Anda Musykil
Oleh:
Muhd. Zaidi Ramli
Perlukan berwuduk jika memegang
tafsir?
Assalamualaikum
ustaz,
Kita
wajib dalam keadaan berwuduk jika ingin membawa al-Quran atau membaca al-Quran.
Soalan saya bolehkah saya memegang al-Quran tafsir dalam keadaan tidak
berwuduk?
JAWAPAN:
Hukum berwuduk ketika membaca al-Quran adalah sunat. Justeru
orang yang berhadas masih boleh membaca al-Quran selagi mana tidak menyentuh
mushaf al Quran berkenaan. Tetapi jika
ingin menyentuhnya atau membawa mushaf
al-Quran maka wajiblah berwuduk kecuali di dalam keadaan terpaksa seperti
mengalihkan al-Quran daripada laluan orang ramai yang dihuatiri akan dipijak
oleh mereka.
Wajib
berwuduk ketika memegang al-Quran berdasarkan dalil al-Quran dalam surah
al-Waqi’an ayat 79 yang bermaksud, (al-Quran) Yang tidak disentuh melainkan
oleh para makhluk yang diakui suci dan bersih.”
Lagipun memuliakan al-Quran adalah wajib
justeru tidak dianggap memuliakan al-Quran jika memegangnya dalam keadaan
berhadas sama ada hadas kecil mahupun hadas besar.
Sunat
berwuduk jika membawa al-Quran tafsir di mana kandungan tafsirnya lebih banyak
berbanding ayat al-Quran. Ketika ini
kita tidak diwajibkan berwuduk, namun kita diharamkan untuk menyentuh ayat
al-Quran tersebut seperti menyentuh untuk tujuan menunjuk ayat dan sebagainya.
Ruangan ini dikendalikan oleh Mohd.
Zaidi Ramli. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan
Keluarga Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan. Sekiranya pembaca mempunyai sebarang
kemusykilan agama, sila kemukakan soalan soalan ke alamat zaidi71_fnr@yahoo.com atau shamsinor-uksb@yahoo.com.my
Al
Islam Oktober 2010