Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

17 May 2017

Soal Jawab Solat: Angkat Tangan & Jari : Ustaz Mohd. Fadzli Al Yamani

Soal Jawab Solat
Ustaz Mohd. Fadzli Al Yamani


Angkat Tangan dan Jari

Bilakah kita disunatkan untuk mengangkat tangan ketika solat dan bagaimana kaifiat yang yang betul? Apa hukum jika kita mengangkat tangan di tempat yang tidak disunatkan? Bagaimana pula kedudukan jari dalam solat?

Jawapan: Mengangkat tangan adalah salah satu daripada sunat hai'ah. Hikmah amalan tersebut dalam solat menurut Imam al-Syaffi ialah pengagungan kepada Allah s.w.t. ketika berhimpunnya tiga amalan iaitu iktikad hati, pengucapan lisan yang menterjemahkannya serta amalan rukun. Ia turut dinyatakan sebagai isyarat membuang segala-galanya selain Allah dan penumpuan secara keseluruhannya dalam solat.


Terdapat empat keadaan disunatkan untuk mengangkat tangan dalam solat iaitu:

1. Takbiratulihram
Kaifiat: Mula mengangkat tangan seiring dengan mulanya takbir dan diakhiri dengan meletakkan tangan di bawah dada seiring dengan akhirnya lafaz takbir.

Kaedah yang betul mengangkat tangan semasa takbiratulihram ialah tapak tangan selari dengan bahu, hujung anak jari selari dengan cuping telinga sebelah atas dan kedua-dua ibu jari menyentuh cuping telinga di bawah. Keadaan jari pula tidak dirapatkan, bahkan direnggangkan sedikit dan setiap hujung jari dibengkokkan sedikit ke hadapan mengarah kiblat.

Menurut Imam al-Bajuri rhm., takbiratulihram dan mengangkat tangan hendaklah dilakukan serentak. Namun, apa yang berlaku ada yang mengangkat tangan sebelum takbiratulihram dan ini menyalahi sunnah walaupun terdapat ramai ahli ilmu yang membuat perkara ini.

2.         Rukuk
Kaifiat: Mengangkat tangan ketika turun rukuk serentak dengan takbir. Lafaz takbir hendaklah berterusan sehingga sempurna rukuk sedangkan tangan sudah mengenggam lutut supaya tidak ada ruang dalam solat sunyi daripada zikir.

3.         Iktidal
Kaifiat: Mula mengangkat tangan ketika mengangkat kepala daripada rukuk serentak dengan menyebut  .
  Disunatkan supaya menyebut dengan agak kuat, tetapi bukan pada kalimah 

4.         Berdiri selepas tasyahud awal
Kaifiat: Disunatkan mengangkat tangan berserta takbir ketika bangun daripada duduk tasyahud awal. Disunatkan bagi makmum mengangkat tangan selepas tasyahud awal imam walaupun itu bukan tasyahud awal baginya (kerana makmum masbuk).

Sesungguhnya, perbuatan mengangkat tangan di beberapa tempat di atas akan menghasilkan ganjaran pahala yang banyak seperti yang termaktub dalam salah satu kaedah fiqah iaitu "perbuatan yang banyak, maka fadilat pun banyak."

Tidak disunatkan untuk mengangkat tangan selain empat keadaan di atas seperti berdiri selepas duduk istirahah atau sujud. Jika dilakukan bukan pada tempatnya, hukumnya makruh.

Terdapat enam keadaan jari dalam solat:
1.         Ketika takbiratulihram, disunatkan menjarakkan sedikit ruangan antara jari-jemari.
2.         Ketika berdiri dan iktidal, tidak dijarakkan jari.
3.         Ketika rukuk, membuka atau menjarakkan jari di atas lutut dengan mengenggamkan-nya.
4.         Ketika sujud, jari dirapatkan serta menghadap kiblat.
5.         Ketika duduk antara dua sujud, seperti keadaan sujud.
6.         Ketika tasyahud awal dan akhir, jari tangan kanan digenggam kecuali jari telunjuk di atas paha. Manakala jari tangan kiri dirapatkan di atas paha kiri.

Ya Allah, perbaikilah kualiti solat kami dan terimalah solat kami.

Ustaz Mohd. Fadzli Al Yamani : Mendapat pendidikan awal di Pondok Penanti Bukit Mertajam, dan melanjutkan pengajian di Madrasah al-Hudaidah, Yaman. Kini sebagai pengasas dan Mudir Madrasah al-Yamani di Kg. Baru. Kuala Lumpur. Di samping ilu sering mengisi undangan ceramah dalam bidang Fiqah di sekilar Lembah Klang. Untuk menghubungi Ustaz Fadzli: 019-3838730.