orang lain makan atau
sebagainya. Hati tak reda sebab buat
kerana terpaksa, tetapi kita cuba meredakannya.
Ini kerana, duit tetap keluar. Kita juga mengetahui bahawa perbuatan
kita itu tidak mendapat sebarang kebaikan pun kalau buat begitu. (Tidak dapat
pahala) Dalam hal ini, adakah Allah menerima “kebaikan” yang kita lakukan
walaupun dalam keadaan CUBA meredakan?
2. Saya ingin
bertanya mengenai doa kepada ibu bapa yang sudah meninggal. Tiap kali selepas solat, kita disarankan
supaya mendoakan kesejahteraan roh mereka. Misalnya menyedekahkan Al-fatihah
untuk mereka. Adakah doa ini akan sampai
kepada mereka?
Seri
Sufida
JAWAPAN:
Pertama, amalan
belanja orang lain makan adalah amalan yang harus. Kita akan memperolehi pahala jika diniatkan
untuk mendapatkan ganjaran daripada Allah.
Niat pula hendaklah disertakan semasa kita melaksanakan amalan itu. Tanpa niat kita tidak akan mendapat apa apa
ganjaran. Cuma kita akan dapat menjalinkan hubungan persaudaraan, menghindarkan
permusuhan dan sebagainya. Justeru,
amalan saudara itu walaupun tidak mendapat apa apa ganjaran daripada Allah
kerana tidak berniat sebagai sedekah namun ia tetap bermanfaat dari aspek
duniawi.
Sebagai orang
yang beriman, kita mesti mengambil peluang pada bila bila masa untuk meraih
ganjaran Allah dengan melakukan segala amalan yang bermanfaat dan selari dengan
tuntutan syarak. Oleh itu cubalah kita berlatih untuk sentiasa berniat kerana
Allah bila melakukan amalan amalan sedemikian.
Kesedaran
saudari ini juga merupakan suatu bentuk amalan yang terpuji. Mengakui kesilapan
dan merindui kasih sayang Allah adalah amalan hati yang mulia. Mudah mudahan
saudari akan dirahmati Allah.
Kedua, Amalan
anak Adam akan terputus disebabkan kematiannya.
Hanya tiga perkara lain yang dikecualikan iaitu: sedekah jariah yang
dilakukan semasa hidupnya, ilmu yang diajarkan olehnya lalu dimanfaatkan oleh
manusia dan anak soleh yang mendoakan.
Perbuatan
saudari berdoa, bersedekah fatihah dan menghadiahkan ganjaran amal baik yang
dilakukan untuk kedua dua ibubapa yang telah meninggal duania akan dapat
dinikmati oleh mereka. Mereka akan sentiasa mendapat rahmat Allah kerana doa
dan amal bakti yang dibuat oleh anak anaknya yang soleh. Alangkah beruntungnya
kedua dua ibu bapa anda kerana mempunyai anak yang solehah seperti ini. Mudah
mudahan Allah akan memberikan saudari zuriat yang standing atau lebih baik
daripada saudari. Amin
Al Islam Ogos 2009
m/s 80-81
Ruangan ini dikendalikan oleh Mohd.
Zaidi Ramli. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan
Keluarga Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan. Sekiranya pembaca mempunyai sebarang
kemusykilan agama, sila kemukakan soalan soalan ke alamat zaidi71_fnr@yahoo.com atau shamsinor-uksb@yahoo.com.my
|