Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

26 May 2017

Surah Al Baqarah: ayat 183: Kamu diwajibkan berpuasa


SOAL JAWAB Dr. Rozaimi: Kenduri arwah (Bahagian 1)!


0:01 - Hadis Tentang Imam Mahdi?



Terlampau banyak riwayat berkenaan dengan Imam Mahdi ini
sehingga hadis bertaraf mutawatir.


Kenapa Bukhari dan Muslim tidak keluarkan
hadis-hadis Imam Mahdi? Imam Bukhari dan Muslim bukan hendak kumpul semua
hadis. Bukan bermakna hadis Imam Mahdi tidak sahih.




2:01 - Kenduri arwah? Buat majlis tahlil?



Majlis tahlil merupakan kaifiyat bacaan. 4 mazhab mengatakan
makruh buat kenduri arwah. Sebahagian ulama' ada yang mengatakan haram.


Kalau hendak menghidupkan sunnah, maka kita kena
raikan tuan rumah dengan menghidangkan makanan kita kepada tuan rumah.

25 May 2017

Fiqah amali : Perbezaan Mahram Muhrim

Fiqah amali
Ustaz Mohd. Fadzli Al Yamani

Perbezaan Mahram dan Muhrim

Ramai masyarakat kini termasuk saya masih keliru dengan perbezaan antara perkataan mahram dengan muhrim. Mohon penjelasan ustaz untuk membasmi kejahilan kami.

Jawapan: 

 merupakan perkataan bahasa Arab yang terdiri daripada empat huruf, tetapi memberi dua makna yang berbeza. Perbezaannya berlaku setelah diletakkan baris kalimah tersebut, sama ada   
  atau   

Fiqah Amali : Adik Menjadi Wali

Fiqah amali
Ustaz Mohd. Fadzli Al Yamani
Adik Menjadi Wali

Memandangkan ayah kami telah meninggal dunia pada tahun lepas, bolehkah pihak kami menjadikan adik lelaki kami yang berusia 18 tahun sebagai wali kepada kakaknya? Atau, mestikah kami mencari wali daripada anak saudara sebelah arwah ayah untuk majlis akad nikah pada hujung tahun ini?


23 May 2017

Hadi Syaban: Ramadan Song

Soal Jawab: Iblis itu dicipta dari api tapi kenapa ditempatkan dineraka yg berapi?

Soalan:
Assalamualaikum, ustaz yang dirahmati Allah,
Saya mahu bertanya, jika iblis diciptakan dari api, lalu mengapa dia juga ditempatkan di neraka yang dibuat dari api yang panas? Jazakumullah ustadz atas jawapannya.


Jawapan:
Waalaikumussalam Wr Wb ; Saudara Gusti Eni yang dimuliakan Allah swt
Telah diketahui bahawa Allah swt menciptakan iblis dan jin dari api, sebagaimana disebutkan didalam firman-Nya yang menceritakan tentang iblis:



22 May 2017

Lapan Bulan Berlalu : Al Fadhil Ustz Syed Mohd Fadzli Al Yamani telah kembali ke rahmatullah


Semuga ALLAH menempatkan roh arwah dikalangan hambaNYA yang beriman

Beribadahlah kepadaNYA semata mata - Surah Al-A'raf 29



Soal Jawab Solat: Imam menghadap kiri makmum : Ustaz Mohd. Fadzli Al Yamani

Soal Jawab Solat
Ustaz Mohd. Fadzli Al Yamani

Imam Menghadap Kiri Makmum
Pada suatu hari, saya agak terkejut kerana imam memusingkan badannya ke arah kiri makmum setelah memberi salam, walhal kebiasaannya imam mengiring ke arah kanan. Apa hukum bagi perbuatan tersebut dan apa praktikal sunnah Nabi s.a.w. berkenaan kedudukan imam selepas salam?

Jawapan: Kedudukan imam setelah memberi salam berada di arah kiri makmum adalah betul dan tidak menyalahi sunnah.


Subhanallah Ya Al Khabir


17 May 2017

Soal Jawab Solat: Angkat Tangan & Jari : Ustaz Mohd. Fadzli Al Yamani

Soal Jawab Solat
Ustaz Mohd. Fadzli Al Yamani


Angkat Tangan dan Jari

Bilakah kita disunatkan untuk mengangkat tangan ketika solat dan bagaimana kaifiat yang yang betul? Apa hukum jika kita mengangkat tangan di tempat yang tidak disunatkan? Bagaimana pula kedudukan jari dalam solat?

Jawapan: Mengangkat tangan adalah salah satu daripada sunat hai'ah. Hikmah amalan tersebut dalam solat menurut Imam al-Syaffi ialah pengagungan kepada Allah s.w.t. ketika berhimpunnya tiga amalan iaitu iktikad hati, pengucapan lisan yang menterjemahkannya serta amalan rukun. Ia turut dinyatakan sebagai isyarat membuang segala-galanya selain Allah dan penumpuan secara keseluruhannya dalam solat.

02 May 2017

Adakah meninggal dunia kerana sakit perut masuk syurga??

Meninggal Kerana Sakit Perut Termasuk Syahid?


TERDAPAT hadis yang mengatakan bahawa orang yang meninggal kerana sakit perut termasuk syahid. Benarkah orang yag meninggal kerana sakit perut tercatatat syahid?

Rasulullah shallallahu 'alahi wa sallam bersabda,