Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

25 May 2017

Fiqah Amali : Adik Menjadi Wali

Fiqah amali
Ustaz Mohd. Fadzli Al Yamani
Adik Menjadi Wali

Memandangkan ayah kami telah meninggal dunia pada tahun lepas, bolehkah pihak kami menjadikan adik lelaki kami yang berusia 18 tahun sebagai wali kepada kakaknya? Atau, mestikah kami mencari wali daripada anak saudara sebelah arwah ayah untuk majlis akad nikah pada hujung tahun ini?




Jawapan: Pernikahan ialah perintah Allah s.w.t. dan sunnah Rasulullah s.a.w. Salah satu hikmah nikah adalah un¬tuk menyempurnakan iman sebagaimana mafhum hadis: "Sesiapa yang memberi, menahan, mencintai, membenci dan menikahkan kerana Allah, maka dia telah menyempurnakan iman." (Riwayat al-Hakim)

Dalam kes di atas, anak saudara sebelah arwah ayah atau sesiapa sahaja yang layak tidak perlu dijadikan sebagai pengganti wali ayah saudari. Sudah memadai dan layak bagi adik lelaki saudari menjadi wali dalam pernikahan kakaknya kelak.

Syarat wali ialah Islam, lelaki, baligh, berakal, merdeka, adil (tidak fasiq), tidak dipaksa, bukan dalam ihram dan bukan safih (dungu).

solusi isu #43-(2012)


Ustaz Mohd. Fadzli Al Yamani : Mendapat pendidikan awal di Pondok Penanti Bukit Mertajam, dan melanjutkan pengajian di Madrasah al-Hudaidah, Yaman. Kini sebagai pengasas dan Mudir Madrasah al-Yamani di Kg. Baru. Kuala Lumpur. Di samping ilu sering mengisi undangan ceramah dalam bidang Fiqah di sekilar Lembah Klang. Untuk menghubungi Ustaz Fadzli: 019-3838730.