Fiqah
amali
Ustaz Mohd. Fadzli Al Yamani
Perbezaan Mahram dan Muhrim
Ramai
masyarakat kini termasuk saya masih keliru dengan perbezaan antara perkataan
mahram dengan muhrim. Mohon penjelasan ustaz untuk membasmi kejahilan kami.
Jawapan:
merupakan perkataan bahasa Arab yang terdiri
daripada empat huruf, tetapi memberi dua makna yang berbeza. Perbezaannya
berlaku setelah diletakkan baris kalimah tersebut, sama ada
Dari
sudut bahasa, mahram dalam bahasa Arab disebut sebagai mahramun ertinya orang
yang diharamkan menikah dengannya sama ada lelaki atau perempuan. Sebab
diharamkan daripada berkahwin adalah kerana nasab atau keturunan, susuan dan
musaharah (sebab pernikahan).
Sedangkan
muhrim dalam bahasa Arab disebut sebagai muhrimun yang memberi makna orang yang
telah memakai pakaian ihram untuk menunikan haji atau umrah. Mudah-mudahan
perbezaan ini jelas dan dapat disebarkan sesama kita.
solusi isu #43
Ustaz Mohd. Fadzli Al Yamani : Mendapat pendidikan awal di
Pondok Penanti Bukit Mertajam, dan melanjutkan pengajian di Madrasah
al-Hudaidah, Yaman. Kini sebagai pengasas dan Mudir Madrasah al-Yamani di Kg.
Baru. Kuala Lumpur. Di samping ilu sering mengisi undangan ceramah dalam bidang
Fiqah di sekilar Lembah Klang. Untuk menghubungi Ustaz Fadzli: 019-3838730.