Anda Musykil
Oleh:
Muhd. Zaidi Ramli
Menuntut
Ilmu Dengan Jin
SOALAN:
Ustaz, saya nak
tahu bolehkah jin mengajar manusia ilmu yang diharuskan syarak, iaitu ilmu ilmu
boleh memberi manfaat dan tidak memudaratkan.
Apakah hukumnya? Selain itu, bolehkan ilmu itu dipraktikkan dalam
kehidupan manusia? Harap ustaz boleh jelaskan mengenai hal ini. Kalau boleh, senaraikan buku buku yang boleh
saya jadikan rujukan.
Mohd.
Alif Haiqal
JAWAPAN:
Jin adalah
makhluk yang wujud dan diciptakan oleh Allah.
Ada jin yang Islam, jin yang
Islam tetapi berpelakuan jahat dan lalai
dan jin boleh berinteraksi dengan manusia sebagaimana yang diriwayatkan oleh
ramai periwayat hadith. Jin juga ada
yang mempunyai ilmu yang baik baik serta hikmah, dan ada juga yang mempunyai
ilmu hitam seperti sihir dan lain lain.
Kita boleh
mendapat ilmu yang baik baik daripada mereka.
Namun adalah lebih baik kalau kita dapat mempelajari ilmu daripada
kalangan manusia sendiri. Ilmu bukan
hanya untuk nampak hebat tetapi ilmu adalah untuk memastikan kita memperolehi
panduan untuk menjalani kehidupan harian agar diredai Allah. Kita juga perlu menyedari, kadang kadang kita
tersalah dalam mengamalkan ilmu yang kita pelajari. Justeru kita perlu merujuk semula kepada
guru. Inilah mungkin kesulitan jika kita
berguru dengan jin yang tidak nyata.
Apa yang lebih
membimbangkan jika kebaikan jin itu merupakan tipu muslihat mereka untuk
memperdaya dan menguasai kita. Sebab
itulah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 21 September
1995 telah membuat beberapa ketetapan berkaitan hal ini. Antaranya jawatankuasa
berkenaan mengharamkan kita belajar daripada jin berkaitan ilmu sihir dan
nujum, ilmu rawatan yang boleh membawa syirik, bersahabat dengan mereka untuk
melakukan perbuatan yang jahat dan mendapat ilmu kuat dan sebagainya.
Saudara boleh
membaca buku buku yang pernah diterbitkan dan ada di pasaran berkaitan hal seperti karya Syeikh Umar Sulaiman al-Asyqar
yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.
Al Islam Ogos 2009
m/s 80-81
Ruangan ini dikendalikan oleh Mohd.
Zaidi Ramli. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan
Keluarga Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan. Sekiranya pembaca mempunyai sebarang
kemusykilan agama, sila kemukakan soalan soalan ke alamat zaidi71_fnr@yahoo.com atau shamsinor-uksb@yahoo.com.my
|